0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Monday, November 25, 2013

Motivasi kerja

Sesuatu kerja tu, kalau kau dah tak tahan asyik kena buat perkara yang sama berulang kali, lama lama kau bosan jugak kan?

Sebagai ketua, perlu bijak ambil hati pekerja.

Jangan hanya kerana, "Eh, dia tahu buat kerja tu. Biarlah dia terus buat kerja tu sampai bila bila"

Tak bermaksud dia TAHU buat, dia SUKA buat. Tak sama tu.

Mungkin dia nak cuba benda yang baru.

Jangan sampai satu hari dia hilang motivasi berkerja.

Jangan sampai satu hari dia hilang rasa seronok berkerja.

Jangan sampai satu hari nanti dia 'snap' macam orang yang pernah 'snap' dulu.
Tak mustahil. Sangat tak mustahil.

Bagi la sekali sekala dia cuba benda baru.

Jangan hanya kerana dia cemerlang lakukan kerja tersebut, perlu serah bulat bulat pada dia.

Jangan sampai satu masa dia sengaja tak lakukan kerja dengan cemerlang. Mahu itu?

Excuse me, maafkan saya. Apa awak buat tu salah.

"Korang yang bertudung bagi komen ngalahkan ustazah ni cukup ke sembahyang 5 waktu??"

Orang kita sekarang, tak boleh ditegur. 
Bila ditegur, dilabelnya ustaz ustazah instant. 

Orang kita tak boleh ditegur, bila ditegur, dilabelnya riak. 

Orang kita tak boleh ditegur oleh 'ustaz ustazah' segera ni. 
Nanti laju laju kesalahan dicari. 

Bukan ke nak menerima teguran tu, tak kira dari siapa? 
Bukan ke nak menerima nasihat baik bermanfaat itu tak kira dari siapa walaupun dari bukan Islam sekalipun? 

Bersangka baiklah. 
Bersangka baiklah mereka bukan riak. 
Bersangka baiklah mereka sayang kerana itu mereka menegur. 
Bersangka baiklah bahawa Allah sedang menegur kita. 

'Ustaz Ustazah instant' tu pengantara je. 

So keep calm and say thank you.

"Sebaik baik ukhuwah ialah mereka yang melebihkan saudara mereka lebih dari diri mereka sendiri. Selemah lemah ukhuwah ialah mereka yang bersangka baik terhadap saudara mereka"


Followers