*sigh* saya tak rasa saya layak untuk
menasihati orang. sedang saya sendiri masih banyak cacat cela. Makin cacat bila
yang munkar depan mata buat tak endah.
Petikan Sabda Rasul Allah, As-Solatu imaduddin. Ada orang pernah tanya,
ada tak orang nak pergi mencuri, sebelum pergi mencuri, dia pergi solat dulu?
Ada tak orang yang sebelum bunuh orang, dia solat dulu? Ada tak orang sebelum
berzina, sekali dah masuk waktu, dia solat dulu? Kemudian, dah solat, dia sambung
mencuri, sambung niat nak bunuh orang
tadi, sambung berzina. Ada?
MUNGKIN ada. Mungkin ada sebab, solat tu
dia buat macam bukan perintah Allah. Solat tu dia buat sekadar
'asalakubuatsudah'. Solat yang dia dirikan tak betul betul lekat
dalam hati. Seolah olah kan, dia tunaikan solat sebab 'kena solat' bukan sebab
takutkan Allah, bukan sebab Allah suruh. "Aqimussolat wa ayatu zakah"
dirikan solat dan tunaikan zakat.
Seorang sahabat yang berpeluang mengunjungi
Indonesia bercerita kepada saya. Di sana susah nak tahu yang mana satu Islam,
yang mana satu bukan Islam. Muka, nama semua lebih kurang. Tapi, bila beliau
singgah solat di surau/masjid beliau sendiri terkejut tengok seorang perempuan
yang sungguh seksi dengan rambut berwarna masuk ke dalam surau/masjid dan
tunaikan solat. Alhamdulillah masih lagi ingat nak solat kan? Tapi, sejauh mana
solat tu bagi kesan pada hati? Macam nak kata, "Aku tak pakai tudung tapi
hati aku baik, solat tak tinggal". Seolah nak kata, "Eh, aku lagi
baik daripada orang yang pakai tudung labuh, sebab aku pun rajin solat macam
diorang jugak"
Iya, saya tahu, solat saya sendiri tak
betul. Masih banyak lubang kena baiki. Itu yang diri pun kadang kadang
terumbang ambing macam kapal karam. Solat bukan kah sepatut nya menjadi benteng
keimanan kita? Kenapa dah solat pun masih nak cari kemungkaran Allah? Kenapa
dah solat pun masih tak terusik hati kita yang kita ni cuma hamba Allah yang
kerdil dan hina. Allah tu kan, kalau nak ambil nyawa kita, tengah mencuri pun
Dia boleh rentap. Tengah seronok berzina pun Dia boleh tarik nyawa dengan
pantas. Tengah hulur pisau nak bunuh orang, polis dah tembak dari belakang (ok,
pengaruh tv!)
Pernah tak dengar cerita yang seorang tua
mati ketika sedang berzina dengan pelacur? Tak pasti di mana dan bila saya
terbaca. Tapi nak tunjuk yang Allah kalau nak tarik nyawa tu, bila bila masa je
boleh. Memanglah kita tak tahu bila Allah nak tarik nyawa tu. kalau tengah
tidur, ajal dah sampai pun boleh mati. Tak ke the least we can do ialah perlu
sentiasa berwaspada? Kita bukan hidup macam cerita 'In Time' yang boleh sambung
nyawa kalau kaya dan berharta. Bukan jugak macam cerita death note yang boleh
pilih siapa yang kita nak nyawa di cabut dan err itu cerita lain, tak kena
mengena maaf.
Yosh. Mari perbaiki asas agama kita. Tiang
dah goyang, macam mana nak bina rumah yang kukuh dan kuat tak lut kena tiup
angin kan? Bila kita solat, kita sepatutnya ada rasa mengabdikan diri pada
Allah. Ada rasa kehambaan. Rasa diri kecil. Betul tak? Kalau perasaan macam tu
dah ada, sepatut nya lah kita tak buat benda benda yang Allah larang, yang
Allah kata haram.
Sama sama baiki solat. Ambil tahu maksud
bacaan dalam solat. Setiap bait ayat yang kita tuturkan. Serius boleh menitik
air mata!
Pernah tuturkan doa ini?
"Rabbana la tuzigh qulubana.."
Ya Allah jangan kau pesongkan hati hati
kami setelah engkau beri rahmat pada kami.
Allah yang pegang hati. Kalau Allah tengah
'jentik' hati kita, terusik dengan keinsafan, why wait untuk terus berubah? Why
wait untuk terus buat salah dan silap? Atau nak tunggu Allah pesongkan hati,
butakan mata dari Islam?
Kita hamba berdosa. Hari hari ada dosa yang
kita buat sedar atau tak. Mungkin kita ada tertinggi suara pada ibu dan ayah
kita. Mungkin ada bicara kita mengusik hati kecil mereka. Mohon maaf pada
mereka. Itu kalau buat salah dengan manusia. Kalau buat salah dengan Allah?
"Rabbana zolamna anfusana wainlam
taghfirlana..."
Doa Nabi Adam tak putus putus sejak di
buang Allah dari Neraka.
Jabatan tempat saya bertugas, Alhamdulillah
baru mula buat aktiviti tazkirah bulanan. Hati kita pun macam kereta, kena
servis selalu. Macam Jumaat yang lepas, seorang Ustaz dari Kuala Perlis di
jemput. Menceritakan tentang kerja sebagai ibadah. Beliau berpesan, tekanan
dalam kerja itu lumrah. Niatkan kerja sebagai ibadah. Ikhlaskan hati melakukan
pekerjaan. Pahala dapat, gaji pun dapat. Kan?
Turut masuk dalam isi tazkirah beliau
cerita tentang KPI seorang Muslim, iaitu Taqwa. Seorang Muslim sentiasa
mengakui dosa yang dia buat, sedang Iblis tak mengaku dosa yang dia buat.
Seorang Muslim bersedih sekiranya dia ada melakukan dosa, sedang Iblis sedikit
pun tak rasa sedih. Sebab tu semasa Nabi Adam dihalau dari Syurga, hari hari
Nabi Adam tuturkan doa seperti di atas sebab bersedih, sedang Iblis berjalan
dengan penuh bangga sambil bersiul siul apabila dicampak keluar dari Syurga.
Seorang Muslim bertaubat apabila melakukan
dosa, sedang Iblis sedikit pun tak berazam untuk bertaubat. Seorang Muslim
menyalahkan diri sendiri atas kesalahan yang dia lakukan, sedang Iblis sedikit
pun tidak mencela diri sendiri. Seorang Muslim yakin yang Allah maha pengampun,
sedang Iblis putus asa dari rahmat Allah.
Turut diingatkan supaya semua pekerja
mengamalkan sebelum mula masuk kerja, semasa punch card, thumbprint mulakan
dengan Alfatihah, dan bila nak balik, habis waktu kerja lafazkan doa yang nabi
Adam amalkan. Kita tak sedar, mungkin ada masa kerja yang kita curi lantas
rezeki yang kita dapat kurang keberkatan. Itu yang jadi setiap bulan sentiasa
rasa duit gaji tak mencukupi. Kadang kadang duit gaji sampai 5 angka pun boleh
tak cukup kalau tak berkat. Kadang kadang duit gaji hanya seribu pun boleh
cukup anak beranak makan pakai sebab berkat rezeki yang diperolehi.
Lagi saya nak berkongsi, Gagasan taqwa Imam
Al-Ghazali, 4421.
4 yang pertama SABAR.
Sabar semasa baut Ibadah
Sabar ketika senang, bukan sahaja ketika
susah.
Sabar ketika sihat, bukan ketika sakit
sahaja.
Sabar apabila lapang, bukan ketika ditimpa
masalah sahaja.
2 yang pertama, TAKUT.
Takut melakukan maksiat.
Takut amal ibadat ditolak
2 yang kedua, DENGKI.
Dengki pada yang punya ilmu, dekatilah
mereka.
Dengki dengan orang yang berharta yang
menyalurkan harta ke arah yang sepatutnya, doakan lah mereka.
1, Allah. Tak melakukan syirik, dosa dosa
besar. Yakin dan tawakal pada Allah.
Mahu ingatkan diri sendiri. JANGAN sekali
kali berputus asa daripada rahmat Allah. Bagi orang yang berdosa, Allah akan
tetap beri pengampunan. Walau tinggi mana pun dosa kita, Allah akan bagi. Yakin
dengan rahmat Allah. Kecuali dosa syirik kepada Allah.
Kalau jumpa orang yang melakukan dosa,
jangan hina mereka. Allah tu Maha Pengampun. Siapa kita nak judge mereka? Nak
hina mereka? Nanti kalau Allah uji kita jadi seperti mereka macam mana?
Sungguh takda niat nak 'smash' sesiapa. Ini
INGATAN DIRI sendiri. Ingatan pada hati yang lalai, biar bila kelak hati
terleka, saya ingat saya sendiri pernah berkata begitu dan begini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment