0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Thursday, May 1, 2014

Ceritera itu

Unfortunately, the day after our marriage was not a 'fertile' day i would say. i just had my period  3 weeks before my marriage.  So, boleh paham la fertilization tak akan berlaku. Only if Allah will. Dah beritahu husband, tapi husband kata,

"Mana tahu Allah izin.."

betul jugak tu kan?

So, i should have my period at the end of that month, but nothing. Sehari, dua hari, tiga hari. Diri ni dah panik bercampur happy. Tapi.. "Takkan la..." dok bisik kat diri hari hari. Genap seminggu lewat. Whatsapp kawan kawan, tanya mereka adakah normal untuk mereka miss period after kahwin. 2, 3 orang kata "yes.. memang period lambat. Tapi period lambat je. Tak pregnant pun". Maka saya pun macam, "Oh.. normal lah macam ni"

Tapi the 'tak sabar dan gelojoh tak reti bahasa' me ni melampau tak tahan bermain dengan hati pergi beli UPT. Check, and result negative! Memang patut pun negative kan? So, tenang balik. masih menunggu. Dan tunggu. Masih belum period. Tanda period pun takde.

Di takdirkan menghadirkan diri ke kursus di genting Highland. Semasa kursus, juga masih belum period. Tertanya tanya dalam diri. "Apsal lambat sangat period? sakit ke?" Akhirnya saya beli sekali lagi UPT dekat 7E berdekatan. Dan result sekali lagi negative!

Tahu tahu, keesokkan harinya saya period. So, there's go my bunting pelamin hopes. Haha nak buat macam mana kan. Dah tarikh kawin tarikh tak subur.

So, for the second month, we are still trying. Masih ada seminggu before period start. Tapi debar saya macam dah seminggu tak datang period. Hmm what if ... my period did come and i will have MAJOR heart break...!

So let us just pray and hope for the best..

Perasaan? Entah, rasa debar je pun. Maybe debar yang biasa. Tak tahu lah. Tiada rasa loya atau cramp perut atau apa apa tanda orang pregnant. i started to lose hope. Entah, masih belum terasa. Atau sebenarnya takde isi pun.


-updated-

Haha got my period for the second time in our marriage and i was crying like it is the end of the world! 

Monday, March 31, 2014

22 Mac 2014


Sabtu, 22 Mac 2014

Awal pagi bersiap. Cuci tangan yang penuh inai. Alamak! inai tak terang sangat. Sekalut riuh rendah di luar rumah orang rewang tak putus-putus dari semalam, sekalut itu jugak lah saya pantas 'calit' inai mekah jenis tube ke jari.

Cikgu Salwana selaku mak andam hari tu sampai. Dalam hati, berdoa, jangan lah dia mak up tebal tebal. Dah dalam family takde yang ada seni makeup. Maka ambil je lah pakej dari Cikgu Sal. Dan for me, pakej Cikgu Sal dah kira sangat murah kot. Pelamin + 2 kali make up + sepersalinan baju reception berserta accessories = RM1200. Emm ke rasa sendiri je murah kot. Entah

Sejujurnya, saat rombongan pengantin lelaki dah memenuhi ruang tamu, saya masih belum bertudung. Dalam erti kata lain, tak siap lagi!! Maka, kelam kabut sarung tudung. Demand pula mahu pakai tudung ikut keselesaan sendiri. Semasa menghadap cermin, terkejut lihat 'kegarangan' wajah yang dah memang garang secara semula jadi itu. Wuuu Cikgu Sal~ *nangis*

Muka garang macam nak masuk kelas mengajar kelas 'Gokusen'


Keluar bilik saya kalut sendiri lihat dulang hantaran tersusun. Orang ramai memenuhi ruang rumah kecil kami. Kak Bucu selaku photographer kerap berpesan, "Senyum tau Fana, senyum nampak gigi". Atas kerana itu lah banyak gambar saya seperti 'menyeringai' dari kak Bucu. Maafkan saya.

Ok. Kejadian seterusnya.. Er.. boleh tak nak kata, saya macam 'blackout' sepanjang majlis berlangsung. Macam hilang fokus. Macam, "Erk kenapakah aku di sini?"

Dari jauh kelihatan Ibu, Ayah, Umi dan Abah serta keluarga yang lain.
Umi Abah dan adik adik

Saya lihat lelaki yang bakal jadi suami seumur hidup saya itu segak berbaju Melayu ( cheh, ayat, cliche sangat). Saat beliau lafazkan setiap baris ayat, saya dengar dengan khusyuk.. dan akhirnya, jam 11.40 pagi saya bergelar isteri kepada lelaki itu. Alhamdulillah Syukur.


Lelaki itu
Baju nikah saya dijahit oleh makngah kesayangan. Kain Lace beli dari Bandung dan kain satin itu dibeli last minute oleh Ibu dan adik beberapa minggu sebelum majlis. Shawl? Hasil ehsan Cikgu Sal. Alhamdulillah Cikgu Sal bagi pinjam. 

Adik saya menegur, ( adik yang duduk disebelah kiri saya )

"Apalah, Kaklong, baju takde beads langsung"

Takpelah. Banyak sangat nak pikir selain beads di baju ni.
Jangan tanya kenapa saya 'menyengih' sepanjang majlis.

Ahad, 23 Mac 2014

Atas kehendak keluarga, majlis resepsi di adakan pada hari Ahad keesokkan hari. Warna pilihan hati, Dusty Blue. Baju sewa dari MIMOSA ANDAMAN. Dan saya sangat suka setiap details dan perincian. Simple but not that simple. Tudung? Saya berdegil meminta Cikgu Sal mencari kain berwarna biru yang sama dengan kain shawl yang saya ada. Tak cukup degil saya menambah, "Cikgu, saya nak shawl tu mesti di potong begini ye". Cikgu turutkan. Alhamdulillah. 

Busana pada hari kejadian

Kali ini, saya mengingatkan Cikgu Sal, "Cikgu, jangan 'garang' sangat macam semalam ye?"
Dan hasilnya, Alhamdulillah. walaupun masih tak dapat 'sorok' muka yang semula jadi garang itu. Sekurang kurang nya ,tak lah terlalu garang. >o<



So, dou? 

TERLALU ramai yang hadir hingga kami tak sempat nak bersalaman seorang demi seorang tetamu yang hadir. Malah, tak dapat nak meluangkan masa dengan tetamu. Tetamu tak putus putus kunjung. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur ya Allah.

Jam 4.30 petang melarikan diri ke Park Land untuk lengkapkan pakej ( if you know what i meant)





Penat. Tapi syukur sangat. Doakan rumah tangga kami berkekalan hingga jannah. Cliche lagi? Memang itu yang kita semua mahu kan?

BTW, kami ambil pakej shoot and burn. Kak Bucu cuma edit beberapa gambar dan bagi selebihnya dalam pendrive. Dan saya sendiri yang design photobook kahwin. Guna pakej yang dijual di groupon untuk buat photobook. SERIUS berbaloi baloi. Tapi ambil masa sikit la.

Followers