0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Wednesday, March 30, 2011

Saya suka tengok senyuman di wajah mereka

Sebab tu abadikan gambar mereka dalam gambar bergerak macam ni. Kalau ajak bergambar statik, pasti mereka keras tak mahu senyum tunjuk gigi. Maka tinggallah saya seorang sahaja yang senyum nampak gigi!

Bila dah tengok gambar bergerak macam ni, baru lah 'feel' sikit nak senyum sorang sorang!

Haha

Btw, girls!!! I miss u all a LOT!!!

Mar + MarAn + Jib + Shida + Risa + Syikin + Ili + Wahidah

Ayu je Wahida pukul monster tu.


Lepas tensen pukul drum kuat kuat sesuka hati tak ikut tempo.


Baling bola tak berhenti henti!


Senyuman dia ni tak pernah fail buat saya senyum sorang sorang selama lebih dari beberapa minit!


Mintak izin... boleh tak saya abadikan gambar gerak gerak kamu dua orang tembak hantu tu? saya censored la muka sume.. buleh?? heeee

Monday, March 28, 2011

Perhatian Gadis Gadis Cun cantik Molek Comel

Hari ni, 'cuba' nak jadi seorang yang berumur 24. Cuba ye, saya tak janji.
Mahu sedikit 'membebel'. 
Dah cuba tahan diri dari tulis ini, tapi asyik benda ini main pusing pusing kejar kejar dalam kepala ini. (oh, ayat apakah ini?)

Dengan lafaz Bismillah,

"Hai Gadis gadis cantik cun cantik moleh comel belaka sekelian...... U all sihat??? boyfriend u all sihat?????" 
*baca dengan satu nafas*

*Tarik nafas balik*
I nak tanya U all, Pernah tak u all  'tangkap'  boyfriend you all sedang berbual mesra dengan perempuan lain, lebih mesra dari dengan you all. takpun, 'tangkap' diorang ni, mesra mesra balas balas  pantun comment kat facebook atau twitter?

Selalu nye u buat apa?

Ini selalu yang i observe la. Mesti U serang perempuan tu, pastu menangkan boyfriend you. Betul? Tak pun, u serang perempuan tu, serang boyfriend you nanti2 esok2? Betul?

Mesti You dengan muka paling ganas 'tegur' secara berhemah perempuan tu,

"Stay away from my boyfriend! He's Mine! Back off!"

Seriously girls?? Like seriously???

Lelaki kot...! You all percaya bukan 'laki' u all yang start dulu? 

Lagi pun, boyfriend je pun.. Bukan SUAMI.

Yang siap nak pergi call perempuan tu marah  marah buat apa?
Yang siap nak pergi ucap 'terima kasih' kat perempuan tu secara sarkastik sebab konon konon berjaya porak peranda kan 'rumahtangga' palsu u kenapa?

Kalau I kat tempat U, I biar je apa yang lelaki tu buat. Kalau dia datang balik kat I, explain, tunjuk baik baik, InsyaAllah boleh terima, kalau tak, and dia sorok something dari I, seriously, bye bye. He s not worth.

and kalau i berada kat tempat perempuan kena serang tu, i akan cakap,

"HELLO! i tak HADAP pun boyfriend u tu ok..!"

ps: sekian terima kasih! erk, emo sangatkah?




ps lagik : bukan perampas! oh and takde kene mengene ngan kamu. kene mengene ngan orang yang dah kene delete dari frenlist itu

Sunday, March 20, 2011

Allah ada rancangan lebih baik, bersabarlah



Aelin, antara kawan sekolah saya yang awal berkahwin. Hujung tahun lepas dapat berita Aelin selamat lahirkan baby perempuan comel, nama Alya Qistina. Sempat saya singgah jenguk Aelin dan Alya masa Aelin masih dalam pantang lagi. Excited dah jadi 'makcik'!

Dulu, sama sama main pingpong dengan mama nya ni, sama sama berkawat dengan mamanya ni.

Tapi, takdir Allah dah tentukan semuanya. Hari Jumaat lepas, Alya Qistina diambil semula oleh Allah lepas baru 4 bulan melihat dunia. Alya pergi waktu tidur. Tak buat bedah siasat untuk tahu punca dan akibat. Masih baby kan.

Terkejut baca berita di facebook. Baca banyak kali sebab macam tak percaya. Buat keputusan untuk ke rumah Aelin walau sebenarnya ada rancangan lain. Maaf Mar, terpaksa 'heret' kamu sekali.

Sampai kat rumah Aelin semalam, nampak dia masih boleh tersenyum. Saya mungkin tak sekuat tu. Sempat Aelin tunjuk video dari handphone nya,

"Ni, Alya masa lima hari lepas..."

tunjuk Aelin. Masih boleh tersenyum. Serius rasa sangat sebak tengok keletah Alya guling guling atas katil dalam video tu!

Aelin bercerita, bangun pagi Sabtu tu dia rasa sangat Alya dah takde, sebab Alya menyusu badan. Saya kalah dengan perasaan lagi. Berat mata pandang, berat lagi bahu memikul kan?

Masa nak balik, saya salam dan peluk Aelin, pesan supaya bersabar. Walau pada awal Aelin nampak ok, tenang je, dia kalah jugak. Sempat Aelin cakap dan nangis di bahu saya,

"Aku tak tau nak buat apa lagi, fana.."

Saya pesan supaya dia bersabar,
Saya pesan supaya dia ingat Allah.
Saya pesan, Alya tunggu dia kat Sana nanti.

Allah ada rancangan yang lebih baik lagi buat Aelin dan family.
Mungkin Allah ambil Alya untuk ganti dengan sesuatu yang lebih baik.
Rancangan Allah cukup sempurna. Percaya dan yakin itu.
Aelin muda lagi. InsyaAllah ada rezeki lain Allah bagi nanti.
Allah sengaja nak uji hamba hambanya.

Aunty Raja dan Alya

Sangat harap Aelin tak salahkan diri sendiri, tak salahkan orang lain, atau tak salah kan takdir. Redha dengan apa yang dah jadi.

Allah lebih sayangkan Alya. Al Fatihah buat Alya Qistina.





Sunday, March 13, 2011

How to: 2 accounts in 1 account

Tahu tak kamu boleh ada dua akaun dalam satu akaun yahoo?
Maksud:
  • kamu boleh ada dua email ; nama1@yahoo.com dan nama2@yahoo.com ;
  • mana mana email yang dihantar ke 2 akaun ni akan masuk satu inbox.

Err.. tak paham ke? maaf, tak pandai bagi penerangan.
Contoh
  • kamu ada satu akaun dengan nama yang agak merepek seperti akuBest@yahoo.com, purnamaMerindu@yahoo.com, kebaya_putih@yahoo.com, pendekar_laut@yahoo.com, eriluv@yahoo.com etc. Takkan kamu nak guna email dengan nama merepek ni untuk sesuatu yang official? Nak crete email baru nanti, leceh pulak kamu kene cek 2 akaun dalam satu hari. Betul?

Jadi, 'create extra email address untuk email yahoo kamu dengan nama merepek tadi.

click OPTION >> MORE OPTION




di bahagian ACCOUNT, click EXTRA EMAIL ADDRESS


Kemudian cuma perlu ikut arahan dan kamu dapat 2 akaun dalam satu akaun!

Contoh, nama kamu Siti Nur Aishah Binti Ahmad. sebelum ni kamu ada akaun kebaya_putih@yahoo.com. sebab berbunyi tidak profesional kat situ, kamu boleh buat satu akaun dengan nama, sn.aishah@yahoo.com.


Kalau untuk gmail dll... maaf, tak pernah cuba~


ehhhhh!!! dah tau ke? oh meyn! penat tulis...!


ps:untuk mintak kerja dan di atas resume, JANGAN lah nak letak email dengan nama merepek kerepek tersebut, buat kena gelak je  dan peluang dapat kerja mungkin berkurang.

Friday, March 4, 2011

Dunia Baru 'I'

Bukan kena mengena dengan Drama Dunia Baru.

Oh, Hi.. My name is Fana and i am very childish. Suka tulis post macam tak cukup ayat dan macam budak sekolah rendah.

Ayat introduction pun takde kene mengena dengan isi kandungan. k Fine~



Mac
Iphone


Ipad
ipod



Ok. JAKUN SANGAT!

tapi sedikit sadis bila pulang matahari pun dah mula nak 'menyorok'


Tapi lagi sadis kalau bila pulang begini.



ps: kuatkan hati ini!


(erk. tak paham jugak kan? *bricks*)



 


Followers