0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Tuesday, January 7, 2014

Salam

Banyak entry nak tulis tapi asyik tertangguh.

Nanti lah Bandung Jakarta trip.

Sedikit pesanan kalau nak beli barang barang yang kene mengena dengan perkahwinan.

Kalau boleh jangan pergi dengan parents korang. Bukan nak ketepikan mereka. Bukan tak mahu tanya pendapat mereka. It just that, eventually, budget you akan lari. Trust me.

Antara sebabnya. Kalau you memang ada cukup cukup budget, mesti you akan survey dan buat research kat internet pasal sesuatu yang you nak beli tu. So, you nak beli something yang simple. Tapi your parents tak de la research kat internet pun pasal tu. Apa yang mereka pernah nampak tu, hat dekat TV yang retis retis kawin. Tu yang hat jiran sebelah rumah kawin grand tak hengat. So, apa yang ada kat minda mereka ni nak yang macam mana diorang nampak. Sedangkan, kita boleh buat dengan cost yang jauhhhh lagi murah daripada mak cik jiran sebelah rumah.

So, kita pun cadang, Nak beli itu, beli ini. cukup budget kita. Then parents kita akan kata, "Takkan lah nak macam tu... Mana ada orang buat macam tu... Tak sesuai lah macam tu...". dan dalam hati parents kita pun mula lah berkata kata, "Kesian anak akau takde budget. Tak cukup duit" DAN parents kita pun lantas berkata, "Beli je lah yang ini" sambil tunjuk sesuatu macam makcik jiran sebelah buat yang harganya out of your budget. Kita menggeleng laju sebab well, lari budget kot.. Lantas lagi parents kita cakap "Takpe, ini kami bayar kan." Ok.. Memang la "weyh best weyh dapat barang mahal tapi tak payah keluar duit sendiri" Tapi malu kot dari kecik sampai besar mak ayah sara. Takkan sampai kahwin pun mak ayah nak sara?

Banyak hati kene jaga sepanjang proses 'ini'.
Mereka nak yang terbaik untuk kita.
Mereka nak yang tercantik untuk kita.
Tapi kita nak cukup untuk budget kita.
Kita tak nak lari daripada budget kita.
Kita banyak nak guna duit after majlis nanti

sobs

Padan muka. Kawin lambat lagi. Tak pasal pasal wedding adik sedara yang lepas jadi pengukur aras. I knew it! I know this gonna happen.


Thursday, December 5, 2013

Sampai hati kamu?

Tengok orang lain bersenang lenang dengan kesusahan orang lain. Kau sanggup ke?

Kau bersenang lenang sedangkan yang susah tu kau susahkan lagi. Kau sanggup ke?

"Mak, ayah. Adik nak duit. Duit PTPTN tak masuk lagi"
Maka mak ayah tadi kesian risau anak kesayangan yang berada di IPT tu tak makan.

"Tapi hasil tuaian kita tak cukup untuk tampung kita bulan ni", kata ayah.

"Takpelah.. Anak kita nak guna duit kat universiti tu. Nak belajar. Kesian dia tak makan. Kita ikat perut ye ayahnya. Pucuk paku belakang rumah tu pun kita boleh laukkan", emak senyum memujuk.

Sedang anak? 

"Hah, mak ayah aku dah masukkan duit. Guys, sem baru mula, belum start belajar lagi, takde assignment lagi. Jom, tengok wayang weekend ni, pastu bowling, pastu malam kareoke. Lama gila cuti sem tak jumpa korang!"

Sanggup korang?

Tak tau mak ayah ikat perut dekat rumah tu?

Kau bersenang lenang atas kesusahan mak ayah kau.

Sanggup korang?

Insan lain tengah bersusah payah. Kau sanggup beli barang mewah. Bag kasut berjenama. Berjoli sakan... dan yang paling penting, kau susahkan orang yang bersusah payah tu.

Kenapa sanggup?
Sampainya hati...

Semalam beratur panjang di ATM. I wonder if the students use their PTPTN for good.

Pelajar sekarang, gayanya melebihi cikgu.
Pelajar sekarang, lagaknya mengalahi cikgu.

Selalu 'bebel' pada adik yang masih belajar. JANGAN ikut rasa. SEDAR diri berbelanja. Jangan nak ikut trend sangat sampai sanggup biar papa asal bergaya.

Jangan nak malu kalau tak berduit. Tak berduit, buat cara tak berduit. 

Saya tak malu kumpul tin aluminium untuk bawak balik dan hantar tempat recycle. Dari UIA bawak tin kosong balik kampung. Macam miskin sangat je. Same goes with my sisters. Dorang angkut tin kosong, sorang dari UPM, sorang dari UM. Nak malu apa? Kami tak susahkan orang. AND we never ask for 'topup' money from our parents. 

Jangan susahkan orang lain untuk kesenangan kau orang nak dating lah, belanja makwe pakwe lah. Tak malu ke??


"Kami guna duit sendiri. Kami kerja"

Dah ada duit sendiri, tapi masih mintak duit mak ayah?
Dah ada duit sendiri tak nak bagi mak ayah?

I stop asking money from my parents once i received PTPTN.
I stop asking money from my parents once i got the scholarship.

It is time for us to return back their favor.

Please... jangan susahkan orang lain semata mata awak nak kesenangan.

Followers