Last week we went for dyson family day. The first family day dengan family kecik kami. Funny sebab sebelum ni family day dengan ibu ayah dan adik adik. And me being kakak sulung akan jaga adik adik.
Tapi takdelah pelik sangat sebab dah biasa join family day NEC dari kecik, dukung adik kecik bawak pergi main, beratur ambil makanan, main games.
Teringat satu family day NEC di Sunway Lagoon. And FYI, NEC memang selalu sangat buat family day di Sunway Lagoon. Masa tu adik yang kecik sekali baru umur 5 tahun agaknya. Aku pikul atas bahu berdua dengan dia ajak main air menyusuri 'sungai' dalam water theme park tu. Lalu depan sekumpulan lelaki muda yang 'menggatal' mengusik, "sorang je ke...?"
Aku jawab jujur, "taklah, kan berdua ni.."
Tunjuk adik atas bahu. Terus dengar sayup sayup mereka cakap,
"weh, dah kawin la wehhh..."
Dan dorang terus cabut menjauh. Aku tergelak sambil gomol adik.
Jadi family day kali ni aku usung anak sendiri. Bukan satu benda baru mengusung budak semasa family day. Cuma kali ni aku bertiga dengan family sendiri. Tak lah buat apa sangat. Tapi aku appreciate setiap masa yang kami spent as a family.
Untuk orang yang PJJ macam kami ni, pergi makan eskem dalam kereta pun dah terasa best tahu!
Masih terasa berdebar nak jumpa suami lepas lama tak jumpa. Funny kan.
So aktiviti merebut patung doremon dari booth permainan, merebut hadiah percuma. Dengan kendong anak kecik tengah tido dalam wrap. Serius rasa macam budak remaja balik. Satu je lah. I wish i had my kasut on. Huu tapi tak boleh pakai kasut lama. Dah haus. Kena beli kasut bum baru. Bahaya pakai kasut haus and pegang baby.
No comments:
Post a Comment