0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Thursday, April 28, 2016

...

Kalau tengah drive, banyak je idea aku nak tulis. Tapi bila bukak apps ni, nak mula tulis. Satu bijik ayat pun tak terpikir. Kalau lah kereta autopilot boleh link dengan waze. Siap ada sensor sekeliling untuk elak kenderaan berhampiran. Is it possible? Haa boleh buat korang punya takut FYP/research.

I am now at Salam Noodles. Ada berjanji dengan makngah tempoh hari nak belikan Salam noodles untuk makngah rasa.

Makngah sekarang semacam lumpuh. Macam tak percaya kan? Wanita yang dulunya sihat walafiat tiba tiba baring terlantar. Kurus je makngah sekarang. Allah, kalau nak ambil nikmat kita ada sekarang, kejap je. Masa Imran lahir hari tu, makngah sihat lagi. Boleh datang jenguk imran. Peluk cium imran. Tak sampai setahun, Allah tarik nikmat sihat tu.

Aku sebenarnya keliru sakit makngah. Pada mulanya, doktor kata kanser tulang. Tiba tiba jadi kanser payudara. Makngah dah melalui proses radioterapi. Dan juga "kemo". Aku kadang tak sampai hati tgk makngah macam tu. Allah jadikan lah aku kuat.

In other news, aku sekarang menetap kat rumah family. Rumah ibu ayah. Rasa segan bila masih ibu yang memasak untuk aku. Melipat baju. Maaf kan kaklong bu. Kadangkala aku cuba kurangkan beban ibu. Masak semasa weekend, tolong kemas sikit sikit apa yang aku boleh kemas.

Okay. Mee dah siap.

Tuesday, April 5, 2016

Persimpangan

Tengah malam itu aku teringat yang keputusan pertukaran dah keluar. Aku tak expect dapat pun. Sebab dah malas nak menaruh harap. Walaupun pertukaran suka sama suka. Isi borang permohonan pun daripada handphone saja. Macam memang hendak tak hendak je mohon bertukar kali ni. Hati aku dah kecewa sangat. Dikecewakan berkali kali. Keluar keputusan pertama, aku tak layak. Lantas isi rayuan online. Rayuan online pun aku type masa tengah tunggu giliran nak cek gigi di klinik. Betapa tak bersungguhnya aku!

Jadi malam itu, semasa suami di toilet, aku tekan tekan username dan password. Access sistem ESIS tersebut. Bulat mata aku nampak perkataan,
"permohonan anda berjaya ke Politeknik seberang perai"

Terus bgtahu suami. Suami gembira. Peluk aku.

Sebenarnya masih jauh. Johor penang. Tapi, atleast, dah ada satu penerbangan direct daripada penang ke johor. Dan yang penting aku tak berseorangan weekend.

Aku dah cukup sedih bila kena tinggal sendirian dengan Im bila weekend. Bila waktu berjumpa, kena travel jauh jauh. Sendiri. Bukan benda mudah nak bawak anak kecil dalam flight. Kau akan jadi letih yang sangat sangat!

Bagi aku, memandu kereta dengan mendukung anak dalam kereta, memandu itu lebih tidak meletihkan.

So, yeap. Aku harap penang johor ni satu hidup baru buat aku. Walaupun aku kena berdepan dengan segala galanya yang baru. Aku dah kena mula berkemas sebab aku dijangka pindah 1 jan. Memang tahun baru, azam baru dan politeknik baru!

Aku kemas apa yang mampu aku kemas. Aku dah susun dalam lepala, aku akan ambil cuti untuk mengemas di penang pula nanti.

Aku maklumkan pada kak Ita yang aku dapat berpindah ke penang. Kak ita ucap tahniah.

Tapi, beberapa minggu kemudian, kak ita call aku bertanya,
"Kalau masuk kurikulum nak tak?. Kalau awak cakap iye je, boleh terus dapat!"

Bagai orang mengantuk disorong bantal. Tapi aku dah prepare mental fizikal untuk ke penang. Macam mana ni?

Aku tanya husband, tanya ibu, ayah, umi, abah, dan kawan kawan yang kerja di HQ. Ada positif ada negatif. Ibu ayah seronok lah. Katanya kalau di putrajaya boleh berulang dari rumah. Setelah timbang tara, aku setuju dengan pelawaan kak ita.

Masalah lain pulak yang datang. Kini kak ita tak tahu aku berjaya atau tak untuk ke putrajaya. Ahh sudah. Aku dah siap mental fizikal ni. Aku tanya lagi dan lagi untuk kepastian. Jawapan yang aku terima,

"Awak pergi dulu ke penang kalau masih tiada berita"

Maka aku kecewa dan aku anggap putrajaya is a NO. Kembali uruskan rumah dan perabot di di penang. Turut aku cari dan berjumpa pengasuh untuk Im. Siap aku cuba jarak dari rumah sewa baruku ke politeknik seberang perai.

31 Disember. Aku dapat panggilan telefon daripada puan su.
"Hello, awak dapat pindah putrajaya, the thing is, u kena lapor diri pada 16 jan"
"err tapi saya akan lapor diri ke penang 2 jan ni, sebab 1 jan, penang cuti"
"macam ni, u kena balik semula kerja di perlis for 2 more weeks"

Allah. Aku tak tau apa aku rasa masa tu. Marah? Sebab beritahu last minit?
Seronok? Sebab akhirnya dapat pindah lebih dekat?
Malu? Sebab kena menghadap kawan awan di poli lama balik?

Maka aku terfikirkan sarah yang duduk sorang sorang di rumah sewanya. Sarah gembira aku akan tinggal di rumahnya for 2 weeks.

And now, i m here. Driving 40minutes every morning on 7 am and another 40mins after 5 pm. Im is under my mom care. And i m having so much fun watching him grow up in front of family members. Dan tak lupa, i got to see my husband every weekend!. Alhamdulillah....

Cuma kadang aku risau aku bebankan ibu dah ayah. Aku tak dapat bantu banyak kerja rumah. Itu kerisauan aku.



Friday, April 1, 2016

Lelaki itu.

I used to hate this guy. Hate yang sampai tahap, 'dont you dare show your face in front of me!' Lol. Childish sangat kan.
Siapa suruh bercinta masa form four, kan dah kakak kawasan ni mengamuk sakan. Maybe laaaa emo tak memasal sebab masa tu aku single kat university. Haha maybe laaaa
Tapi aku ingat lagi macam mana aku bantah habis habisan bila dapat tahu adik aku yang baru form 4 masa tu gedik nak bercinta. Aku memang suka panggil dia gedik. Sampai sebutan gedik tu dah harmless pada dia.
Adik perempuan bongsu aku ni orang kata ada mirip aku rupa dia. Cuma kening lebih lebat, maka obviously cantik lebih dari aku. Haha tak kisah pun. Sebab adik kan mewarisi dari kakak. *perasan*
So, selalu lah aku 'bergaduh' dengan dia masa dia bercinta zaman sekolah. Penat aku sekolahkan dia supaya jangan bercinta, nanti pelajaran entah ke mana. Tak berjaya. Adik aku tetap berkasih dengan lelaki itu. Lelaki tu pulak terang terang condemn aku kat frienster dia. Laaagi aku naik hangin.
Lama lama adik pun dah tak cerita sangat pasal lelaki tu. SPM adik not bad. Dia dapat masuk Kolej Matrik Penang. Dan lelaki itu sambung Diploma di UTEM. Aku sangka dah berputusan. Jauh tu utara selatan. Tapi waktu tu aku dah tak hirau sangat. Api marah aku dah padam. Sebab utama aku marah ialah sebab couple masa sekolah.
Di matrik penang, saja aku tekan kan adik aku ni. Suruh belajar sungguh sungguh supaya dia tak de masa nak bercinta. Siap aku offer,
"Kalau pointer kau 3.50 ke atas, kaklong bagi kau handphone yang kau berkenan tu"
Masa tu handphone yang dia berkenan berharga hampir RM1k. Aku masa itu berani berjanji sebab aku sedang praktikal. Dan kebetulan baru lepas memenangi hadiah tempat pertama contest SUNSILK blog to paris yang hadiah nya wang tunai RM2k. (tak silap aku). Guess what, adik aku dapat pointer 3.70++ dan aku TERpaksa bagi hadiah yang dia nak. Tapi aku tahu dia boleh.
Jangka aku waktu dah putus. Jahat betul aku kan, doakan adik sendiri putus cinta. Aku takut orang mainkan dia. Takut dia kawin dulu dari aku pun iye. Hahaha jodoh mereka kekal lagi. Adik sambung belajar degree di UPM. Kadang aku curi baca mesej 'sayang sayang' dia dengan kekasih hati. Aku risau dia terikut benda bukan bukan. Bila dah sayang, macam macam boleh jadi. Aku tahu tu. Aku takut tengok couple muda jalan pegang tangan. 
Dan aku takut kalau diorang bergaduh lelaki itu mula berkau aku. Adik  opposite sikap aku yang baran. Dia lembut hati. Aku marah adik kena macam tu. Aku pesan, kalau nak putus, putus sekarang. Masa bercinta dah keluar kau aku, kalau kawin? Keluar kaki tangan. Kau nak? Adik menidakkan.
Mereka masih bersama. On off. Kejap baik kejap gaduh. Di tahun 2012 mereka putus. Teruk aku tengok adik aku menangis sedih gila gila. Macam aku dulu. Duduk sorang sorang boleh tiba tiba nangis. tengok tv cerita kelakar pun boleh nangis tahu!. Makan takde selera. Boleh kurus tanpa makan pil. Aku tahu sebab aku pernah rasa. Aku kesiankan dia. Aku nasihat. Suruh dia sabar. Masa ni aku dah kerja di utara malaysia. Jarang ada di rumah.
Tapi entah bila, mereka bersama semula. Aku geleng kepala. Tapi aku pun pernah macam tu jugak 
Lama kelamaan aku mula boleh terima. Cuma aku masih risau kalau kalau dia sakitkan adik aku lagi. Entah kenapa naluri kakak kakak sangat kot.
Semasa family lelaki datang ke rumah untuk merisik/bertunang pun aku taknak ada di rumah. Entah tak tahu kenapa.  Selepas lelaki itu masuk kategori 'tunang' baru aku boleh terima. Dan aku berani mesej tunang adik aku tu. Dah macam mengugut pun iya. Sedangkan ayah aku pun tak begitu agaknya? 
"betul kau sayang aneem? Kalau betul, jaga dia baik baik. Jangan buat dia menangis. Jangan sakitkan dia"
Lebih kurang macam tu lah ayat aku.
Tanggal 12 March 2016, adik aku bergelar isteri kepada lelaki itu. Aku lihat lelaki itu menyapu muka seraya menangis selepas akad nikah. Aku turut sebak. Mungkin itu adik perempuan bongsu aku yang dah jadi milik orang lain. Aku rasa 'hilang'. Mungkin rasa sayang aku pada dia yang buat aku sedih.
Alhamdulillah. Harap lelaki itu jaga adik aku baik baik. She is a nice girl yang gedik sikit. But she is my baby girl. Selalu dengar kata.
Masa nak masuk form 4, aku pesan suruh dia rajin libatkan diri dengan aktiviti sekolah. Dia buat. Bermacam dia sertai. Masuk matrik aku kata, kalau tak paham, tanya cikgu, dia buat. Apa apa yang dia nak consult,  dia akan rujuk aku. Dan selalunya dia buat.
Mngkin sebab tu dia suka 'paw' duit aku.. 
Tahniah for your marriage. Moga Allah berkati. Perkahwinan bukan fokus 'apa yang kita dapat, tapi apa yang kita beri'.
Perkahwinan lain dengan bercinta tau. Bercinta boleh la sikit sikit clash. Kahwin takde istilah clash ok. Bila ada problem, ingat susah payahnya korang nak berlahwin dulu.
Kaklong sayang kau!
Ye lah.. ye lahh... kene sayang adik lelaki baru tu jugakkk.. heipp kaklong garang tauu..




Judging

Berbual dengan kawan satu ofis tentang isu anak anak nakal.

"Alah.. apa apa hal, semua ni salah mak ayah dia jugak..."
Tegas seorang kakak.

Aku dulu macam tu dan kadangkala masih menghukum. Cepat betul kita salahkan mak ayah. In a way, yes. But cara kita hukum tu bunyi seolah olah we are the best. Itu yang tak sedapnya. Kita tak tahu apa Allah akan uji kita. Itu ujian Allah buat keluarga itu. Mungkin anak kita senang dengar cakap, pijak semut pun tak mati depan kita. Macam kitalah ibu bapa hebat, lantas kita hukum ibu bapa lain tak pandai jaga anak.

Tak adil begitu. Ingat ye, Ujian Allah lain lain. Mungkin anak kau masih kecil yang belum tengok dunia luar kau boleh bangga berkata begitu, macam mana nanti suatu hari Allah izin anak kau menyimpang? Walaupun kau dah bagi cukup didikan agama? Walaupun kau dah nasihat berulang kali? Bukan kita tak pernah dengar kisah anak seorang ustaz yang murtad masuk agama lain. Kau masih nak salahkan ibu bapa anak tersebut?

Aku mengingatkan diri bila dengar kakak tersebut memberikan pendapat berat sebelah dia. Aku diam. Aku tak berani nak mengiyakan. Kita jangan sesekali bongkak dengan Allah. Aku dah pernah kena dan aku bercakap melalui pengalaman. Kita bongkak kata itu ini tentang orang lain. Tapi bila jadi depan mata kita, baru kita ternganga.

Jadi, cuba tak bongkak. Kalau berlaku yang buruk, kita cakap dengan diri, 'Allah uji dia macam tu.' Bukan hukum dia.

Kalau berlaku yang baik, pesan dengan diri, 'Allah izin macam tu jadi..'

Hakikatnya,baik buruk semua dengan izin Allah. Ada sebab jadi semuanya.

Berhenti hukum orang.

Tak habis lagi ni.

Dulu aku pernah 'hukum' orang free hair yang kata aku, 'apsal lah dah besar tak pakai tudung'. Bunyi bongkak kan? Allah tak uji aku dengan environment macam dia. Kau lihat artis Diana Amir. Aku pernah berdepan satu lift dengan dia dan berbual sepatah dua ayat dan bergambar dengan dia. Masa itu dia masih free hair dan seksi. Tapi lihat dia sekarang, bertutup labuh, malah mungkin lebih labuh dan lebih bertutup dari aku.

Jadi, we dont simply judge people. Kita tak tahu kalau Allah uji letak kita di tahap paling rendah di mata manusia, dan orang yang kita hukum dulu jaaaauh lebih bagus daripada kita.

Bila kita rasa kita nak jadi baik, jangan hukum orang rasa kita lah yg terbaik.

Followers