0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Tuesday, January 25, 2011

Happy Birthday Mar!!

Ada sahabat bertanya,

"Sambutan Jubli perak tu apa?"

Err apa ek? Bukan orang selalu buat sambutan Jubli Perak bila sesuatu event tu berusia 25 tahun ke? Kan? Kan?

JADI, tahun ini! Tahun Jubli Perak. (Uff baru nak merasa angka 4 ooiii~)

Ok. Kembali ke motif utama tujuan asal...!

Kami macam destined to be together. (Chewaahh!)

Seorang, dua orang lahir di bulan 10,
seorang, dua orang lahir di bulan 11,
Seorang lahir di bulan 12,
Seorang lahir di bulan 1.


Mar, in purple.

Berturutan. Macam kalau celebrate boleh beli satu kek, tulis semua nama ramai ramai. SAVE!

Sudah bulan 1! Tiba giliran seorang kawan menyambut Jubli Perak. *smiles*



Selamat Hari Ulang tahun Mardhiyyah~~
*throws confetti*

Kita kenal masa masing masing masih 'rindukan' Matrik KPM.
Masih rindukan kawan kawan di matrik KPM.
Masih cakap,

"Kat matrik melaka dulu kan... ", kata saya.

"Kat matrik Perak dulu pun kan...", kata dia.



27th November 2004. Mula mula kenal dia. Semasa saya masih belum 18 tahun. OK SERIOUS terasa lama sangat!

DULU, susah betul nak faham apa yang dia bicarakan.

Sebab, saya tak pernah berkawan dengan mana mana orang kedah. Jadi, agak janggal bila kedengaran loghat loghat pelik keluar dari mulut si sahabat ni.

Kadang kadang perlu ulang tanya apa yang dia cakapkan. Walau kadang kadang tak faham jugak walau dah tanya dan ulang.

Maaf. Saya banyak salah dengan kamu! Eh, hari raya ke? Tak.. tak.. Maaf.. Sungguh sungguh maaf. Kamu kawan yang baik, tapi tidak saya.

OK2.. Cerita pasal Birthday girl lagi.

Kadang kadang saya loyar buruk jugak dengan dia. *senyum nakal*

Selalu 'bergaduh' pasal 'semalam', 'Kelmarin', 'lusa', 'tulat'. 'kelmarin lusa' dan tah pape lagi.

Shidah n Mar

Kadang kadang ada kesilapan komunikasi di situ.

Kadang kadang 'bergaduh' pasal 'gula gula' dan 'coklat'. Sebab bagi dia, coklat tu termasuk sweets and chocolates. Tapi bukan ke kita selalu refer coklat as chocolates?

Takpelah.. buat bahan gelak gelak bila jumpa balik nanti.


Suatu masa dulu. With Mar.

taisetsu na tomodachi! Mar, shidah, nela. Baru lepas habis present final year project!
Seronok ada kawan kawan yang comel dan ceria camni!!




@ikea


Lama lama saya dah terbiasa dengan ke'Kedah'an beliau.
Lama lama dah terbiasa bila dia dengar die dengan lecterer pun boleh terkeluar,

"hat tu, bla bla bla, yg hat ni.."

Saya pulak dah boleh berbicara dengan sedikit ke'kedah'an. Tapi sebab ada satu kes dulu yang buat si sahabat ni cakap,


"Takpelah, kau praktis cakap kedah, senang nanti bila dah kahwin dengan F, kau dah tahu cakap kedah"

TERUS STOP cuba cuba cakap Kedah. LOL

sangat childish.

Sejak kenal Mar, saya sangat cemburu dengan dia. SERIOUS!
Dia macam tak belajar, macam boleh rilex lepak lepak bila ada assignments, tapi nanti, result dia... SAMA dengan result saya yang saya rasa macam dah nak 'mati' punya study! Hebat kan?



Mar, banyak ajar saya pasal komputer! Dari format laptop.. sampailah bidang download mendownload nih ( yepp.. lets blame her for my addiction to download!)

DULU, sama sama dengan 'perjuangan' menjepunkan diri~ tapi sejak die berjumpe awek awek cun berskirt pendek dengan pakaian berwarna warni, terus dia lupa siapa itu Taguchi Junnosuke. *cries*

Takpe. Saya setia... Huhu tak perlu 'tarik' saya ke dunia 'K' ok?

Happy birthday Mar!

Sayang kamu selamanya~

^____^

Dengan ini, usia kamu GENAP 25 tahun. Dah boleh kahwin dah tu..... Bila lagi Mar? Masak dah boleh, sebut je ape jenis masakan, expert dah anak dara sorang nih! Dari makanan Korea, western, kampung. Semua dia dah try.

Belajar dah habis. Mana mana anak teruna berkenan, sila ambil borang kat sana ye. Ye, kat almari kecil sebelah meja bulat tu, kertas pink, ha yang tu... terima kasih~

Model : Mar, Nukilan : Mar. ^__^

Bila mahu turun Selangor?
Jumpa dulu baru dapat hadiah OK!
Nani ga hoshi?

OKAY! lengkap, Jib, Nihlah, Shidah, Mar. sape pulak nak dapat birthday post lepas ni? angkat tangan tinggi tinggi!

Tuesday, January 18, 2011

Selamat Datang ke pantai Morib

Assalamualaikum~
Oh, sebelum tu WARNING.. Gambar sangat banyak!

Welcome to Morib.

Kalau dulu, masa kecik kecik, cakap nak pergi pantai,
Melompat lompat excited nak main air. TAPI bila kata nak pergi pantai Morib...

Oh meyn.. macam tak menarik je. SEBAB... TBH air pantai morib tak seINDAH dan seBERSIH pantai pantai di Langkawi, Tioman, Redang mahupun Kapas.

Tapi lepas sekian lama tak pergi picnic. Terasa teruja pula bila dengar nak ke pantai Morib. Tambah tambah bila tak ada KERJA nak dibuat. ;b


Selamat datang ke pantai Morib



Sekali tengok macam nak buat ala ala Danga Bay pulak. Ke? ( hanya pernah lalu TEPI Danga bay)


Macam tak percaya pulak ini MORIB. lol


Apa? Kamu fikir, kalau piknik je main bentang bantang tikar bawah pokok kelapa sambil baring baring baring sapu lotion halang matahari sambil makan sandwich homemade ke? Ish... tu mungkin boleh nampak dalam lukisan budak sekolah rendah tajuk "berkelah di Pantai bersama keluarga' hehe Jk jk jk

Baik dok buat bbq sambil rehat rehat kene 'tampar' dek angin pantai~
Infratstruktur.. OK!

Ada tempat Solat.

Tandas, Bilik Air.


Tempat Makan.


Gerai gerai.

Taman Permainan.


Aktiviti aktiviti yang boleh di buat kat tempat tempat macam ni!

Barbeque!

Main layang layang ( angin best sangat!)

Anak Jiran (a.k.a adik Idham)




Gambar sumber 'Kak Sue'

Tak nak kalah nak main layang layang jugak!

Main tiup tiup buih sabun macam sponge bob.




Makan ice cream!



Of course rehat rehat sambil tengok alam ciptaan Allah



Tengok sunset dengan boyfriend, erk.. i mean, dengan family!


Beriadhah!

Anak 'Kak Sue'


Bermain di taman permainan bersama anak anak dan adik adik ( uff.. ayat karangan!)

Sumber 'Kak Sue'

Aktiviti 'camwhoring' tak dilupakan!

anggap je beliau comel

Anak  'Kak Sue'
Oh, saya tak layak jadi model, hanya mampu jadi orang belakang tabir!
Err.. tapi nak enter frame jugak.. LOL
Usha anak orang.. Ooops..


Sebab takde anak bujang yang nak di usha. *bricks*


ps : Orang kata saya heartless, mana ada? Dalam hati ada taman gak beb~


Taman permainan.. macam kat atas tu, berwarna warni. Hebat bukan!

Tuesday, January 11, 2011

'Entah' lah...

pernah tak dengar seseorang loyar buruk seperti ini.



A : Aku tau nyanyi lagu Jepun
B : Cuba nyanyi sikit
bunyi gitar: greng...
B: JEEEEPOOONNNN~
*dush*

Tak pun, macam ni:

C : Tau nyanyi lagu Korea?
D : Tahu.
C: Cuba nyanyi sikit.
D : KOREAAAAAAAA..~


Rasa macam nak lepuk bukan?



Jadi bila saya tanya,
Tanya : Tau macam mana lagu Afgan yang tajuk 'Entah' tu tak?
Jawab : Tau.
Tanya : Macam mana?
Jawab : "Entahhhh~"

Rasa macam nak gelak guling guling pulak
*dush dush dush*

ps:tak pernah dengar lagu 'Entah'

Monday, January 10, 2011

Jangan bersedih, Allah sentiasa ada bersama kita.


Pernah tak rasa macam tak ada siapa yang peduli tentang kamu?

Pernah tak rasa macam tak ada kawan kawan di sisi waktu kamu perlukan mereka?

Pernah tak rasa macam tak ada siapa mahukan kamu?

PEDULIKAN!

Allah kan ada.

Jadi, jangan bersedih.

Walau kita rasa jatuh sangat sangat. Sebab Allah dah rancang yang terbaik untuk kita. Ingat janji Allah. Dia takkan bagi ujian kalau Dia tahu kita tak mampu dengan ujian tu.

Allah tak bagi dulu sesuatu yang kita mintak kalau Dia tahu kita tak mampu nak 'handle' rahmat tu.

Contoh,
Allah tak bagi kita kekayaan yang selama ni kita mintak sebab takut nanti kita LUPA.

Kadang kadang pulak, Allah bagi rahmat sebagai Ujian.

Semalam, sama sama 'join' perbualan makcik makcik di kawasan kejiranan ni.

Makcik A : Alhamdulillah... Dah ada orang merisik dah, tak lama lagi kahwin la Umi tu. Risau je mak dia hari tu. Umi dah la macam tu.

Makcik B : Aah kan? Umi tu tak pernah ada 'boyfriend' kan? Bagus betul.

Saya : Dengan orang mana makcik?

Makcik A : Yang merisik dia tu, orang Perak, kawan abang dia satu sekolah KISAS dulu.

saya : Tu lah makcik, Allah dah tetapkan ada. Tak perlu nak 'usung' boyfriend ke hulu hilir. (adlib je ayat usung tu). Jodoh semua Allah dah tentukan.

Sungguh saya tak faham 'macam tu' apa yang makcik ni maksudkan?

'macam tu' sebab dia tak pernah ada boyfriend ke?
'macam tu' sebab dia pakai tudung besar ke?
'macam tu' sebab dia pakai baju labuh labuh ke?
'macam tu' sebab dia tak 'pandai' ber'huha huha' dengan lelaki ke?


Salah ke dia takde boyfriend? bertudung besar? dengan baju labuh?

Setahu saya, dari segi personaliti, Umi sangat baik! Comel je mata saya tengok. Peramah, rajin, pandai. Bukan mengampu sebab selalu tumpang dia balik U dulu okeyh. Tapi tu lah yang saya nampak.

Tahniah Umi....!

Umi, next to me.

Saya selalu usik dia dengan Hasan.. oh man.. tak mengene pula. Erk.. Hasan kamu bila pulak? eheh.. ^__~


Allah tak pernah jawab TIDAK untuk apa apa yang kita mintak.
Ingat tu.
Cuma mungkin Allah nak bagi lambat sikit.
Bukan pasal jodoh je. Pelajaran, kawan kawan, kerja.. *cries*

All we need to do is ASK.

Senang kan? Mudah kan?

sambung balik perbualan tadi,

Makcik A : Kaklong bila pulak?


Erk. dulu dah bagi alasan tak habis belajar lagi.. err.. alasan apa lagi ye??

saya : Tak kerja lagi la makcik. Takde duit~

Terus 'bla' dari tempat perbualan.

huh (ni yg tak boleh join cenversation makcik makcik ni.. bahaya)



ps: mada mada hayai desu ne? Matte ne. Chotto dake.

ps: Nadiah.. something happened? Be strong ok.. Jawab pekse elok2 dulu.



Wednesday, January 5, 2011

Thanks for the birthday present! Nuffnang and TGV!!

Hari itu, serious dah takde duit.
SEE!

DSC04040

Tapi sebab janji dengan adik adik dari hari tu lagi, 'seret' juga mereka ke Jusco Bukit Tinggi.

DSC04026

Kene 'seret' 'bodyguard' dua orang ini jugak sebab keluar malam. (cess tak membantu pun)
DSC04024

Niat asal nak menonton The Tourist, tapi sebab tiket paling awal untuk The Tourins pada pukul 11.30 malam dan sebab ada bawak 2 orang budak bawah umur, niat di batalkan.
(Takut jugak ada adegan tah pape pulak karang)

Sebab bilangan 'berapa kali menonton wayang' boleh dikira dengan jari,
urusan memilih movie diserahkan pada yang pakar.

Finally, mereka pilih cerita ini.
Tron

Serious tak tahu menahu cerita tentang apa!
Nasib baik tiket FREE! Tak lah rasa rugi sangat.


DSC04041
RM 0.00 !!!!


Thanks Nuffnang and TGV!

'Orang memberi, kita merasa' kan?

Rezeki, takkan nak tolak kot.


DSC04035
Tiket pukul 10.30 malam. Sebab seawal 8 malam dah gerak dari rumah... 'lepak' big apple dulu.


Tamat menonton selepas tengah malam.
Tak berapa nak paham sangat cerita sebab asyik berSMS dalam cinema.
huuu




DSC04038
Menunjukkan taring. Err literally... But i failed. TOT


ps: IDK why i lack of words ideas and creativity this morning~

ps : Huuu untung betul daftar blog kat Nuffnang kan? Bagi mereka yang duduk area lembah Kelang dan bakal sambut hari lahir bulan bulan akan datang, berdoa lah korang terpilih dapat hadiah dari Nuffnang ok!! ^__^

Tuesday, January 4, 2011

Aku, Kau, Saya, Awak

Tak mahu tulis tentang ITU. Takut berkaitan. Jadi saya menulis tentang ini.

Idea asal dari Nadiah~ (huu gomen ne Nadiah)

Aku Kau Saya Awak.

DULU, saya memang bahasakan diri, 'saya-awak' kalau mula berborak dengan lelaki yang baru kenal. TAPI masa masuk Kolej Matrik Melaka, ada seorang lelaki yang kelihatan baik berkata,

"Gedik betul perempuan yang cakap 'saya-awak' dengan lelaki!"

Lantas saya yang berumur tak sampai 18 tahun masa itu tak mahu perasan GEDIK dan sejak itu saya ber'kau-aku' dengan mana mana lelaki yang baru saya jumpa dan kenal.

Ada yang kata, 

'kasar la kalau perempuan cakap macam tu'.


Maaf, saya lebih sanggup di label kasar dari di label gedik.

TAPI ada satu kes agak funny bagi saya. Pada mulanya, lelaki ni ber'kau-aku' bila berkomunikasi dengan saya, tapi saya dapat tahu dia ber'saya-awak' bila berkomunikasi dengan kawan perempuan saya yang seorang ni. Lantas keluar ayat mengusik..
"Amboi amboi... dengan kita orang, ber 'kau-aku', dengan dia, ber'saya-awak'"

SUNGGUH takde niat cemburu. Hanya mengusik. Tak tipu ni. Tapi mungkin dia nak selaraskan penggunaan ayat. ( heh ). Terus dia tukar 'saya-awak' jadi ganti nama diri. Dan saya, terperangkap dengan usikan sendiri! Padan muka! Lain kali, usik anak dara orang lagi!

Eh, bagi yang rasa 'saya-awak' tu tak gedik, jangan lah marah saya pulak. Itu cuma apa yang saya rasa. Pendapat saya je. Sama lah jugak macam orang kata pakai tudung 'indon' itu lawa, tapi bagi saya tak, bukan lah maksud kamu tak lawa, kamu pakai lawa, tapi tak kalau di sarungkan kat saya. Erk.. lebih kurang macam tu lah persamaan dia.
"Eleh.. kat blog pun ber'saya-awak'"

Lorhh.. yang kamu nak melenting tak bertempat ni apesal. Lek lu..

Bila sesuatu dah jadi kebiasaan. Tentu kamu susah nak ubah kan? Jadi, Maaf dah terbiasa. Lagipun, kan kata tadi DULU saya dengar cakap orang.

Apa pun, guna je apa yang kamu rasa bagus, selesa dengan kamu. JANGAN dengar apa orang cakap macam apa yang pernah saya buat dulu. (tak pasal pasal kena label kasar.. heh).


ps:Eh, perasan tak Wanita Hari Ini siang tadi cerita pasal, "Kenapa susah nak kahwin'? huhu esok cerita tentang 'Janda' pula. (eh eh mengapa macam jadi tali barut TV3 pulak nih?? hurmm)


ps:saya-kamu-awak erkk triangle love ke? hurmmm

ps:GEDIK dengan certain certain orang sahaja.


ps: Ada seorang Janda muda anak lima di kawasan perumahan saya yang baru sahaja menikah dengan seorang Duda anak 5 yang merupakan kekasih lama nya masa zaman muda muda dahulu. Dua dua kematian suami dan isteri.  SEE miracles of jodoh? Itu yang muncul peribahasa,
"Kalau dah Jodoh, tak ke mana". Kan? Sama ada lambat atau cepat je. Jadi, sila yakin dan bersabar ye kawan kawan.

Saturday, January 1, 2011

Barkahwin untuk tambah pahala, bukan dosa.

Perkahwinan. Waa... ramai sangat orang berkahwin musim musim cuti sekolah ni kan?

Kawan kawan saya tak terkecuali.

Kenapa berkahwin. La... mesti la kahwin, takkan nak bersekedudukkan pulak!


"Aku terima nikahnya..."


Unik kan? Dengan satu lafaz, satu ayat, satu pasangan yang asalnya haram jadi halal.

Subhanallah.

Mencari keberkatan Allah dengan perkahwinan.

Alhamdulillah.

Tapi, macam mana pulak kalau majlis perkahwinan tu sendiri dah dimulakan dengan 'mengumpul' kemurkaan Allah?

Macam mana pulak lepas tok kadi goyang tangan pengantin lelaki siang tu, waktu malam pulak satu kampung tak kira jantina menggoyangkan tangan beramai ramai sambil cucuk cucuk langit. Erk.. maksud saya berjoget lambak pada malam hari. Eh, ada lagi ke tradisi joget lambak tu?

bukan sehati berdansa!


Macam mana pulak kalau usai je akad nikah, pengantin lelaki tak sabar nak teruskan adat membatalkan air sembahyang? Err.. encik pengantin lelaki... tak nak solat sunat dulu ke? Alang alang masih ada wuduk... Luang masa bersyukur kejap. Ala.. tak lari bini kamu tu nye. ^^ Macam tu lah jadi bila Melayu suka peribahasa,

"Lebih baik mati anak daripada mati adat"

Sumber ZACKZUKHAIRI

Macam mana pulak yang dulu sepanjang hidup menutup aurat, alih alih sebab nak kelihatan cantik di 'hari bahagia', eh tiba tiba rasa nak pakai ala ala gown 'pinses' la pulak... (Baca:Princess)


"Ala.. nak la teringin sekali pakai gown pincess... dulu masa kecik kecik mak kite tak mampu nak belikan gown pincess... boleh la ye yang ye.."
*buat mata kelip kelip secomel bayi*

Kes terpengaruh dengan cerita Cinderella waktu kecil lah ni!


Macam mana pulak yang make up tebal satu inci sehari suntuk dan lalaikan solat dengan alasan,

"Eh, berejam nak siapkan make up I ni tau, mahal pulak tu I bayar mak andam."

euw... u bayar mahal mahal for this? Sumber

Ok FINE~ maybe pengantin perempuan uzur... Tapi.. eh, pengantin lelaki pun tak berganjak dari pelamin anganku musnah sepanjang hari? Uzur juga kah? Ahh... sudah.
Kalau nak bersanding jugak lama lama, Buat pagi pagi, Ambil lah sebanyak mana waktu kamu nak sampai Masuk Zohor. Kalau nak buat petang, Tunggu je lah kejap, Solat Zohor.

"Ala.. tak sempat la with all these accesories nak pakai balik after solat Zohor"

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, pernah je saya nampak pengantin dah lengkap siap bersolat Zohor dahulu.
Nak lagi? Buat sahaja lepas Isya'.

Oh, itu belum campur macam macam lagi perkara lain. Susah juga majlis perkahwinan ni ye? Niat asal nak tambah pahala, nak ikut sunnah nabi, nak sempurnakan agama. Alih alih TERtambah DOSA pula.

Oh, nanti kamu mesti nak cakap,

"Kamu tak kahwin lagi, mana kamu tahu. Entah entah nanti, kamu yang lebih sudu dari kuah"

Jadi pembaca pembaca sekelian...

"Eh ramai ke pembaca kamu?", tanya nada tak puas hati
"Ada la tu KOT. Counter tu tinggi la jugak selalu dari orang yang ramai follower", *cuba backing*
(eh, iklan kejap)

Giliran kamu pula ingatkan saya. Manusia mudah lupa. Ada terdengar di Al-Kuliyyah kat TV sebelum Maal Hijrah tempoh hari,

"Iman manusia ni ada turun naiknya. Bukan dah naik, sentiasa naik je. Semua orang pun macam tu, ni peringatan untuk saya jugak", kata Ustaz kat TV tersebut.

Nauzubillah. Jauhkan lah turunnya Iman. Amin.

PS: kelakar rasa dengar iklan kat TV, sebab saya rasa yang lafazkan ayat tu seorang melayu Islam, ada ayat yang berbunyi begini.

"....... yang penting, ingat Tuhan....."

erk.. agak agak kamu tak pakai tudung tu perbuatan ingat Tuhan tak?

Tapi takpelah kan, die dah suruh ingat Tuhan tu. Bukan kita tengok siapa yang nasihat, tapi kita kena tengok APA yang dia nasihat.. Sama sama lah kita ingat Allah dalam setiap perbuatan yang kita buat.

Followers