0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Friday, November 20, 2015

Setiap kali husband beritahu nak datang, aku punya excited teruja masuk tahap lapan puluh lapan! Over kan? Tapi memang aku punya excited tu seminggu sebelum.

Sebab tu kalau tiba tiba last minit hari khamis / jumaat husband cancel tak jadi datang, aku punya luluh hati tak tahu nak bayang. Mula lah badmood. Mula lah rasa macam ibu tunggal dan macam macam lagi bisikan setan iblis. Dah tau bisikan hasutan lagi mau turut!

Monday, November 16, 2015

Option

Sekali gus Allah bagi tiga tiga pilihan depan mata.

Semua ada pro dan kontra.

Antara penang Johor dan putrajaya

Johor. Obviously, short term only. 2 tahun. Tapi 2 tahun hari hari jumpa suami. Tapi lepas tu azab balik. Tak tau lah azab celah mana.

Penang. Masih tak tau bila husband akan dapat kerja di Penang. Tapi gaya macam masih berat nak lepaskan kerja di johor. Since he said "ada project baru dapat new year". Dan untuk berpindah ke suatu tempat dengan environment baru sedang kau kosong tak tahu apa dan siapa. Kuat mana kau? Walaupun janji suami nak ke penang setiap minggu. Boleh ke dilunaskan bila kata ada project baru, mesti busy kan?

Putrajaya. Dekat dengan family. Pindah tempat baru new environment. But, kalau meroyan tensen boleh drive balik rumah. Kekurangan. Selalu sangat outstation. Tak setiap minggu. Tapi setiap bulan pasti ada outstation. How you are going to leave your Im. Dan sampai berapa lama..? Rata rata kenalan memberi maklumbalas negatif tentang putrajaya.
"kalau suka berjalan, takpelah.. tapi kau dah ada anak susah sikit". Apa kata aku hire maid. Teman sana sini. Tapi most of the time anak dengan aku? Maid tolong uruskan rumah?

So, putrajaya ke kita?

Adehhhhh confuse.

Friday, October 30, 2015

Ibu

Manusia paling rajin aku pernah jumpa. Bertegas macam mana pun supaya jangan buat kerja rumah, msti dia buat jugak.

Ya Allah,.grant her jannah.

Tak tau apa jadi pada aku kalau ibu takde.

Akhir akhir ni asyik rasa, "kalau lah... dah takde..." apa jadi agaknya..

Kalau aku lah Allah jemput dulu. Siapa nak susukan Imran sampai 2 tahun? Sempat ke aku sediakan stok susu Imran sampai Imran dua tahun. Sekarang dah 8 bulan. Lagi setahun 4 bulan. Dalam 500 hari. Sehari, let say 12 oz. So 60000oz!

Im, mama nak terbaik untuk awak.

Kalau org yang aku sayang dijemput dulu. Allah.
Aku tak tahu apa bakal jadi pada aku.

Thursday, October 29, 2015

Love you

Kalau orang tanya aku. Kenapa pilih dia sebagai suami. Aku jawab "dia baik".

Cliche ek jawapan?

Tapi betul. Banyak sangat yang baiknya dia dari aku. Cara berfikir dan melihat contohnya.

Hari tu aku membebel.

"bil air poli kena 10ringgit satu rumah walaupun saya tinggal berdua je dengan Im. Kalau bayar dekat syarikat air mesti tak sampai 10 ringgit"

Suami tanya,

"orang lain pun sama ke?"

Aku jawab masih merungut,

"Aah.. yang ada 5,6 orang duduk satu rumah pun bayar lebih sikit je pun. Bayar 15 ringgit. Mana ada bil air kalau isi rumah dah banyak hanya 15 ringgit"

Tau tak apa suami balas...?

"takpelah.. bayar je. Sekurang kurangnya kita kurangkan beban dia..."

Huu bersyukurnya ada suami macam ni. Terus otak berfikir pusing 180 darjah.

Thanks awak. Love you!

Thursday, October 22, 2015

Hidup sorang sorang ni, kau kena tebalkan muka mintak tolong bini orang. Mintak tolong suami orang.

Mintak bini orang hantarkan kau dan anak ke hospital. Mintak suam orang cek kan kereta yang rosak. Atau mungkin mintak tolong belikan peti ais atau pun gas kat rumah kau.

Tak boleh buat malu. Buat ayu. Buat ego tak mahu mintak tolong. Kau hidup sorang sorang. Kau berbeza dengan yang lain. Jadi jangan samakan aku dengan yang lain.

Monday, October 19, 2015

4 tahun

Sedar tak sedar, dah 4 tahun aku bertugas di sini. Dah tak boleh lagi beri alasan,
"Saya baru masuk kerja..."

Baru apa hal? Dah 4 tahun! Dan hampir 5 tahun bulan Mei tahun depan.

Sekejap betul masa berlalu. Usia ni pun bukan makin muda. Makin tua. So do my parents. Minggu lepas sempat jenguk wajah mereka sekejap sangat.

Tengah jaga exam peperiksaan akhir pelajar poli. Seseorang menegur, "hi partner". Sebab selalu jaga exam dengan dia. Aku terasa, 'oh, dah lama aku kat sini'. Walaupun sebenarnya sebelum ni aku  tetap anggap aku masih baru. Masih hijau. Masih banyak perlu belajar.

Dulu seorang. Kemudian berdua. Dah bertiga dah pun. Ahamdulillah.

Friday, October 9, 2015

Banjir buat kesekian kalinya. Maybe i m just too tired.

Tgh cakap dgn ofismate pasal kerja, boleh pulak nak bergenang air mata tiba tiba. Sedih. Tiba tiba!

Teringat dulu. Kak mazni. Yang PJJ perlis Kelantan. Call suami depan aku, pujuk suami datang minggu tu. Umpan dia,

"abang balik la minggu ni. Tak kesian ke kat anak..."

Nah. Sekarang aku rasa apa yang kak Mazni rasa. Masa tu aku terpikir. Kesian kat anak kenapa? Now i know. It is not easy to juggle all. Career, child, life, love.

All by yourself.

Kot la dapat surprise bag tangan berjenama ke,  seutas jam tangan licorne ke, barangan ginvera ke, pakej percutian 3hari 2malam ke... Kot la bagi hati happy berbunga terasa la pengorbanan dihargai. Kot la.

Tapi, kalau isteri redha, bersabar, Allah bagi lebih lagi ganda ganda pahala...

Kadang kadang, benda yang kecik kecik ni lah yang jadi penyebab.

Kadang kadang rasa malas dah nak berusaha.

Kadang kadang rasa macam, biarlah. Boleh je macam ni. Tak mati pun lagi.

So, mari kita hidup macam rutin biasa.

Malas dah lah.

Tak payah usaha unless dah nampak tempat suami kat situ.

Kau buatnya kau dapat.... lepas tu kau sakit pening sorang2, kawan baru nak Tolong macam mana. Ada ke kawan nak tolong hantar ke hospital malam malam lagi?

Lepas tu kau tak excited pun nak pindah atau mintak pindah. Sebab masa depan kau masih tak pasti. Pasti ke suami datang hujung minggu? Pasti ke ?

Tah macam mana kau nak sesuaikan dengan suasana baru SORANG diri? Lainlah if suami dah ada kat situ.

So, unless suami dah berada kat situ then i try my best!

Lagipun penat dah. Mintak tukar tak dapat, mintak belajar dapat tapi tah macam mana macam susah sangat nak bg lepas.

Tuesday, September 29, 2015

Kursus

Sebenarnya sejak masuk kerja kali ini, selepas cuti bersalin, aku banyak kali dah menangis. Hari pertama kerja menangis dalam surau dengan Nor. Konon lah nak pindah meja dekat dengan kawan kawan. Ada satu meja tu kosong sebab orang yang duduk situ dah pindah. Tiba tiba ada yang nak pindah meja situ jugak. Takpelah. Aku pasrah je. Konon lah nak dekat dengan kawan kawan bagi aku busy sikit.  Tapi dah takde rezeki.

Menetap je lah di cubicle lama. Takpelah. Stress pun, aku busykan diri. Tapi banyak kerja.

Semalam masa husband ada dirumah aku nangis lagi masa susukan Im. Sebab sebelum tu aku nak memasak, suruh husband jaga Im. Tapi mungkin Im dah kenal mama tapi tak kenal Papa. Sedih betul dengar Im menangis waktu aku tengah memasak. Terus tak jadi masak. Lagi sedih bila tengok Im menangis bila dengan Papa. macam tak kenal Papa. Sampai bila nak macam tu??

Tadi Ketua Jabatan call offer kursus. Kursus aku baru 2 hari. Tak dapat nak turut hadir. Asyik batalkan kelas. Dia tanya, arrange kelas hari lain lah. Bila? Sabtu? Ahad? Sambil gendong anak? Kalau anak dah duduk, dah berjalan aku tak kisah bawak anak pergi kelas. Dia tanya lagi, apalah nak jawab nanti dekat TPA.

Hah, meh aku jawabkan. Tak memasal aku 'mengamuk' mengadu masalah dekat whatsapp group informasi.

" Boleh bg reason kt tpa. Stress lepas naik cuti bersalin tak dpt pindah, jaga anak berdua. Kursus tak terkejar. Kelas tak terkejar. Mintak pindah tak dapat dapat. Jaga anak sakit pening sorang sorang. Suami jauh."

Nasiblah.

Agaknya ada yang dah bosan dengar aku mengeluh. Aku dah takde motivasi kerja. Kerja banyak terbengkalai. Mana ada sebelum ni FRP aku lambat sangat hantar. Mana ada sebelum ni meja aku penuh dengan report pelajar. At least tak penuh macam sekarang ni.

Nasiblah.

Prestasi kurang. SKT kurang. Semua alasan yang aku rasa picisan sangat.
Aku masih bersyukur sebenarnya anak sihat aku sihat suami sihat, parents sihat. Tapi kadang kadang tu memang lah terkeluar apa yang aku rasa nak keluar.

Wednesday, September 2, 2015

Family day

Last week we went for dyson family day. The first family day dengan family kecik kami. Funny sebab sebelum ni family day dengan ibu ayah dan adik adik. And me being kakak sulung akan jaga adik adik.

Tapi takdelah pelik sangat sebab dah biasa join family day NEC dari kecik, dukung adik kecik bawak pergi main, beratur ambil makanan, main games.

Teringat satu family day NEC di Sunway Lagoon. And FYI, NEC memang selalu sangat buat family day di Sunway Lagoon. Masa tu adik yang kecik sekali baru umur 5 tahun agaknya. Aku pikul atas bahu berdua dengan dia ajak main air menyusuri 'sungai' dalam water theme park tu. Lalu depan sekumpulan lelaki muda yang 'menggatal' mengusik, "sorang je ke...?"

Aku jawab jujur, "taklah, kan berdua ni.."
Tunjuk adik atas bahu. Terus dengar sayup sayup mereka cakap,
"weh, dah kawin la wehhh..."
Dan dorang terus cabut menjauh. Aku tergelak sambil gomol adik.

Jadi family day kali ni aku usung anak sendiri. Bukan satu benda baru mengusung budak semasa family day. Cuma kali ni aku bertiga dengan family sendiri. Tak lah buat apa sangat. Tapi aku appreciate setiap masa yang kami spent as a family.

Untuk orang yang PJJ macam kami ni, pergi makan eskem dalam kereta pun dah terasa best tahu!

Masih terasa berdebar nak jumpa suami lepas lama tak jumpa. Funny kan.

So aktiviti merebut patung doremon dari booth permainan, merebut hadiah percuma. Dengan kendong anak kecik tengah tido dalam wrap.  Serius rasa macam budak remaja balik. Satu je lah. I wish i had my kasut on. Huu tapi tak boleh pakai kasut lama. Dah haus. Kena beli kasut bum baru. Bahaya pakai kasut haus and pegang baby.

Cita cita

Too ambitious?

Cita cita tinggi sangat. Tapi bahagian work related tu, satu je. Fail rekod pensyarah. Yang atas tu for fun je. I 'play' programming for fun. Boleh macam tu?

Adeh... i wish i have  the time for everything i want to do.

Balik rumah cerita lain. Itu kena betul betul beri tumpuan pada baby im.

Pagi tadi kan, masa hantar Im ke rumah pengasuh, seperti biasa pasang juz amma dalam kereta. Dan seperti biasa aku ikut baca sambil senyum senyum usik usik agah agah im. Tengah drive dengar im bersuara, "aaaaaaaa,aaa....." macam ikut sama mengaji.

InsyaAllah aku cuba didik Im sebaik mungkin dengan Islam.

Wednesday, August 26, 2015

Question

Dulu masa kecik kecik tengah belajar dalam kelas, lepas cikgu bagi je arahan,
"Okay murid murid, boleh salin dalam buku latihan kamu"

Maka ramailah anatara kita yang rajin masa tu angkat tangan,

"Cikgu... nak tulis tarikh tak?"
"Cikgu.. nak garis kat tepi tak?"
"Cikgu... nak selang satu baris tak?"
"Cikgu... nak letak hari tak"

Soalan yang kadang kita rasa remeh. Macam eh, itu pun kamu nak tanya?

Kita ingatkan perbuatan tanya "cikgu....." tu berhenti setakat tu je. Trust me, sampai ke tahap IPT pun kita masih melakukan perkara yang sama.

Kadang tu tanya soalan yang agak remeh pelajar ni tanya,

"Puan, computer saya hang. Macam mana ni?"
Kata seorang pelajar ketika dalam makmal KOMPUTER yang mana ada BANYAK lagi komputer yang available.

"Puan... betul tak apa yang saya buat ni?"
Itu soalan biasa. Kurang keyakinan diri barangkali.

Semalam seorang pelajar minta saya copy file ke satu pendrive. Lepas bagi pendrive tu merungut dia bising satu kelas.
"puan, tak boleh bukak. Mana fail tu?"

"Ada kat depan sekali. saya tak letak dalam folder pun"
"Dalam new folder ni ke puan? Kosong je new folder"
"takde dalam folder. kat depan tu je saya letak."
"Takde puan... saya dah tengok.."

Sampai depan dia saya mintak tengok.
"Mana?"

"NI puan, takde pun?"

Dan kelihatan fail yang saya ZIPkan tu ada je terletak dalam pendrive tersebut.

Dan satu kelas gelakkan pelajar ni.

Hakikatnya kita sendiri dah berkerja pun masih kerap bertanya perkara yang agak remeh bagi superior kita.

Cuma bak kata suami, ada limit sejauh mana kita nak bertanya. Bukan nak mengharap semua benda orang jawab.

Thursday, August 20, 2015

Wisdom

So today i had my wisdom teeth removed. Pengalaman pertama cabut gigi dengan dentist. Selama umur nak dekat 30 tahun ni, tak pernah pergi dentist untuk cabut gigi. Penakut!. Sanggup biar gigi tercabut sendiri. Sanggup gigi baru dah tumbuh belakang gigi lama. Itu yang gigi tak cantik tersusun.

Si bongsu ni tumbuhnya terbaring. Melanggar kawan disebelah.  Sesekali sakit bila dia mula tolak tolak. Entah macam mana hari tu timbul keberanian untuk kata "ya, cabutlah gigi saya"

Mungkin sebab rasa sakit beranak adalah sakit yang terkuat, maka terus rasa, 'alah, cabut gigi je apa ada hal?'

Sebenarnya takut yang pertama adalah takut untuk dibius. Tengok jarum bius ty bapak beso! Tapi selepas pengalaman di inject setiap dua minggu sebab hb rendah semasa pregnant dulu, aku yang takut jarum terus jadi macam alah bisa tegal biasa. Pengalaman kena gunting kat bawah tu life tanpa ubat bius. Terasa sejuk besi gunting. Semua ni buat aku jadi berani.

So, dua jarum bius. Aku pejam mata tahan sakit masa injection. Bila mulut dh kebas, hati zikir Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Takut sangat.

Kemudian mulalah poses rodok gerudi itu dan ini. Lama gila menganga. Sejam kau!. Memang la orang kata tak rasa, tapi sesekali rasa ngilu. Doctor kena pecahkan/potong gigi dulu sebelum dia bawak kelua semua gigi.

Ni sedang berehat di rumah. Dapat mc 2 hari.

Friday, August 14, 2015

Hectic

Sekarang ni, dalam kepala asyik berfikir. Penat sebenarnya juggle life sorang sorang. Dalam kepala dah fikir lepas ni nak buat apa, lepas tu buat apa. Bangun bangun pagi dah laju otak berjalan.

Maaf lah, aku takde masa sangat nak scroll whatsapp group. Nak balas sorang sorang. Nak wish sorang sorang. Nak fikir ayat apa sebelum wish.

Ini? Aku tengah panaskan enjin kereta. Sambil sambil.

Tengah hari memang balik rumah sediakan bekal anak. Sambil sambil kemas rumah. Jaga semut. Sigh. Ni lah nak elak daripada semut gigit anak.

Belum masuk lagi bila ada apa apa berkaitan dengan rumah yang rosak. Mana aku nak tala?. Suami bukan boleh datang setiap minggu. Betulkan atap parking, orang tu minta 200. Orang kata mahal. Suami kata mahal. Aku ada option lain ke?

Perasaannya hidup jauh dari family, jauh dari suami, kini berdua je dengan anak kecik. Aku rasa macam supermama!

Btw, saja nak menambah. Sepanjang setahun lebih kawin, paling lama kami jumpa adalah selama 11 hari masa raya hari tu. Tu pun bukan kami sahaja. Masuk sekali keluarga masing masing.

Entah bila agaknya berpeluang, rasa macam orang lain.

Saturday, August 8, 2015

Tabah lah hati!

Bila keluar berdua dengan anak, selalu bisik dengan diri, 'tabahlah'. Nak kena kuat. Bila beli barang kat supermarket. Bila beli barang kat pasar. Bila keluar ke open house kawan. Tanpa suami teman di sisi.

Walau anak merengek waktu nak makan. Takde suami tolong dukungkan. Takpe. Anak ni behave. Rengeknya pun kejap je. Dapat mama makan habis. Rengeknya mungkin ingatkan mama supaya tak makan banyak. 😂😂😂

Kalau nak salinkan lampin anak, bertungkus lumuslah lah sorang sorang. Angkut bag persiapan anak. Angkatlah sorang sorang. Kalau ada suami, memang suami yang akan buat.

Tapi Allah izin anak behave macam ni. Syukur sangat. Kerenah nya tak banyak. Keletahnya menggelikan hati. Senyumannya menawan hati. Pergi open house tadi pun ramai yang nak mendukung. Comel katanya. Geram katanya. Mama apatah lagi. Laaagi geram menghadap Imran hari hari.

So, mama tabahkan hati bila berdua dengan Im. Sebab mama tahu. Balik nanti mama boleh gomol Im. Main dengan Im. Peluk cium Im. 😆😆😆

Thursday, August 6, 2015

Routine

Alhamdulillah berjaya dengan kehendak Allah 'menyekolahkan' si kecik ni untuk tidur seawal 8 malam. Lepas dia tidur, barulah boleh solat isya. Sediakan barang barang untuk esok. Bag Si kecik, pakaian mama. Botol susu si kecik.

Seronoknya kalau suami duduk sekali kan? Tambahan kerja, tapi mesti seronok. Boleh sediakan sarapan esok paginya. Sediakan 'bento' sekali.

Bulan depan Imran dah boleh makan. Nak kena siapkan bekal Imran ke rumah pengasuh.

Tuesday, August 4, 2015

Dont blame me.

You have double checked the timetable. Tiada orang yang guna kelas tersebut pada masa yang disebutkan. Tiba tiba datang seseorang mengaku, "I ve conducted the class here since forever".

Dont blame me. Saya cek jadual ulangkali kot untuk pastikan tiada siapa guna kelas tu. Maybe kalau nak cop untuk guna kelas, boleh cop dengan penggubal jadual waktu. Boleh cop isi nama siap siap.

Monday, July 13, 2015

Life aint easy

Hubungan tu memerlukan komunikasi. Kalau takde komunikasi tu, samalah macam tak berhubung agaknya.

PJJ ini meletihkan. Makin lama makin kurang komunikasi. Sebab. Balik kerja, sibuk uruskan anak. Suami masih belum balik kerja. Kadang kadang, malam baru suami balik kerja. Petang. Maghrib.

Dan aku. Semasa anak lelapkan mata tu lah aku rehat+aku mengemas+aku memasak dan segala benda susun dalam kepala ikut turutan. Tambahan. Kerja kerja perlu dilakukan ibarat pencuri. Perlahan lahan tanpa bunyi.

Selagi kau tak berada ditempat aku. Kau takkan tahu kepenatan aku. Ibu kata,
"Baru sorang kau dah cantas rambut?"

Lain ibu. Lain.

Jangan ditanya kenapa diri tak terurus. Aku memang masih cuba adapt. Tapi lama lama rasa penat bila uruskan sendirian.

Bila menelefon, suara perlahan macam dalam kelambu. Sebelah sana tak dengar pulak. Demand untuk kuatkan suara. Takkan lah nak menjerit membangunkan sikecil tu lagi.

Allah.. seronok lah kalau dapat lena lelap mata seketika, balik kerja seketika lelap mata.

Seronoklah dapat tonton movie tanpa rasa bersalah tanpa rasa tanggungjawab. Tanpa perlu fikir anak akan jaga sekejap lagi, perlu kemas rumah. Bersemut, berserangga, digigit sikecik ni? Siapa yang susah? Perlu clearkan segera. Tak sampai hati menonton movie 'lagha'  dengan anak di sisi. Kata nak didik khalifah Islam. Kenapa nak ajar tonton yg lagha dari bayi?

Tengahari bergegas pulang sediakan stok untuk sikecil. Sediakan dengan penuh kasih sayang. Agar anak itu terus sihat membesar.

Kelmarin aku menangis sambil memeluk si kecil. Dia macam paham pandang muka aku macam memujuk. Pelik agaknya lihat mama ni berlinangan air mata. Tangan nya sesekali menyapa muka. Macam nak tolong lapkan air mata. Kemudian senyum. Allah... luluh hati mama. Pandainya pujuk mama..

Senyuman manis hari hari, tiap pagi ini lah buat mama kuat pagi pagi.

Thursday, June 11, 2015

How do you do?

Saat ini, rasa Alhamdulillah dimudahkan semuanya. Baru SEMINGGU lah berdua dengan anak jauh dari suami, keluarga dan saudara mara. 

Sahabat, waima kakak cleaner yang layak aku panggil makcik sebab mungkin sebaya ibu pun bertanya soalan yang sama hari hari dan aku tak jemu mengucap syukur bila menjawab.
"Anak macam mana? Okay?"

Jawapan standard aku,
"Alhamdulillah.. Anak okay. Allah izin tak banyak ragam. Hantar pengasuh pun senang kot. Alhamdulillah..."

Buat masa ini, tak rasa masalah lagi. Rasanya macam senang je. Kucar kacir sikit lah. Normal lah tu. Belum lagi menangis tiba tiba bila berdua sorang sorang. Cuma menangis mensyukuri nikmat Allah yang comel ini. menangis mengingati betapa pemurahnya Allah sudi kurniakan makhluk comel bernama anak ini, walau dosa aku sendiri banyak tak terhitung.
Terima kasih Allah.

Selalu lah budak kecik ni jadi mangsa gomolan dan ciuman. Setiap petang terkucar kacir. Tapi seronok sangat bila dapat gomol sikecil. Mama tak mandi pun tak apa.

CUMA. Apa yang sedih bila orang menyuruh. Suruhan yang berbentuk sesuatu yang tak mampu aku buat dengan anak sekecil ini. 

"Penjaga suruh awak sediakan itu ini...."
"Awak pergi lah beli itu ini...."
"Pergilah sana ada itu ini...."

Memang berjujuran air mata tak kira tempat bila dengar ayat berbentuk fiil amar ni.

Boleh tak jangan mengarah? Aku ni bukan kuat orang nya. Boleh pecah takungan air mata ni bila bila masa sahaja.

Penat tahu bila dengar ayat yang sama,
"Sabar lah... ada hikmahnya.."
"Takpe, you cuba dulu.. Mana tahu boleh?"
"You cuba tengok dia, takde suami"

FINE..... i know... Tapi i ve had enough.

Cuba berada di tempat aku dan kau dengar sendiri ayat yang aku dengar. Bagaimana? BEST kan? #s

Dan seorang aku ini sejak pagi tadi tidak mampu melakukan apa-apa kerja lantaran teringat subject yang perlu diajar. Tolong seseorang yakinkan aku yang aku bukan tak dapat pindah kerana subject yang satu itu. TOLONG.

Dan seorang aku yang konon nak memberontak tak mahu buat kerja HEP berjalan seorang diri ke ofis HEP angkut borang jawapan terima dan fail pelajar dalam satu tong dan angkut seorang diri. Berat tong tu agaknya mencapai dua kali ganda berat si comel imran aku. Eh, mungkin lebih lagi. Tapi aku kan superwoman? #eh setakat beberapa kilo. Alhamdulillah. InsyaAllah aku mampu angkat. sedangkan cubaan angkat suami pun aku pernah. kot.

Ye. Aku superwoman. Aku kuat tapi lemah dengan suruhan. Please STOP asking me to DO!

Jangan main api

Api tu, bila sedang membara naik, kita tahu tak boleh simbah dengan minyak. Kita WAJIB tak simbah dengan minyak. Sebab kalau simbah minyak, api tu boleh lagi membara. Membakar. Siapa yang susah? Bahaya pun ada. 

Oleh yang demikian, jangan main api. Biar api padam sendiri. Kalau tidak pun, ambil air, padam api. Kalau tak mampu, biar je lah.

Hati. Kalau ditembak sekali. boleh baik.. Boleh punya. Allah cipta hati tu unik. Tapi luka dia lah. selama lamanya kekal ada. 

Tak apalah. Simpan je apa yang ada dalam hati. Bukan boleh bawak mati. Kalau mati pun, Allah boleh lupakan segala kusut hati tu. Mati pasti kan?

Oh, jangan lupa Allah cipta anak buat penyejuk hati. Menyesal pula ajar anak mencebik tempoh hari. sekarang sudah pandai mencebek. Seriuss sedih tengok dia mencebek. Geram pun ada. Rasa mahu gigit gigit pipi comel tu. Cepat belajar sikecil ni,

Lagu background: anak kecil main api~

Friday, June 5, 2015

PTPTN or i call it PTPTPu





Yesterday, i read about KJ and CCRIS for those who still indebted to PTPTN.

This morning, my the-government-always-right junior back in highschool kinda responding to the issue.

something goes like,

"kalau PTPTN ada discount, saya janji akan bayar"

Well, PTPTN DID offered us discount. Kan?

Remember the 20% discount when we pay the full amount?
Remember the 10% discount when we pay consistently?

Kalau itu bukan discount, i don't know what is.

Tak dapat dinafikan, PTPTN memang macam cekik darah gila nak mati bila megenakan bayaran balik. Bayaran 'Sewa' yang makin bertambah saban bulan tu yang membebankan. Itu tak termasuk hutang yang asal. 

Ramai yang merungut, walaupun dia bayar, baki hutang PTPTN tak pernah meyusut. Ok, then i want to question that person, how much did you spend monthly to pay back your indebted debt from PTPTN? RM50 per month? Memang sampai kesudah la awak hanya membayar 'sewa' pinjaman.
Bayar duit kereta bulanan pun majority RM500 permonth kan? Tak boleh ke at least peruntukkan RM200 permonth untuk bayar balik hutang PTPTN?

Lagi ramai merungut, "Bagi lah aku bayar apa yang aku pinjam je. Ni nak bunga bunga bagai. RIBA tahu?" and my question is, sudahkan anda bayar hutang yang anda pinjam? bayar dulu, baru merungut tentang 'sewa'.

Mentaliti rakyat, merungut dulu baru buat kerja. Dah bagi betis, nak peha. No! I am totally bukan sokong kerajaan 100%, bukan sokong PTPTN 100%. Sudahlah nak call office PTPTN tu pun ambil masa sampai setengah jam HANYA untuk bercakap dengan person in charge. Sangkut je lah telefon tu ke telinga dan tunggu giliran anda,

"Anda adalah pemanggil ke seratus lima puluh lapan, sila tunggu di talian. Anda akan dilayan sebentar lagi"
"Anda adalah pemanggil ke seratus, sila tunggu di talian. Anda akan dilayan sebentar lagi"
"Anda adalah pemanggil ke lapan puluh lapan, sila tunggu di talian. Anda akan dilayan sebentar lagi"
"Anda adalah pemanggil ke enam puluh lapan, sila tunggu di talian. Anda akan dilayan sebentar lagi"

Begitu lah 'kekdah'nya. ( Ok tipu je sampai seratus lima puluh lapan. Paling banyak pun saya pernah dapat. panggilan ke 30.)

Tapi itulah, SABAR is the word. Kita tak faham, call lah tanya. Bukan takde platform untuk bertanya.

Sesetengah punya perjanjian PTPTN yang berbeza, ada yang 5% dulu, kemudian, down to 3% and down to 1% and kini ada UJRAH. Pada mulanya saya sendiri tak faham bagaimana percentage ini berfungsi. Mungkin ikut perjanjian masing masing. So, i did my research.

Click on PTPTN website -> TRY to LOGIN -> Failed -> Buat panggilan telefon yang tunggu turn tu -> berjaya login ->cek baki PTPTN setiap kali bayar.

Yup. Bayarlah secara konsisten setiap bulan kalau tak nak rasa awak tu cuma bayar bunga sahaja. 

Saturday, March 28, 2015

The arrival

27 Februari 2015

Saya masih berkira kira. Nak check in ke tak hotel Tune Hotel yang saya book hampir 9 bulan yang lalu. Well, masa book memang tak fikir apa. Satu malam RM18. Dua malam RM36. Campur itu dan ini. kesuluruhan kurang dari RM45. Semasa book dah berangan nak dating 'berdua' dengan suami jalan jalan di KL.

Jam 11 malam, bergerak ke Airport KLIA2 untuk ambil suami yang memang rutin setiap minggu beliau 'terbang' mendarat di Selangor. Standby mana tahu saya terberanak. heh. Ibu ayah teman seperti biasa. Sampai rumah pukul 12 tengah malam. Tiba tiba teringin pula belanja adik adik KFC bila tengok semua adik adik ada di rumah. Adik adik pula being sooo nice mintak tolong itu ini, diturutkan. hee.

Maka tengah malam itu saya dan husband memandu ke KFC drive thru di Klang. Malam itu melantaknya seorang Fana dengan puas hatinya. Haha. Ibu siapkan Sambal cili padi ikan keli. Tambahan pula KFC satu bucket. Malam tidur menghampiri jam 3 pagi. sebab saya tiba tiba sakit perut nak 'membuang'. But nothing weird. Just sakit perut biasa.

28 Februari 2015

Suami kejut untuk bangun subuh. Sebelum subuh lagi saya dah terasa sakit perut seakan senggugut. Ah sudah.... kenapa ni? Tapi saya abaikan sebab dua tiga minggu yang sudah, saya ada merasakan sakit senggugut yang serupa tapi nothing happened. selesai wudhu dan sarung telekung, tunggu suami masuk bilik, nak solat bersama. Suami nampak muka saya lain. Macam tahan sakit. Dia tanya,
"Ok ke?"

Saya senyum. "Ok. Sakit perut sikit. Jom solat", jawab saya bila sakit perut menghilang sedikit. Sepanjang solat saya ok. tak rasa sakit. Tempoh solat dalam 5 minit macam tu. Masa baca doa, saya rasa sakit lagi. Muka memang nampak sangat tengah tahan sakit. Suami tanya lagi sekali.
"Awak ok tak ni?"

Saya jawab, sakit perut macam senggugut dan mintak untuk baring. Suami urut urut belakang pinggang. Alhamdulillah rasa lega. Lima minit kemudian, sakit balik. Saya meneka. Contraction ke? Tapi ibu pernah kata, contraction bermula dengan setengah jam sekali, lima belas minit sekali, kemudian ke lima minit sekali. Tapi sepanjang yang saya perasan tempoh sakit adalah lima minit sekali!

Muka berkerut lagi sekali. Kali ni rasa senggugut siap rasa nak membuang sekali. Saya tolak suami ke tepi dan bagi tahu dia yang saya perlu ke tandas. (maaf husband, awak kena tolak.. huu)

Di tandas tangan berani meraba bahagian bawah dan saya terkejut tengok ada darah di jari. Mengigil masa tu tak tau nak kata apa. Ibu yang ada kat luar tandas boleh dengar saya mengigil. Cepat cepat basuh dan keluar tandas. ketuk pintu bilik air sebab ibu ada dalam bilik air.

"Ibu, kaklong dah keluar tanda..", ada getar dalam suara masa nak cakap. Tapi ibu macam rilek dan suruh saya siapkan barang dan beritahu suami.

Saya masuk bilik. Suami tengah baring. Lepas saya beritahu yang saya dah keluar tanda. laju berdesup dia bangun. Saya suruh suami bersiap. Dan saya sendiri mandi dan bersiap. masa tu memang lima minit sekali rasa sakit. Masa sakit saya gosok perut. memang keras. Masa tak sakit saya sambung bergerak. macam menari nari pun ada. Ibu pesan suruh makan. Supaya ada tenaga nak meneran. Sempat pulak ibu panaskan nasi dan lauk keli. Katanya, "Nanti dalam pantang tak boleh makan keli"

Selesai makan. Suami pun dah bersiap. Ibu ayah pun dah bersiap. Rancangan bersalin saya ialah di Hospital Putrajaya. Tapi akhirnya suami berkeputusan untuk bersalin di Hospital Bersalin Razif je. Sebab itu yang terdekat. Jam 9 kami bertolak ke hospital yang tak sampai 15 minit perjalanan.

Sampai di hospital masih boleh berjalan masuk untuk timbang berat(69kg!). untuk ambil tekanan darah. Dan berjalan naik lif untuk cek CTG. Sementara tu, Ibu masuk ke dalam wad yang akan tempatkan saya.

Saya dan suami di bawa ke katil untuk CTG. Tak lama datang doctor perempuan juga sedang mengandung. Nama doctor, doctor Ezra. Doc Ezra Cek bukaan. Kali ke dua diseluk selepas kena seluk masa pecah ketuban di minggu 31 dulu.
"4 cm"
katanya,

Saya dah rasa, memang kena beranak hari ni jugak ni. Hampir sejam CTG. Suami kat sebelah temankan sambil baca Surah Yassin. Datang Nurse untuk masukkan ubat mudah membuang. Sekejap je dah rasa nak membuang. Dalam tandas, itulah rasa seronok sangat membuang sepanjang hujung hujung pregnant. Haha. Sebab sebelum ni, teruk sangat sembelit.

Suami di luar ketuk pintu takut saya pengsan dalam toilet. Suami tolong salinkan baju untuk saya bersiap masuk labor room. Sakit memang lima minit sekali, tapi makin kuat daripada kat rumah tadi.. Asal sakit je, sekali lagi macam menari nari berpelukkan dengan suami dekat wad tu. haha

Saya berjalan (masih mampu berjalan) ke labor room. Baring atas katil. masih mampu tersenyum. walaupun contraction makin menjadi jadi. Saya genggam erat tangan suami di sebelah. Sekuat hati bila saya sakit. Jam 10.30 pagi masa tu. Datang nurse, cek bukaan.
"5cm"

Saya makin berdebar. teringat pesan kawan kawan katanya baca Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minna zolimin. Serius saya tak mampu nak baca ayat panjang panjang. Putus nafas rasanya bila sakit datang. Yang mampu keluar hanya Allah... Allah... je. Sakitnya. Saya pejam mata sambil tengok jam.

Air ketuban dipecahkan dan contraction makin menjadi jadi. Saya tak sedar berapa lama saya tanggung sakit tu. Sebelah tangan suami saya pegang. Sebelah lagi usap kepala saya. Sakit datang lagi. Saya pejam mata. Masa tu rasa taknak sapa sapa pegang saya. macam lagi sakit kalau kena pegang. Perlahan lahan saya mintak suami jangan pegang saya. Biar saya je pegangn tangan dia. Suara pun rasanya macam dengar tak dengar je. Saya pegang kuat tangan suami bawak ke dada. Bila sakit, saya genggam lagi kuat. Suami kata sampai biru tangan dia saya pegang. haha

Nurse datang lagi. Ajar bernafas dengan betul. Di seluk lagi. Baru 6 cm.
"Awak tak berkerjasama dengan baby. Bila sakit, tarik nafas."

mana lah saya nak tahu. Tapi bila saya applikasikan apa yang nurse ajar, saya dapat rasa air ketuban keluar laju bila saya hembus nafas. panas je kat bawah.

Datang lagi nurse 'garang' tadi cek bukaan. Lepas cek, dia dah tak kata apa. terus kaki dikangkang, dan semua peralatan disediakan. Doctor pun masuk sekali. Saya blur sungguh masa tu.
"Ok, teran bila awak rasa sakit"

Ha? saya blur lagi. Serius Blur. Nak teran macam mana ni. jam pukul 12 lebih. Saya perasan tu. Saya teran. Keluar suara. Kene marah. Haha
"Teran tak perlu keluar bunyi. Nanti awak penat"

Tak ingat sebenarnya berapa kali meneran. sebab saya rasa macam tak teran pun. Hahaha To be honest, saya tak tau apa yang saya buat. Paling kelakar saya rasa bila saya menjawab,
"Ok nurse, saya cuba"

kena marah lagi,
"Tak boleh cuba cuba. Awak mesti!"

Adeh. Nasiblah nurse garang. Terdengar doctor cakap.
"Kepala baby dah nampak dah. Teran lagi"

Lembut je doctor Ezra bersuara. Ada nurse india di kanan saya mengajar,
"Teran, angkat kepala, tengok perut"
Itu lah dia ulang banyak kali.

Suara husband langsung saya tak dengar. Maybe dia pun blur masa tu. Nak suruh dia blog kan jugaklah pengalaman dia duduk labor room sambut anak. 

"Heartbeat baby awak dah lemah ni. Nurse, ambil vacum"

oh, lupa untuk mention, saat saya terasa ada besi sejuk dibawah dan terasa ngilunya kena gunting. Tapi perasaan tu macam, 'sakitnya... tapi belasahlah. dah macam macam sakit rasa ni'

Terasa doc masukkan vacum. Saya agak saya dah nak lemah dan mamai waktu ni. Sebab sedar sedar je baby Im dah keluar dan nurse letak atas saya.
"Cuba tengok anak awak boy ke girl?"
"Boy" jawab saya dalam tangisan.

Berulang kali ucap syukur alhamdulillah. Air mata keluar laju. Menangis gembira. Saya berjaya keluarkan seorang bayi dari kandungan atas rahmat dan kasih sayang Allah. Suami usap dahi saya. Bisik, "Terima kasih sayang"

Saya pandang baby di letakkan atas katil baby di kiri saya sambil doctor menguruskan pengeluaran uri dan menjahit luka kat bawah. Setiap kali rasa sakit di cucuk saya pandang baby Im. Serius, baby Im lah bius saya. macam hilang sakit (sebenarnya macam lupa segala sakit ) bila tengok baby kita sendiri. tengah menangis dalam tu.

Suami mohon izin doctor untuk tengok baby dan lalu belakang doctor yang sedang jahit luka saya.
Suami kata nampak luka saya dalam. ><

Saya tanya doctor,
"Berapa jahitan doctor?"

jawab doctor, 
"Entahlah, saya tak kira ni"

haha. banyak lah agaknya kan.

Alhamdulillah. Betul kata seorang kawan yang dah bergelar ibu. Bila berjaya lahirkan anak ni, bangga dia macam tak boleh nak describe. Seronoknya tak boleh digambarkan. Saya sendiri, sampai saat ni, kalau tengok baby im, saya tak percaya, dia yang saya usung ke sana sini selama 38 minggu 6 hari. 

Thursday, February 26, 2015

Give and take



Sekuat mana rasa nak dihadiahkan sesuatu, aku sedar aku bukan mata duitan. Aku sedarkan diri, ibu didik aku bukan dengan cara biar papa asalkan bergaya. Ayah didik aku dengan pakai selagi boleh. Bukan jenis mereka yang tukar perabot macam tukar baju. 

Wallet dah buruk koyak koyak pun aku masih tak malu usung sana sini. 

Walau ada rasa nak wallet baru. takpe lah. Bukan wallet tu yang penting. Wallet berjenama mahal sekali pun tetapi tidak 'berisi' dan kerap meminjam takde gunanya.

Teringin sebenarnya. Teruja sebenarnya lihat kawan kawan di bawa suami melancong sana sini. Lihat kawan kawan dihadiahkan suami itu dan ini. Shower with money and everything. Aku cuma cukup bergembira kalau dapat habiskan masa 24/7 bersama suami yang aku jumpa hujung minggu.

Aku cuma cukup bergembira habiskan masa 'meleset' bersama suami bercerita tentang masa depan yang bakal dicorakkan dengan kehadiran anak anak, masa silam yang melucukan, masa kini yang bahagia.

Aku sudah cukup gembira suami pimpin tangan tak lepas apabila bersiar siar di luar. 

Aku sudah cukup gembira dapat sediakan makanan, minuman, masak, gembirakan hatinya.

Aku sudah cukup gembira suami manjakan bila berjumpa sekali sekala pada hujung minggu.

Aku sudah cukup gembira dengan 'small gesture' yang dia lakukan.

Sebab tu aku mudah melenting apabila dia lebihkan handphone lebih dari aku. Sebab masa kami suntuk.

Ada aku baca 'tweet' tempoh hari. Lebih kurang begini bunyinya.

"Pasangan suami isteri yang baru berkahwin, jangan lah asyik berkepit apabila di rumah keluarga. Ambil masa kenal keluarga masing masing"

Aku setuju, Ada benarnya. Tapi, bagi kes seperti kami yang hanya ada masa 'berkepit' tu di rumah keluarga masing masing tu macam mana pulak? We did try our best.

Berbalik kepada memberi dan menerima. Takpe lah. Cukuplah aku memberi tak harap balasan yang lain selain ganjaran Allah. Walau hati ada sikit cemburu lihat orang lain begitu dan begini. Kebahagian itu kan lain lain. Cukup dulu kebahagiaan ini. Ini dulu yang Allah kurnia.

Nikmat Tuhan mana lagi yang engkau dustakan?
-  Ar Rahman

Wassalam

Saturday, February 21, 2015

Finally, Alhamdulillah

The journey of marriage life begin. Well, perkahwinan secara PJJ ni memang uji minda, fizikal, mental dayatahan semua lah.

Kahwin hujung bulan 3, menjangkau bulan 4 i started TTC. Tak sabau bebenau. Kalau ikut husband kata nak tunggu bila dah dapat duduk sekali baru nak bertiga, but i refused. Umur bukan makin muda,

Masuk bulan 5, kekecewaan di situ. Keputusan permohonan pindah bermula Jun. Akibat kehampaan tak dapat pindah dan kekecewaan bulan yang sudah, secara tak sengaja ternampak tiket flight dan hotel tune hotel murah kat internet. RM18 per night! Murah kot.. Tak fikir panjang terus book untuk dua malam. Tarikh, 27 Feb - 1 Mac 2015.

Well, approaching the date, i am 9 months++ pregnant! To be exact, end of my 38th weeks. Nak pergi ke tak ek tune hotel tu? kalau ikut memang suami balik setiap hujung minggu. Boleh je pergi. tanda tanda nak terberanak pun belum ada lagi ni. ><

Friday, February 20, 2015

helpless



Semalam rasa macam sangat helpless dan useless. Ibu tengah berkemas di ruang tamu tingkat atas. Sikit pun tak mampu ringankan beban. Nampak kain yang belum berlipat bertingkat tingkat. Duduk sila. Boleh bantu yang ini rasanya.

Ambil kain dan mula  melipat. sesekali lentikkan badan. Berdetak tulang belakang. Lipat lagi dan lagi. Tak mampu nak 'bend' ke depan dengan bersungguh sungguh. Pusing padan ke kanan nak ambil kain yang lain. Allahu.. Sakit sendi/otot/tulang? entah. Saya sendiri keliru bahagian mana yang buat saya sakit sungguh dengan pergerakkan yang sikit tu.

Ada rasa nak menitik air mata sebab sangat useless.
Selesai jugak lipat baju. Cuma tak mampu susun susun betul betul.

Nampak baju yang perlu di gosok. Boleh la. Kerja yang tak banyak gerakkan bahagian badan dari pinggang ke bawah.

Tak boleh rasa useless sangat. Emak emak dulu yang duduk tunggu suami balik kerja, sorang sorang jugak. Apa nak merungut sangat.><

Wednesday, February 11, 2015

Simpanan



Ramai antara kita, apabila usia meningkat baru lah nak mula menyimpan. Itu pun kalau ada timbul kesedaran untuk menyimpan apabila usia dah meningkat. Tak ramai yang menyimpan sedari usia kanak kanak. Tambahan pula sebagai orang yang lebih tua, (baca:mak ayah) tak pula mengingatkan anak anak untuk menyimpan dan melabur. Kebanyakkan di 'laburkan' ke arah yang lain.

Amalan menabung dan menyimpan ni perlu dipupuk dari kecil. Budak budak memang lah tak tahu apa apa tentang melabur. Yang dewasa? ibu ayah? Di sini lah tanggungjawab Ibu Bapa untuk memperkenalkan tabungan kepada anak anak.

Cuma kadang kadang saya kecewa dengan ibu bapa yang,

1. Membuka akaun simpanan anak anak. Semua duit raya, duit pemberian kepada anak anak di simpan dalam akaun masing masing. Tetapi apabila persekolahan dibuka, Ibu bapa mengeluarkan wang daripada akaun tersebut untuk 'wang persekolahan' si anak. Mana adilnya? Bukankah tanggungan persekolahan itu TANGGUNGJAWAB ibu bapa itu sendiri? Tak sepatutnya diusik wang anak anak mereka.

2. Tidak membuka akaun simpanan anak anak. Semua duit raya, duit pemberian kepada anak anak di simpan dalam akaun sendiri. Jawapan ibu bapa ini, 'Biarlah mereka buka akaun sendiri bila besar nanti. Duit ni kita guna sama sama. Boleh besarkan rumah untuk kesenangan anak anak. Boleh beli kenderaan yang lebih besar untuk kemudahan pulang ke kampung dengan anak anak. Beli cash. Baru berkat hidup. Daripada berhutang. Bukan dikira ambil duit anak anak. Ini kan untuk kegunaan bersama'. Di mana adilnya? Amanahkah ibu bapa apabila bebas menggunakan wang anak anak yang diberikan oleh orang lain? Biarpun atas dasar 'berkat'? Padahal, sekali lagi, mencari berkat itu TANGGUNGJAWAB ibu bapa itu sendiri. Bukan dengan cara menggunakan duit anak anak.

3. Membuka akaun simpanan anak anak. Semua duit raya, duit pemberian kepada anak anak di simpan dalam akaun masing masing. Tetapi apabila ingin membelikan hadiah atau saguhati kerana mendapat markah peperiksaan tinggi, memberi hadiah kerana berkhatan, wang dikeluarkan daripada akaun anak anak ini tanpa pengetahuan mereka. Anak anak tadi yang menganggap hadiah tersebut ikhlas pemberian ibu bapa mereka tersenyum gembira tanpa mengetahui hadiah tersebut daripada wang simpanan mereka sendiri. Di mana adilnya?

Sungguh saya sedih dengan sikap sesetengah ibu bapa yang pentingkan diri sendiri ini. Bukan hendak menghukum. Tetapi realitinya mereka tidak amanah dengan anak anak mereka sendiri. Atas sebab itu lah, tak ramai yang mempunyai simpanan yang banyak semasa kecil. Kadang kadang ada yang siap berpesan dengan anak anak mereka, "Papa keluarkan wang simpanan kamu sebab nak beli kereta ni, bolehkan? Nanti boleh kita balik rumah Tok Wan selalu", Anak anak kecil ni tahu apa? Mengangguk gembira terbayang wajah Tok Wan di kampung.

Perbualan dengan seorang kawan beberapa hari yang lalu. Berkenaan adik saya yang membeli kereta AXIA baru baru ini.

A : Berapa Harga kereta ni?
Saya : Ada dalam RM30 ribu lebih rasanya. Saya kurang pasti. Tapi adik saya keluarkan wang simpanannya sendiri dalam RM10 ribu.
A : Eh berapa umur adik awak? Dah ada RM10 ribu dalam simpanan. Oh, dia dah lama berkerja ek?
Saya : Eh, tak lah. Dia baru grad tahun lepas. Baru mula berkerja sebagai Research Assisstant Bulan ni. Belum dapat gaji lagi.
A : Banyak nya duit dia. Mana dia dapat?
Saya : Dia menyimpan. Duit tu dari simpanan duit raya tahunan. Duit hadiah. Duit biasiswa yang dia dapat semasa belajar pun dia simpan banyak. 

Kawan saya yang seorang ini agak terperanjat apabila saya memberitahu wang simpanan adik saya yang baru tamat graduasi mencecah RM20 ribu tanpa adik saya mempunyai kerja sampingan sepanjang tempoh belajar. Di ingatkan, Ayah tidak pernah memasukkan wangnya ke dalam akaun kami adik beradik. Kesemua wang simpanan adalah daripada simpanan kami sendiri.

Alhamdulillah, dikurniakan ibu bapa yang sangat menekankan aspek menyimpan daripada kecil. Punya Ibu yang sangat amanah sebagai 'pemegang akaun' simpanan kami sebelum kami 18 tahun. Sebelum buku simpanan bertukar tangan. Punya Ayah yang sangat bertanggungjawab menyara makan, pakai, hadiah, percutian kami 7 beradik. Mungkin keberkatannya daripada situ. Walaupun tak mampu nak memperolehi kereta secara cash dengan alasan 'tak berkat buat pinjaman loan' kata orang, walaupun tak mampu beli rumah besar bertingkek tingkek secara cash, Alhamdulillah saya tak merasa kurang dari segi perbelanjaan sepanjang saya hidup. Mungkin kerberkatannya di situ. Punya ibu bapa yang amanah dan bertanggungjawab dari segi wang.

Nasihat saya, juga pesanan buat diri sendiri. Berbelanja biar ikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Bukan biar papa asal bergaya. 

Bukan sibuk membeli baju harga ratusan ringgit atas dasar, 'malu lah orang lain mampu pakai baju ini'

Bukan sibuk mengikut trend terkini dengan gajet pelbagai. Tapi sebenarnya tidak mampu milik pun.

Utamakan keperluan. Bukan kehendak. 

Followers