Tak mahu tulis tentang ITU. Takut berkaitan. Jadi saya menulis tentang ini.
Idea asal dari Nadiah~ (huu gomen ne Nadiah)
Aku Kau Saya Awak.
DULU, saya memang bahasakan diri, 'saya-awak' kalau mula berborak dengan lelaki yang baru kenal. TAPI masa masuk Kolej Matrik Melaka, ada seorang lelaki yang kelihatan baik berkata,
Idea asal dari Nadiah~ (huu gomen ne Nadiah)
Aku Kau Saya Awak.
DULU, saya memang bahasakan diri, 'saya-awak' kalau mula berborak dengan lelaki yang baru kenal. TAPI masa masuk Kolej Matrik Melaka, ada seorang lelaki yang kelihatan baik berkata,
"Gedik betul perempuan yang cakap 'saya-awak' dengan lelaki!"
Lantas saya yang berumur tak sampai 18 tahun masa itu tak mahu perasan GEDIK dan sejak itu saya ber'kau-aku' dengan mana mana lelaki yang baru saya jumpa dan kenal.
Ada yang kata,
'kasar la kalau perempuan cakap macam tu'.
Maaf, saya lebih sanggup di label kasar dari di label gedik.
TAPI ada satu kes agak funny bagi saya. Pada mulanya, lelaki ni ber'kau-aku' bila berkomunikasi dengan saya, tapi saya dapat tahu dia ber'saya-awak' bila berkomunikasi dengan kawan perempuan saya yang seorang ni. Lantas keluar ayat mengusik..
TAPI ada satu kes agak funny bagi saya. Pada mulanya, lelaki ni ber'kau-aku' bila berkomunikasi dengan saya, tapi saya dapat tahu dia ber'saya-awak' bila berkomunikasi dengan kawan perempuan saya yang seorang ni. Lantas keluar ayat mengusik..
"Amboi amboi... dengan kita orang, ber 'kau-aku', dengan dia, ber'saya-awak'"
SUNGGUH takde niat cemburu. Hanya mengusik. Tak tipu ni. Tapi mungkin dia nak selaraskan penggunaan ayat. ( heh ). Terus dia tukar 'saya-awak' jadi ganti nama diri. Dan saya, terperangkap dengan usikan sendiri! Padan muka! Lain kali, usik anak
Eh, bagi yang rasa 'saya-awak' tu tak gedik, jangan lah marah saya pulak. Itu cuma apa yang saya rasa. Pendapat saya je. Sama lah jugak macam orang kata pakai tudung 'indon' itu lawa, tapi bagi saya tak, bukan lah maksud kamu tak lawa, kamu pakai lawa, tapi tak kalau di sarungkan kat saya. Erk.. lebih kurang macam tu lah persamaan dia.
"Eleh.. kat blog pun ber'saya-awak'"
Lorhh.. yang kamu nak melenting tak bertempat ni apesal. Lek lu..
Bila sesuatu dah jadi kebiasaan. Tentu kamu susah nak ubah kan? Jadi, Maaf dah terbiasa. Lagipun, kan kata tadi DULU saya dengar cakap orang.
Apa pun, guna je apa yang kamu rasa bagus, selesa dengan kamu. JANGAN dengar apa orang cakap macam apa yang pernah saya buat dulu. (tak pasal pasal kena label kasar.. heh).
ps:Eh, perasan tak Wanita Hari Ini siang tadi cerita pasal, "Kenapa susah nak kahwin'? huhu esok cerita tentang 'Janda' pula. (eh eh mengapa macam jadi tali barut TV3 pulak nih?? hurmm)
ps:saya-kamu-awak erkk triangle love ke? hurmmm
ps:GEDIK dengan certain certain orang sahaja.
ps: Ada seorang Janda muda anak lima di kawasan perumahan saya yang baru sahaja menikah dengan seorang Duda anak 5 yang merupakan kekasih lama nya masa zaman muda muda dahulu. Dua dua kematian suami dan isteri. SEE miracles of jodoh? Itu yang muncul peribahasa,
"Kalau dah Jodoh, tak ke mana". Kan? Sama ada lambat atau cepat je. Jadi, sila yakin dan bersabar ye kawan kawan.
mesti boring kan dok umah lame2, tu layan wanita hari ini sume.haha
ReplyDeleteoh..dgn dia, sy awk, dgn ak, ak kamu.LOL
memang seronok bila dapat berjodoh dengan kekasih lama... tapi tak mau la... tak mau cinta kedua... cukuplah sorang suami itu cinta pertama and terakhir... hehehe... gaya cakap cam dah de suami pulak... ^_^
ReplyDeleteagreed :)
ReplyDeleteamat tnsen bila da kumen asek ilang~ uk3
ReplyDeletehaha dalam kes saya pulak, ada sorg pmpuan tu ckp ana-enti ngn kawan laki saya, pastu kawan laki sy tu ckp "gedik gila ckp ana-enti. geli betul" actually, depend kat masing2 kan?
ReplyDeletebetul la akak ckp tu sume org lain2 kan. bagi saya aku-kau tu kasar. tapi klu kena label gedik pulak, sedih betul. haha.
@munsyi
ReplyDeleteLol jugak. tapi padan mka diri sendiri
@hanim
tapi kalau dah jodoh, tolak macam mana pun.. datang jugak.. tak boleh nak kata..
@macy
ada lah comment cik macy. huhu kena tgu approval dulu.. gomen nasai~
@nadiah
Jangan jadi macam akk yg konon konon tak nak perasan gedik! huhu guna je apa apa pun, asal awak selesa. pendapat orang lain2