0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Friday, August 22, 2014

P.E.R.T.E.M.U.A.N


Pukul 11 pagi, 22 Mac itu, dengan sekali lafaz saya selamat jadi isteri kepada seorang lelaki yang saya tak sedar pun dia sekelas dengan saya masa di matrik. 
Itu cerita 5 bulan lalu. kejap je rasa, pejam celik. dah 5 bulan.
Well, yang tetapkan jodoh itu kan ke Allah?

Kalau orang tanya, 
"How you met him?" 

My answer would be, 
"Entah. How eh?"

One of the first things i remembered, one girl from his class said this to me, just a random conversation. A pillow talk conversation kinda thing,

"...Akak, kelas kita kan, ada dua orang kita rasa hensem, sorang nama A*** ******* sorang lagi, Mughirah Shubah..." 

Abaikan nama dengan star tersebut. Yang bercakap, dah kawin, yang nama dengan star pun dah kawin. With different person of course. 

Ok sambung. 

Masa dengar statement tu, berkerut dahi. Peliknya nama yang ke dua tu.. 
'i must take a look' 

Gatal gak kau eh? Takkk... Just nak tau.. hensem sangat kewww.. =_=' (pandailah alasan)

Then Allah izin, i get to know who they are. Oh, hensem ke tak? Hmmmm boleh laaa.. boleh laaa... *tangan imbang tara, tarik mulut* Tapi apa ada dengan hensem tu kan?  

And the rest? Tak pernah dah sekelas dengan dia selepas itu. Eh cop. Yeap in Parenting class, which, i don't even have any clue that he was in the same class with me...! Oh, did i tell you yang saya tak pernah kesah saya sekelas dengan siapa. So, yes, dalam kelas parenting yang ramai orang itu, honestly, saya tak kenal semua orang.

Pada mulanya, hanya tau suami saya mempunyai blog. Ketika mula mula baca blog beliau, saya rasa, 
"wow... Englishhhhh!!! Mesti skema ni!!!" 

Itu antara statements yang keluar daripada mulut saya. Trust me. Try reading his blog. The earliest post. Setiap kali baca, rasa kagum tengok macam mana dia susun ayat in english. 

"Hebat dia ni" 

Oh, fyi, my husband is  7 months younger from me, and saya dan kawan kawan sangat rasa rendah diri dengan mereka yang buat asasi selama setahun setengah. Sebab rasa mereka pandai! T-T

Kami yang kurang diberikan rezeki pandai oleh Allah terpaksa bersabar dengan tempoh dua tahun di matrik UIA. Sobs. 

Read his blog but never talk in person.

Terserempak depan depan, saya cepat cepat buat sebok, cari barang dalam bag, bercakap dengan kawan kat sebelah, pura pura bercakap dengan telefon. Well i am pemalu to be honest. Tak percaya? Fine. 

And I do have a realllllly low self esteem. Ok, tu cerita lain. 

Teringat satu kisah terserempak dengan suami di tempat parking kereta engineering. I bet he never remember this. Masa tu saya pulang dari kelas. Alone. Dari jauh nampak kereta kancil biru biru hijau tu masuk kawasan parking and i know it is his. Parking betul betul depan saya yang berjarak 200 meter. Aiseh tak boleh lari. 

Kebetulan tak ramai orang masa tu. Dalam otak sedang buat calculation. Sempat tak saya pantaskan hayunan kaki sebelum dia keluar kereta? Ataupun saya perlu perlahankan hayunan kaki dan biar dia keluar kereta dan pergi ke tempat tujuan dia? In between, dalam laju, saya perlahan. Eish tak keluar kereta lagi. 

Cepatlah keluar... I am trying to avoid you.... Pelik kan? Baca blog dia, komen di blog dia. Dia pun komen di blog saya, baca tweet, replying tweets. Tapi, try to avoid. Well, that is me. Erk i guess, that was me. 

Kembali kepada cerita tadi. I took the second option. Tapi lelaki tadi terlalu lambat keluar dari kereta. Aiseh.. Jarak makin dekat. 

We know each other. Talk to each other, ONLINE. But i don't have the gut to talk face to face with him. Or anyone else i barely knew. Can i say i don't have the gut to talk to any brothers? Pelajar CIE dalam kelas pun ada yang saya tak khatam nama selepas bergraduasi.

Akhirnya, mata kami bertemu... accidentally okay... Tak jiwang tak boleh? =_='

Tak....memang terpandangg. Nak buat tak pandang, dah terpandang. Nak terus tunduk, obvious sangat kau cover. Tapi saya senyum dan cuba menegur. Berbasa basi kata orang melayu cuba berbahasa. 

"Nak pergi kelas ke?" 

Pandai betul soalan. Dah orang masuk parking di kawasan kuliah engineering dengan pakai baju bengkel hijau engineering, lagi mau tanya ka? 

Actually, i don't really get the answer. Tak tahu pun dia jawab ke tak. Sebab i am totally nervous and freak out. 

Yes. He is my husband now. 

Cerita pasal pertemuan, i would say it was a miracle that he found me. Yeap, he found me. Because i am hard to find. ^^ and people usually barely see me~

062xxxx IIUM Engineering

 
Us during MASUM at UUM. Belek banyak kali baru sedar husband ada menyelit dalam gambar. >o<


oh... abang curi masuk gambar saya ek~

No comments:

Post a Comment

Followers