0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Saturday, June 19, 2010

BIasiswa untuk siswa siswi ^^



My sis yang dah dapat handphone w 995 FREE of charge tu baru cek result UPU beliau semalam. She got her 1st choice, UPM, Bacelor Sains Pertanian. Alhamdulillah... Lepas ni dapat laptop baru lah tuh. HUH!

Setahun beliau merungut sebab tercampak kat Matrik Penang dan takde sesiapa yang nak datang melawat ( sbb jauh sangat)

Lepas 3 tahun berada LUAR dari selangor, my sis tekad nak Universiti DALAM selangor je.

Mula mencari cari biasiswa sebab layak dan PTPTN macam bakal menyusah kan hidup (waaa... ada RM 9350++ kena bayar!!)

Sebagai seorang kakak yang suka membebel sayangkan adiknya, saya turut sama google senarai biasiswa yang ada kat Malaysia ni.

JPA
-Oh, saya pernah di kecewakan oleh En JPA ni. Iya lah.. orang tak pandai macam saya memang berangan lah nak dapat JPA kan.. *hides in corner* Tak mo citer pasal JPA, kamu google senirik!

MARA
-Ada yang berupa pinjaman dan jugak pinjaman boleh ubah. Ermm.. maaf, tak berapa tahu sangat la.

tapi saya tertarik dengan biasiswa ni,

Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA (BKTA)

Bunyi nya pelik kan? BKTA. Tapi tawaran biasiswa ni lumayan jugak. Sesuai untuk adik adik ( sebab yang layak memohon hanya mereka yang berumur 22 tahun ke bawah) yang rasa nak jadi Lecturer kan? Click link untuk tahu lebih lanjut. Tapi, tak tulis pulak bila open/close tarikh permohonan. So, update lah hari hari ye~ *SOALAN-SOALAN LAZIM (Sila klik di sini)*

Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)

SLTP pulak mungkin lebih kurang sama dengan BKTA, pun tak sepopular JPA, cuma mungkin pemegang SLTP perlu mengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti instead of IPTA. Ni pun boleh tahan lumayan. Almost RM5k every semester. Tu tak campur elaun projek tahun akhir, elaun tesis, dan elaun latihan amali(praktikal)! yang boleh dapat RM10 setiap hari maksima 90 hari (Okay, bunyi tak sabar kat sini)!

Biasiswa Sukan

Kamu seorang athlete? Rajinkan mouse anda click link Biasiswa sukan ni ye. Since my sis is not athletic at all, saya sendiri tak merajinkan diri nak view apa yang Biasiswa sukan ni offer.

Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA (Asasi)

Baru peringkat asasi? (Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) pun boleh memohon~ ^^
sebahagian dari website Minestry of Higher Education


Speaking of biasiswa, saya selalu terkilan masa zaman sekolah dulu mintak biasiswa langsung tak dilayan. Alasan,
"Gaji ayah kamu dah lebih"
PADAHAL diorang tak buat BG check ke? ADik beradik 7 orang okay! semua sekolah and my dad the only one yang tanggung kami sekeluarga.

Yang buat saya geram, golongan yang dapat ni, mak ayah diorang buat bisnes, kerja sendiri (maka bolehlah mereka tak tunjuk slip gaji-yang-sebenarnya-gaji-diorang-lebih-dari-cukup-dan-anak-pun-3-oarang-je)

Lagi geram bila tengok yang dapat biasiswa ni shopping sakan beli macam macam yang tak berfaedah, such as handphone etc. ( saya bercakap pasal biasiswa zaman sekolah dulu)

Bak kata orang Perak, Berbulu je tengok diorang yang kaya tapi berlagak miskin sebab nak dapat biasiswa ni.

Yang memang layak macam seorang kawan saya yang mak nya ibu tunggal takde lah saya nak 'berbulu'. Tu memang layak la kan.

*sigh*

ps : nak cuba mintak biasiswa lagi untuk peringkat master. ( huh, deg pun tak habis lagi kak oi~)
^____^

Friday, June 11, 2010

Cerita zaman dulu dulu

Wah, terpana (cet ayat tak boleh bla..) seketika masa terpandang iklan cerita ini kat TV baru baru ni.



Seriously nostalgic...!

Miteru?
Shiteru?

Kamu pernah tengok?

Masa ternampak iklan cerita ni kat TV saya tersenyum sendiri, 'otomatik'!

Maaf lah Encik 'N', saya tak dapat halang diri dari ingat 'cerita cerita lama tu'

Boleh tahan popular cerita ni dulu. Tahun 2001, masa tu saya form 3 lagi. Adik saya yang sekarang umur 19 tahun pun masih ingat cerita ni, (cop berapa umur kamu time cerita ni ditayangkan? 10 tahun???!)

Saya pun ade kena tempias minat cerita ni dulu. Siap buat nick name untuk chatting dalam MIRC ( ye la, dulu MIRC je.. eh, sekarang ade lagi ke menatang MIRC tu?) Scarlet Ortiz.



Ish Scarlet Ortiz tu watak utama perempuan cerita ni lah. Kalau dulu, saya cakap muka Scarlet Ortiz ni macam gabungan wajah Siti Nurhaliza dan Wardina Safiyyah.. Perghh~ cun kan??
( konon perasan cun la tu buat nick name Scarlet Ortiz? Bluekk)


Encik 'N' ni minat gile Siti Nurhaliza dan Beckham . jadi, bila orang kata muka Siti sama macam Scarlet Ortiz ni, tu yang dia suka tu.



+



=




Tapi jangan la nak tanye jalan cerita kat saya. Tak ingat kot. Yang saya ingat cerita ni ada 4 adik beradik, dah takde parent, ada seorang abang yang wife abang ni sangat la b**** nye, Seorang kakak, nama Silvia, Scarlet Ortiz as Lisa Estrada dan ade seorang adik perempuan yang sangat comel nama Beba dari nama asal Beatriz kalau tak silap ( hohho saya pernah guna nick ini jugak la dalam MIRC... aaa malu~)


Pasal Beatriz ni kan, u all perasan tak iklan,

"..sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani..."
*sebut dengan sangat sangat comel*

Ha.. budak perempuan (Raja Farah masa kecik) dalam iklan tu ada rupa Beatriz sikit. Kan?

Untuk saya tengok balik cerita yang kata nya dapat permintaan tinggi ni?
Tettt... Terima kasih aje lah... ( Saya tengok dulu pun sebab Encik 'N' suka benar ngan Scarlet Ortiz.. Huh!)

^___^

ps : minggu ni kerje 2 setengah hari sahaja, i lyke~~ huhu

Followers