Chinese New Year kali ni 'celebrate' kat rumah in laws. Lama nya tak balik. Lepas ni boleh balik selalu. Hurraaahh..
Sampai rumah in laws, mother in laws belanja makan brownies. The 'gila coklat' me, melantak sampai 3,4 potong brownies. Haha jangan pelawa aku makan coklat. Nanti aku makan semakan makannya..!
Kemudian mother in laws kata,
"fana nak buat? brownies ni mudah je. Bahannya... (sambil sebut bahan satu persatu). Aku cuba tangkap dengan memori je. Tak catat, tak tanya bahan.
Petang tu di jusco aku dan suami beli bahan. Tak cukup lengkap sebenarnya. Sebab Umi nak coklat Berryls. Tapi ada coklat masakan nona je. Jadilah, daripada takde.
So, balik tu mulalah aktiviti membaking aku. Rindu baking sebenarnya. Sejak dah ada anak, dah lama tangan tak ayak uli main tepung. Anak, bagi papa dan uncle nya jaga. Sekali sekala dorang nak lepas rindu jugak kan.
Sungguh ini kali pertama aku buat brownies. Sebelum ni, kek coklat kukus, bakar, biskut coklat. Takut jugak kalau resepi tak menjadi. Google brownies kedut untuk bahan bahan dan cara cara.
Hasilnya?
Tadaaaa
Tak sampai sehari dah habis dan baki butter aku buat choc cookies. Abah mertua suka. And my beloved mother in law requested another brownies the next day! Yeayy..!
Umi kata, boleh pre order dah ni.. 😅😅😅
No comments:
Post a Comment