0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Saturday, February 26, 2011

Sungai Chongkak. Part 1


Kalau rasa nak bermalam di congkak, boleh lah sewa rumah ni! boleh tahan selesa. Tengok ni,

Ada 3 bilik, 2 toilet.

Bilik 1, dua katil single


Bilik 2, dua katil single

Bilik satu dan bilik dua kongsi satu toilet.

Bilik 3 macam main bedroom. 1 katil queen , 1 lelaki single (OH, PAKEJ TIDAK DISERTAKAN DENGAN ORANG ATAS KATIL TU SEKALI YE!) , Ada almari, ada meja solek dan toilet.





Dapur, kalau nak masak masak


Kemudahan meja makan, sofa.

Ruang tamu yang luas.


Dan ada Alien! Ok tu tipu!



Harga? Hurmm mahal sikit lah dari rumah tumpangan yang ni. Dalam Rm 340 mungkin untuk satu malam. Tapi kalau nak murah macam kat bawah ni, RM120 sahaja. Nampak macam mahal RM340 kan? tapi kalau kongsi sekali dengan 5/6 family berbaloi kot.


Tapi kalau tak nak bermalam dan mungkin hanya nak balik hari, ada je pondok nak lepak2 buat bbq ke, apa ke..



Huuu tidak mempunya senjata hebat berkuasa tinggi. Hanya ada pistol mainan berwarna hijau itu.. Jadi gambar tidak lah semenarik mana~










erk.. tiba tiba!




Jumpa di part 2



Friday, February 25, 2011

Kedai 100 yen = Kedai RM 5

'Membuang' duit di DAISO lagi. Tak tahu pulak ada DAISO kat Sunway Pyramid. Tak perlu lah jauh sangat nak menapak ke IOI mall kot.

Huu kenalkan... yang kiri sekali tu bukan kepingan tikar mengkuang ye.. Tu cik tikar gulung sushi.

Yang kat atas sekali yang berwarna warni tu pulak bukan mainan masak masak kanak kanak. Bukan jugak lego. Tapi shape mould untuk bento. Kat sebelah dia, dah tentu bukan HATI saya. Hati saya kat tempat lain.




PS: uff.. nanti mesti kene 'kata' lagi,
"Apa guna ada barang barang tapi tak buat bento nye Kak oii!!" 
Erk.

Wednesday, February 23, 2011

February babies~


Happy birthday for both my sister and brother.
Since masih lagi bulan Februari, kira masih ok lah nak tulis post di sini kan.

Happy 22nd birthday Atin on 12th Feb.
Happy 11th birthday Iwan on 13th Feb.

Hehe yang pertama dan kedua dari awal dan akhir sahaja yang masih tak segan silu buat aksi mesra kamera.

Kaklong kamu takde hadiah. Hehe tak keje lagi. Harap maap. Ngeee....

Wednesday, February 9, 2011

Intai sikit "The important things are everything that you taught me "

Mood Jdrama datang lagi.
Eheh, lama tak update!

New season!

"The important things are everything that you taught me "

Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta
Alasan mendownload menonoton drama ini!
Miura Haruma!!!
uh uh awal awal episod dah dapat 'nampak' Miura!



SAKURA!!! kireiii!!!

Tunang Miura a.k.a Kashiwagi sensei, Toda Erika






Miura bawak watak seorang cikgu sekolah menengah. Ohh SATU kewajipan, satu sekolah menyorak riang bila dapat cikgu kakkoi macam ni kan?

Teringat zaman matrik dulu bila satu kelas memandang kehairanan bila seorang yang dari segi fizikal kelihatan seperti pelajar masuk ke kelas dan terus duduk di meja lecturer.

Masing masing berteka teki,

"Eh, mamat ni apasal?"

Tapi masing masing tersenyum sendiri bila 'pelajar' tadi kenalkan diri,

"I ll be teaaching you Computer Programming"

Maka haruslah Computer Programming menjadi favorite subject saya sejak, saat dan ketika itu mengalahkan subject favorite terdekat, Math! *senyum*

Semua pun  dah siap berangan sepanjang cuti nak dapat cikgu tampan seorang ni!

...dan yeay!!! dapat!

Oh serious! kalau dapat cikgu kelas se kakkoi ini. JANJI tak ponteng kelas! tak tido dalam kelas!

Usha tunang sendiri masa perhimpunan sekolah. Memang terbaik kashiwagi sensei ni! Tunang kata, "Dah, jangan dok usha usha saya, pandang depan tuh!"

oopss.. ada pulak mata lain yang cemburu.


oooowww sweeet!!! (sila abaikan hyper mood ini)

Sebab lain.. ada Nakaken juga jadi anak murid cikgu kakkoi! kakkoi sensei + kawaii student = ^_______^


Budak yang rajin ponteng kelas pun SANGGUP datang kelas ok.

Toda Erika kata dia comel buat macam tu.

Untung tak jadi cikgu muda macam ni?
Actually tak tengok habis first episod ni lagi. cuma excited nak buat screencap dan buat wallpaper lepas nampak Miura Haruma di screen laptop! eheh

Download 1st episode drama ni kat sini

Masih mahu 'menanti' drama lain juga. Terutama yang mana ada terselit makhluk yang paling menarik di mata saya pada ketika ini! *senyum dengan lebih lebar*

Followers