Semalam rasa macam sangat helpless dan useless. Ibu tengah berkemas di ruang tamu tingkat atas. Sikit pun tak mampu ringankan beban. Nampak kain yang belum berlipat bertingkat tingkat. Duduk sila. Boleh bantu yang ini rasanya.
Ambil kain dan mula melipat. sesekali lentikkan badan. Berdetak tulang belakang. Lipat lagi dan lagi. Tak mampu nak 'bend' ke depan dengan bersungguh sungguh. Pusing padan ke kanan nak ambil kain yang lain. Allahu.. Sakit sendi/otot/tulang? entah. Saya sendiri keliru bahagian mana yang buat saya sakit sungguh dengan pergerakkan yang sikit tu.
Ada rasa nak menitik air mata sebab sangat useless.
Selesai jugak lipat baju. Cuma tak mampu susun susun betul betul.
Nampak baju yang perlu di gosok. Boleh la. Kerja yang tak banyak gerakkan bahagian badan dari pinggang ke bawah.
Tak boleh rasa useless sangat. Emak emak dulu yang duduk tunggu suami balik kerja, sorang sorang jugak. Apa nak merungut sangat.><
No comments:
Post a Comment