0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Wednesday, February 11, 2015

Simpanan



Ramai antara kita, apabila usia meningkat baru lah nak mula menyimpan. Itu pun kalau ada timbul kesedaran untuk menyimpan apabila usia dah meningkat. Tak ramai yang menyimpan sedari usia kanak kanak. Tambahan pula sebagai orang yang lebih tua, (baca:mak ayah) tak pula mengingatkan anak anak untuk menyimpan dan melabur. Kebanyakkan di 'laburkan' ke arah yang lain.

Amalan menabung dan menyimpan ni perlu dipupuk dari kecil. Budak budak memang lah tak tahu apa apa tentang melabur. Yang dewasa? ibu ayah? Di sini lah tanggungjawab Ibu Bapa untuk memperkenalkan tabungan kepada anak anak.

Cuma kadang kadang saya kecewa dengan ibu bapa yang,

1. Membuka akaun simpanan anak anak. Semua duit raya, duit pemberian kepada anak anak di simpan dalam akaun masing masing. Tetapi apabila persekolahan dibuka, Ibu bapa mengeluarkan wang daripada akaun tersebut untuk 'wang persekolahan' si anak. Mana adilnya? Bukankah tanggungan persekolahan itu TANGGUNGJAWAB ibu bapa itu sendiri? Tak sepatutnya diusik wang anak anak mereka.

2. Tidak membuka akaun simpanan anak anak. Semua duit raya, duit pemberian kepada anak anak di simpan dalam akaun sendiri. Jawapan ibu bapa ini, 'Biarlah mereka buka akaun sendiri bila besar nanti. Duit ni kita guna sama sama. Boleh besarkan rumah untuk kesenangan anak anak. Boleh beli kenderaan yang lebih besar untuk kemudahan pulang ke kampung dengan anak anak. Beli cash. Baru berkat hidup. Daripada berhutang. Bukan dikira ambil duit anak anak. Ini kan untuk kegunaan bersama'. Di mana adilnya? Amanahkah ibu bapa apabila bebas menggunakan wang anak anak yang diberikan oleh orang lain? Biarpun atas dasar 'berkat'? Padahal, sekali lagi, mencari berkat itu TANGGUNGJAWAB ibu bapa itu sendiri. Bukan dengan cara menggunakan duit anak anak.

3. Membuka akaun simpanan anak anak. Semua duit raya, duit pemberian kepada anak anak di simpan dalam akaun masing masing. Tetapi apabila ingin membelikan hadiah atau saguhati kerana mendapat markah peperiksaan tinggi, memberi hadiah kerana berkhatan, wang dikeluarkan daripada akaun anak anak ini tanpa pengetahuan mereka. Anak anak tadi yang menganggap hadiah tersebut ikhlas pemberian ibu bapa mereka tersenyum gembira tanpa mengetahui hadiah tersebut daripada wang simpanan mereka sendiri. Di mana adilnya?

Sungguh saya sedih dengan sikap sesetengah ibu bapa yang pentingkan diri sendiri ini. Bukan hendak menghukum. Tetapi realitinya mereka tidak amanah dengan anak anak mereka sendiri. Atas sebab itu lah, tak ramai yang mempunyai simpanan yang banyak semasa kecil. Kadang kadang ada yang siap berpesan dengan anak anak mereka, "Papa keluarkan wang simpanan kamu sebab nak beli kereta ni, bolehkan? Nanti boleh kita balik rumah Tok Wan selalu", Anak anak kecil ni tahu apa? Mengangguk gembira terbayang wajah Tok Wan di kampung.

Perbualan dengan seorang kawan beberapa hari yang lalu. Berkenaan adik saya yang membeli kereta AXIA baru baru ini.

A : Berapa Harga kereta ni?
Saya : Ada dalam RM30 ribu lebih rasanya. Saya kurang pasti. Tapi adik saya keluarkan wang simpanannya sendiri dalam RM10 ribu.
A : Eh berapa umur adik awak? Dah ada RM10 ribu dalam simpanan. Oh, dia dah lama berkerja ek?
Saya : Eh, tak lah. Dia baru grad tahun lepas. Baru mula berkerja sebagai Research Assisstant Bulan ni. Belum dapat gaji lagi.
A : Banyak nya duit dia. Mana dia dapat?
Saya : Dia menyimpan. Duit tu dari simpanan duit raya tahunan. Duit hadiah. Duit biasiswa yang dia dapat semasa belajar pun dia simpan banyak. 

Kawan saya yang seorang ini agak terperanjat apabila saya memberitahu wang simpanan adik saya yang baru tamat graduasi mencecah RM20 ribu tanpa adik saya mempunyai kerja sampingan sepanjang tempoh belajar. Di ingatkan, Ayah tidak pernah memasukkan wangnya ke dalam akaun kami adik beradik. Kesemua wang simpanan adalah daripada simpanan kami sendiri.

Alhamdulillah, dikurniakan ibu bapa yang sangat menekankan aspek menyimpan daripada kecil. Punya Ibu yang sangat amanah sebagai 'pemegang akaun' simpanan kami sebelum kami 18 tahun. Sebelum buku simpanan bertukar tangan. Punya Ayah yang sangat bertanggungjawab menyara makan, pakai, hadiah, percutian kami 7 beradik. Mungkin keberkatannya daripada situ. Walaupun tak mampu nak memperolehi kereta secara cash dengan alasan 'tak berkat buat pinjaman loan' kata orang, walaupun tak mampu beli rumah besar bertingkek tingkek secara cash, Alhamdulillah saya tak merasa kurang dari segi perbelanjaan sepanjang saya hidup. Mungkin kerberkatannya di situ. Punya ibu bapa yang amanah dan bertanggungjawab dari segi wang.

Nasihat saya, juga pesanan buat diri sendiri. Berbelanja biar ikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Bukan biar papa asal bergaya. 

Bukan sibuk membeli baju harga ratusan ringgit atas dasar, 'malu lah orang lain mampu pakai baju ini'

Bukan sibuk mengikut trend terkini dengan gajet pelbagai. Tapi sebenarnya tidak mampu milik pun.

Utamakan keperluan. Bukan kehendak. 

No comments:

Post a Comment

Followers