0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Friday, June 3, 2016

me time

i can live with this. Perjalanan ke ofis ambil masa lebih setengah jam tapi tak sampai pulak sejam. ini masa aku muhasabah diri. walau radio tu menyanyi lagu yang kadang aku tak ingat pun lagu apa. sebab otak aku ligat berpusing. tentang waht if this and that happens.

Aku terpikir tentang kematian. Melihat makcik sendiri sedang bergelut. Umur makcik baru 58 tahun. Entah lah, aku rasa makcik tak l;ah terlalu tua. sedangkan Arwah opah meninggal diusia 74 tahun.

Aku keliru, aku terjumpa laporan doctor bertarikh december mngatkan breast cancer stage 4. tetapi pakcik menidakkan dengan menunjukkan satu laporan lain TETAPI bertarikh november mengatakan tiada cancer. kalau nak kata tidak valid catatan komputer bertarikh november tu, ada pulak contengan dengan tulisan doctor di catatan november bertulis tarikh mei. Sungguh aku keliru. sebab aku tak faham sepatah ayat pun contengan doctor tersebut. sememangnya sebuah contengan cakar ayam. -_-"

Kemudian tiba tiba datang pula keluarga angkat makcik sejak dari zaman anak dara. Adik angkat makcik bersama kakak angkat makcik datang melawat setelah mendengar perkhabaran makcik jatuh sakit teruk. lama yang adik angkat termenung, tiba tiba dia minta ibu segelas air kosong. Ibu fikirkan si adik angkat haus. Tiba tiba bermulalah adegan 'berubat'. Kata si adik angkat, Arwah ayah nya yang juga merupakan ayah angkat makcik 'memarahai' nya dari 'sana' kerana tidak mengubati kakak angkat beliau. Adegan berubat bermula dan si adik angkat 'memarahi makcik' kenapa menumpang di tubuh makcik. 'Makcik' menjawab, "Jangan lah halau...", Adik angkat marah lagi, "Keluar kau, kalau tidak aku sula kau", 'makcik' menjawab, "Taknak.. jangan lah.." "Kau tak keluar, aku guna limau nanti", "Rumah ni takde limau.. ", "Oh, degil ya. Aku cari limau nanti"

Ibu teringat rumah kami ada limau lantas suruh adik ambil limau dari rumah.

"Siapa yang hantar kau"
"Aku tak boleh bagi tahu"
"Siapa? Baik kau cakap siapa hantar kau"
"Alah.. kawan abang nadir jugak" (Merujuk kepada suami makcik)
"Orang nya begini, dan begitu" (memberi diskripsi 'tuannya')

Akhirnya adik angkat berjaya 'membuang' 'benda' tersebut.

*sigh*

Aku sebenarnya tak lah percaya sepenuhnya. tapi entahlah. aku keliru.. Risau keluarga makcik lebih mempercayai 'perbuatan orang' sakit tersebut lantas seolah 'menolak' kesakitan itu sendiri datang dengan kekuasaan Allah.

Aku ingatkan adik yang menyaksikan perbuatan 'berubat' itu.

"Kalau nak percaya orang tu buat, boleh, tapi kita wajib percaya, orang tu TIADA kekuasaan nak buat jahat tu. Perbuatan dia tu asbab je makcik sakit. Allah izin makcik sakit dengan perbuatan orang. BUKAN kuasa orang tu. semua kuasa Allah"

Adik mengangguk dan mengakui turut keliru dengan apa yang terjadi.

Katanya orang itu seorang perempuan. Janda.
Katanya orang itu pernah menaruh hati pada suami makcik.
Tapi makcik TAK PERNAH memusuhi orang itu sepanjang hidup. Bahkan Makcik lah yang menggalakkan pakcik menolong orang itu kerana status janda nya.

Aku takut menjadi fitnah kerana tiada bukti. hanya anggapan. Aku memilih untuk tidak percaya. Tapi kalau itu lah penyebabnya.. Astaghfirullah.. Buruknya manusia yang berperilaku macam tu.

Terus aku teringat suami yang jauh. Berilaku nya baik. suka menolong orang. Suka berbaik sangka dengan orang. Pernah juga aku risau. Bagaimana kalau dia tolong orang kemudian jadi perkara yang tak 'best' untuk aku. Aish...! suami marah kalau aku cakap "macam mana kalau..." ni.

Tapi aku perempuan. Perempuan ni, dah mati pun dia cemburu. Perempuan ni, dengan bidadari syurga pun dia cemburu tahu.

Doakan makcik aku dikurangkan kesakitannya. Jika benar sakitnya boleh diubati. doakan makcik sihat semula. boleh tunaikan haji. Boleh beribadah. boleh bermain dengan cucu..



Followers