0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Wednesday, December 14, 2011

Janji Allah



"Jangan pegang janji manusia, pegang janji Allah."

Kita ni manusia yang hanya mampu merancang. Berusaha supaya berjaya. Berdoa supaya rancangan kita berjaya. Bertawakal kepadaNya.

Takut lah.

Jangan takut. Awak ada saya, awak ada Allah...

Macam mana kalau...

Syhh Allah dah tentukan semua kan?


Tapi...


Heip.. Awak percaya Allah tak?


*angguk*


Awak tahu kan Allah tak test awak dengan ujian yang awak tak boleh handle?


*angguk lagi*


So?


Ermm... Baik. Saya cuba kuat. Saya ada awak. Saya ada Allah. Saya percaya janji Allah. Ada sebab Allah jumpakan saya dengan awak.


Allah tahu semua. Allah dah atur semua. InsyaAllah yang terbaik.


;')


Thanks Arina Dear~

Friday, October 14, 2011

LIfe is not a drama

Kita terlalu terpengaruh dengan cerita atau drama yang kita tonton. tanpa kita sedari. Kadang kadang kita turut sama menyamakan kisah/situasi dengan drama yang kita tonton. Tanpa kita sedari kita terbuat 'drama' yang sama macam drama yang kita tonton. 

Terlalu banyak pengaruh kan, sedang kamu memandu kereta, kamu pun tak sengaja langgar seorang mamat segak gile ni. Mula lah kamu terbayang drama yang mana kamu buat muka muka kesian, maka mamat segak gile tadi kesian dengan kamu, mintak nombor dan lepaskan kamu macam tu je. HAKIKAT: ada mamat tu kesah tengok muka kesian kamu? Lagi dia tutntut nak bawak balai jugak adalah!

Terlalu sangat tonton drama. Tangan kamu penuh dengan barang, beg tangan di kiri, Bag laptop di kanan, pegang fail dan jugak report report lab pelajar. tengah jalan jalan tergelincir lah report report student atas lantai. Kamu pun tunduk konon malu malu nak kutip balik report report tu sambil konon konon ada mamat segak gile yang lain datang pada kamu dan kata, "Mari saya bantu", tolong kutipkan report report student kamu sambil tersenyum. 
HAKIKAT: Takde siapa pun perasan kamu jatuhkan barang dekat situ.

Banyak sangat pengaruh drama, kamu sedang duduk di bench menunggu tamatnya majlis. Sebentar tadi ada kawan menelefon kata nak datang cari kamu. Ada pulak yang bagi scene drama, Kawan tu datang dari belakang dan tutup mata kamu, sambil cakap, "Cuba teka, siapa?" soooo sweet lah kunon kan...? 
HAKIKAT : Kawan tu dok tiba tiba muncul kepala dari belakang sampai nak terluruh jugak lah jantung kamu macam jumpa hantu di siang hari.

Terlalu ikutkan drama sampai kawan kamu nangis sebelah kamu, kamu rasa nak tolong lap kan air mata yang tumpah kat pipi. 
HAKIKAT: eiyy... rasa nak lempang je perempuan ni, sesikit nangis, sesikit nangis! Apa kau dah takde kerja lain selain nangis?

Drama lain lagi? Tengok macam macam drama susuk lah, u saka pergi jauh jauh la, itu lah, ini lah, tiba tiba teman serumah sendiri dapat bungkusan berbentuk gumpalan rambut dan darah! Eh, Ingat dalam drama je! Doa banyak banyak supaya tak jadi apa apa.


ps: hidup bukan drama beb. Jadi jangan nak samakan kamu dengan Preity Zinta, atau Horikita Maki, atau Kuroki Meisa, atau Toda Erika sekalipun. Kamu tetap kamu. Kamu heroin bintang utama atas pentas dunia. Pengarah sedang 'casting' watak hero untuk kamu.

Tuesday, August 2, 2011

Selesa Beach Resort, Port Dickson

Kursus OSHA kali ke dua di adakan di sini. Selesa Beach Resort, PD. Bukan nak berbicara tentang OSHA, tapi tentang tempat penginapan. ^__^



Terletak di sebelah Regency Hotel. Sungguh ini kali pertama saya mengetahui kewujudan Selesa Beach Resort sepanjang berkali kali saya dan keluarga bercuti di PD. Kali ini, memandu sendirian ke PD bukan sebab bercuti.



BIlik hotel yang biasa. Tapi bila heck in terasa aneh sebab sorang sorang dalam bilik hotel.
Alhamdulillah ada Kak Suzana dari Poli Tg Malim datang setengah jam kemudian.



Destinasi percutian? 


Saturday, July 2, 2011

Saya sayang Ibu saya sangat sangat sangat sangat!

Ayah pun. tapi post ni untuk ibu.. hee

"Setengah Abad dah Ibu ni..."


Ibu berkata. Saya sendiri takut bila angka tu dah mencapai angka lima. Macam dah masuk kategori umur veteren. Tapi memang dah pun.

Kalau fikir panjang panjang, dalam dalam, saya boleh menangis! Berapa lama lagi saya boleh serve untuk ibu saya sebelum syurga saya bertukar. Alhamdulillah ada sebab Allah tetapkan begitu dan begini.

Suka tengok mereka pakai baju sama theme warna macam ustaz, ustazah yang dalam semanis kurma tu =)


Umur Ibu dah masuk separuh Abad, masih ada anak sekecil usia lapan tahun. Lagi kalau saya fikir dalam dalam, panjang panjang, saya boleh menangis lagi! Ratu air mata sungguh saya ni kan?

Dulu, sebelum bekerja, saya menyuarakan hasrat pada kawan,

"Tak mahu lah kalau kerja duduk di rumah, semacam pelik. Sebab seawal usia 13 tahun dah duduk asrama"

Tapi bila bekerja sebagai junior Iphone Apps developer selama hampir 3 bulan tempoh hari. Setiap kali keluar rumah peluk cium Ibu. Setiap kali balik, ibu ayah suka tunggu nak makan bersama. Terus rasa,

"Oh, Tak mahu lah duduk jauh dengan family"

Tapi Allah dah jawab doa saya awal awal tadi. Padan muka saya, lain kali jangan gatal sangat mulut minta yang bukan bukan!

Sebelum masuk ke balai perlepasan tempoh hari ( kerja baru di Perlis), akhirnya setelah lebih sebulan, saya peluk cium ayah dan ibu. I really missed that!

i wish i can do the same routine just like before~
*wipe tears*

Ibu rakan paling rapat saya. Beza umur ibu dan saya, ermm.. umur saya sekarang ni. Membebel? Biasalah kot. Tambah tambah dengan anak sulung beliau yang manja, degil dan kadang kala tak mendengar kata ni.

Ibu ada cara menarik bila beliau nakkan kami buat sesuatu,

"Kalau kaklong nak buat kek, tepung, gula, mentega ada kat dapur tu"

Tu maksudnya, ibu memang SURUH saya buat kek. Kalau saya jawab.

"Ok, kalau kaklong nak buat nanti kaklong buatlah"

Beberapa minit lepas tu, ibu mesti cakap lagi guna cara menarik beliau tu.

"Kalau kaklong nak buat kek, itu.. mentega ibu dah keluarkan dari peti sejuk tau"

Maksudnya saya perlu lah pergi ke dapur dan keluarkan alatan buat kek dan buat kek dengan segera ~_~ . Tiada TIDAK lagi. Menarik kan? ^__^

Saya share SEMUA benda, cerita, perkara dengan ibu. Termasuk dengan siapa saya berkawan, tak kira lelaki mahupun perempuan. Sebab bagi saya, lebih baik bagi tahu dengan orang macam mana kita berkawan. Tak lah ibu dan ayah risau. Kalau saya macam sorok sesuatu, laju laju beliau dapat agak dan bagi nasihat berbunyi sinikal yang akan kena batang hidung sendiri.

Hari jadi Ibu pada 27 Jun baru baru ni, saya belikan handphone untuk ibu ( k fine..... pinjam duit ayah dulu sebab saya belum gaji.. hahahaha). Alasan saya, saya nak bergayut dengan ibu hari hari. Kalau telefon ke rumah akan jadi sangat mahal dan membazir. Ayah? hee ayah saya kerja, saya boleh kacau kadang kadang je. Ibu suri rumah, maka tak mengapa kacau bila bila masa. ^__^

Ibu malas nak belajar guna alat elektronik. Alasan ibu, nanti kalau dah tahu, susah. Kerja rumah tak berjalan. Tspi sebab saya dah bagi henfon ni, beliau usaha jugak nak belajar. Macam saya telefon tempoh hari, tapi tak berangkat. Terus ibu dial semula,

"Ni, ibu telefon sebab tulis kat sini ada panggilan"

Comel betul. Tak sabar nak tunggu SMS pertama dari ibu!. heee

Ibu dan ayah sebenarnya tak pernah nampak macam umur mereka. Ibu terutama sekali. Kalau ayah, masih mahu tunjuk ego, macho dan cool. Kalau ibu, ajak bergambar 'lompat' pun dia masih mahu. *senyum*

Comel kan?


Senyum puas ^__^


Sebelum balik, Ibu kata nak join Upin dan Ipin main bola kejap!
Dapat agak mana saya mewarisi 'perangai unik' saya ni? =)

LOKASI Upin Ipin : Les' Copaque Production Sdn Bhd, Shah Alam


Monday, May 30, 2011

Nama paling Comel!


=====================================

Teka teki sikit. Banyak banyak nama... nama apa paling comel???

ha.. jawab. Jawab!!!

jawapan...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Heee...dapat jawapan kan??

Sampaikan orang lelaki yang nak tukar nama jadi perempuan pun sanggup masuk mahkamah nak ambil nama sedemikian rupa..
*geleng geleng*

=================================================
 

Saturday, April 30, 2011

Antara CINTA dan CITA CITA

Sekali baca tajuk macam drama bersiri kat TV 9 pulak.
Maaf ye takde kena mengena dengan drama terbabit. Ini tentang saya. Sila jangan ambil serius. Ada sedikit ke 'stress'an di sini. Itu yang jari laju menari.

Saya dah cakap dah. Jangan mengada ngada nak 'bercinta' dengan yang lain. Tapi degil..! Turutkan jugak hati. Dah ada 'tunang' mengaku 'single'. Eh, sebenarnya tak mengaku pun. Cuma 'cinta baru' tu tak pernah nak tanya apa apa.

Baru minggu lepas rasa macam nak 'putus cinta'. Fade up sikit dengan perangai dia yang macam asyik serahkan semua benda pada saya. Yang macam saya je yang kena buat semuanya. Yang macam die tak nak guide langsung saya yang tak betul ni.

Baru minggu lepas terfikir. Tapi lepas tu, ok balik. Bila tiba tiba macam bunga bunga 'cinta' tu indah je.

'Tunang'? huh, jangan cakap. Dia kata, kalau ada 'duit' nak 'kawin' tu, dia 'ajak' la. Senang senang dia je kan? Buat nya dia ta ada 'duit' sampai pat lima tahun akan datang? Tak ke saya mati kutu sorang sorang? Orang lain dah beranak pinak, saya masih tecengang cengang.

Saya sayang sangat 'cinta' saya tu. Baru dua bulan lebih kami 'bercinta' Memang la mula mula rasa macam kekok je bersama. Rasa macam serba tak kena. Sebab saya tak pernah ber'cinta'. Dengan orang macam dia pulak tu. Rasa macam berdiri tak sama tinggi dengan dia. Tapi dia buat saya rasa selesa bila dah lama lama 'kenal'.

Saya tanya kat kawan. Mintak pendapat. Sebab masa tu saya macam nak 'putuskan' hubungan dengan 'cinta' saya tu. Kawan bagi cadangan,
"Guna apa yang ada depan mata sekarang"

Betul? Betul ni? saya jadi semangat balik. Nak bersungguh sungguh ber'cinta' dengan cinta baru saya. Siap 'catat' dalam buku nota kecik lawa lawa comel comel 'tarikh tarkh' bahagia kami. Punya lah semangat!

Tapi, tu lah kan.. Langit tak selalu cerah. Kita tak boleh nak harap sentiasa ada sinar matahari dalam hidup kita.

Baru semalam. 'tunang' bagi surat. Pos laju lagi!. Gila old skool 'tunang' saya kan? Zaman sekarang boleh bagi email, dia bagi surat. Nasib baik tak dihantarnya telegram! Dia Ajak 'kawin' 19 May ni. Lepas tu dia suruh 'ikut' dia pergi Perlis. Saya terdiam tak tahu kata apa. Entah macam mana nak bagitau pasal perkara ni kat 'cinta' saya.

Saya dah 'cinta' dia sangat ni.. Mesti die 'frust' kan?

Hari ni saya cakap baik baik dengan 'cinta' saya. Cerita dari awal 'pertunangan' kami. Memang saya dah di'ikat'. Memang kehendak saya. Tapi tu dulu, sebelum berjumpa 'cinta' saya. Nampak sedikit kekecewaan kat wajah 'cinta' saya ni. Mesti dia rasa rugi 'spend' time dengan saya kan?

'Cinta' saya kata, cuba cari pilihan lain selain 'putuskan' hubungan dengan dia. Saya rasa bersalah sangat sangat. Dia terima dengan tenang. Siap boleh borak borak bercerita dengan saya macam tak ada apa apa. Lagi saya rasa bersalah.. Kalau saya dah duduk Perlis nanti, mesti saya rindukan 'celoteh dia'.
Saya cuba telefon 'tunang' saya tu. Jelaskan pasal, 'Cinta' saya. Tapi dia kata, boleh delay maksima 2 minggu je! Serba tak kena di buatnya.

Saya rasa memang dah tak de pilihan lain. Saya mengaku. Memang cita cita saya 'berkahwin' dengan 'tunang' saya tu. Dari kecik! Tak tipu. Kalau orang tanya, cepat cepat saya cakap, itu cita cita saya.

Sekarang saya dah mula jatuh Cinta dan perlu memilih antara Cinta dan Cita cita. Walau saya tahu saya takde pilihan lain melainkan pilihan kedua itu.

*torn apart*


PS: Sila jangan ambil serius, ayat ber ' ' adalah ayat double meaning. Jangan pula nak intrepetasi maksud ayat satu satu. Sekian Terima Kasih.

PSS: Mungkin next post saya nanti akan di post dari Perlis??


Wednesday, March 30, 2011

Saya suka tengok senyuman di wajah mereka

Sebab tu abadikan gambar mereka dalam gambar bergerak macam ni. Kalau ajak bergambar statik, pasti mereka keras tak mahu senyum tunjuk gigi. Maka tinggallah saya seorang sahaja yang senyum nampak gigi!

Bila dah tengok gambar bergerak macam ni, baru lah 'feel' sikit nak senyum sorang sorang!

Haha

Btw, girls!!! I miss u all a LOT!!!

Mar + MarAn + Jib + Shida + Risa + Syikin + Ili + Wahidah

Ayu je Wahida pukul monster tu.


Lepas tensen pukul drum kuat kuat sesuka hati tak ikut tempo.


Baling bola tak berhenti henti!


Senyuman dia ni tak pernah fail buat saya senyum sorang sorang selama lebih dari beberapa minit!


Mintak izin... boleh tak saya abadikan gambar gerak gerak kamu dua orang tembak hantu tu? saya censored la muka sume.. buleh?? heeee

Monday, March 28, 2011

Perhatian Gadis Gadis Cun cantik Molek Comel

Hari ni, 'cuba' nak jadi seorang yang berumur 24. Cuba ye, saya tak janji.
Mahu sedikit 'membebel'. 
Dah cuba tahan diri dari tulis ini, tapi asyik benda ini main pusing pusing kejar kejar dalam kepala ini. (oh, ayat apakah ini?)

Dengan lafaz Bismillah,

"Hai Gadis gadis cantik cun cantik moleh comel belaka sekelian...... U all sihat??? boyfriend u all sihat?????" 
*baca dengan satu nafas*

*Tarik nafas balik*
I nak tanya U all, Pernah tak u all  'tangkap'  boyfriend you all sedang berbual mesra dengan perempuan lain, lebih mesra dari dengan you all. takpun, 'tangkap' diorang ni, mesra mesra balas balas  pantun comment kat facebook atau twitter?

Selalu nye u buat apa?

Ini selalu yang i observe la. Mesti U serang perempuan tu, pastu menangkan boyfriend you. Betul? Tak pun, u serang perempuan tu, serang boyfriend you nanti2 esok2? Betul?

Mesti You dengan muka paling ganas 'tegur' secara berhemah perempuan tu,

"Stay away from my boyfriend! He's Mine! Back off!"

Seriously girls?? Like seriously???

Lelaki kot...! You all percaya bukan 'laki' u all yang start dulu? 

Lagi pun, boyfriend je pun.. Bukan SUAMI.

Yang siap nak pergi call perempuan tu marah  marah buat apa?
Yang siap nak pergi ucap 'terima kasih' kat perempuan tu secara sarkastik sebab konon konon berjaya porak peranda kan 'rumahtangga' palsu u kenapa?

Kalau I kat tempat U, I biar je apa yang lelaki tu buat. Kalau dia datang balik kat I, explain, tunjuk baik baik, InsyaAllah boleh terima, kalau tak, and dia sorok something dari I, seriously, bye bye. He s not worth.

and kalau i berada kat tempat perempuan kena serang tu, i akan cakap,

"HELLO! i tak HADAP pun boyfriend u tu ok..!"

ps: sekian terima kasih! erk, emo sangatkah?




ps lagik : bukan perampas! oh and takde kene mengene ngan kamu. kene mengene ngan orang yang dah kene delete dari frenlist itu

Sunday, March 20, 2011

Allah ada rancangan lebih baik, bersabarlah



Aelin, antara kawan sekolah saya yang awal berkahwin. Hujung tahun lepas dapat berita Aelin selamat lahirkan baby perempuan comel, nama Alya Qistina. Sempat saya singgah jenguk Aelin dan Alya masa Aelin masih dalam pantang lagi. Excited dah jadi 'makcik'!

Dulu, sama sama main pingpong dengan mama nya ni, sama sama berkawat dengan mamanya ni.

Tapi, takdir Allah dah tentukan semuanya. Hari Jumaat lepas, Alya Qistina diambil semula oleh Allah lepas baru 4 bulan melihat dunia. Alya pergi waktu tidur. Tak buat bedah siasat untuk tahu punca dan akibat. Masih baby kan.

Terkejut baca berita di facebook. Baca banyak kali sebab macam tak percaya. Buat keputusan untuk ke rumah Aelin walau sebenarnya ada rancangan lain. Maaf Mar, terpaksa 'heret' kamu sekali.

Sampai kat rumah Aelin semalam, nampak dia masih boleh tersenyum. Saya mungkin tak sekuat tu. Sempat Aelin tunjuk video dari handphone nya,

"Ni, Alya masa lima hari lepas..."

tunjuk Aelin. Masih boleh tersenyum. Serius rasa sangat sebak tengok keletah Alya guling guling atas katil dalam video tu!

Aelin bercerita, bangun pagi Sabtu tu dia rasa sangat Alya dah takde, sebab Alya menyusu badan. Saya kalah dengan perasaan lagi. Berat mata pandang, berat lagi bahu memikul kan?

Masa nak balik, saya salam dan peluk Aelin, pesan supaya bersabar. Walau pada awal Aelin nampak ok, tenang je, dia kalah jugak. Sempat Aelin cakap dan nangis di bahu saya,

"Aku tak tau nak buat apa lagi, fana.."

Saya pesan supaya dia bersabar,
Saya pesan supaya dia ingat Allah.
Saya pesan, Alya tunggu dia kat Sana nanti.

Allah ada rancangan yang lebih baik lagi buat Aelin dan family.
Mungkin Allah ambil Alya untuk ganti dengan sesuatu yang lebih baik.
Rancangan Allah cukup sempurna. Percaya dan yakin itu.
Aelin muda lagi. InsyaAllah ada rezeki lain Allah bagi nanti.
Allah sengaja nak uji hamba hambanya.

Aunty Raja dan Alya

Sangat harap Aelin tak salahkan diri sendiri, tak salahkan orang lain, atau tak salah kan takdir. Redha dengan apa yang dah jadi.

Allah lebih sayangkan Alya. Al Fatihah buat Alya Qistina.





Sunday, March 13, 2011

How to: 2 accounts in 1 account

Tahu tak kamu boleh ada dua akaun dalam satu akaun yahoo?
Maksud:
  • kamu boleh ada dua email ; nama1@yahoo.com dan nama2@yahoo.com ;
  • mana mana email yang dihantar ke 2 akaun ni akan masuk satu inbox.

Err.. tak paham ke? maaf, tak pandai bagi penerangan.
Contoh
  • kamu ada satu akaun dengan nama yang agak merepek seperti akuBest@yahoo.com, purnamaMerindu@yahoo.com, kebaya_putih@yahoo.com, pendekar_laut@yahoo.com, eriluv@yahoo.com etc. Takkan kamu nak guna email dengan nama merepek ni untuk sesuatu yang official? Nak crete email baru nanti, leceh pulak kamu kene cek 2 akaun dalam satu hari. Betul?

Jadi, 'create extra email address untuk email yahoo kamu dengan nama merepek tadi.

click OPTION >> MORE OPTION




di bahagian ACCOUNT, click EXTRA EMAIL ADDRESS


Kemudian cuma perlu ikut arahan dan kamu dapat 2 akaun dalam satu akaun!

Contoh, nama kamu Siti Nur Aishah Binti Ahmad. sebelum ni kamu ada akaun kebaya_putih@yahoo.com. sebab berbunyi tidak profesional kat situ, kamu boleh buat satu akaun dengan nama, sn.aishah@yahoo.com.


Kalau untuk gmail dll... maaf, tak pernah cuba~


ehhhhh!!! dah tau ke? oh meyn! penat tulis...!


ps:untuk mintak kerja dan di atas resume, JANGAN lah nak letak email dengan nama merepek kerepek tersebut, buat kena gelak je  dan peluang dapat kerja mungkin berkurang.

Friday, March 4, 2011

Dunia Baru 'I'

Bukan kena mengena dengan Drama Dunia Baru.

Oh, Hi.. My name is Fana and i am very childish. Suka tulis post macam tak cukup ayat dan macam budak sekolah rendah.

Ayat introduction pun takde kene mengena dengan isi kandungan. k Fine~



Mac
Iphone


Ipad
ipod



Ok. JAKUN SANGAT!

tapi sedikit sadis bila pulang matahari pun dah mula nak 'menyorok'


Tapi lagi sadis kalau bila pulang begini.



ps: kuatkan hati ini!


(erk. tak paham jugak kan? *bricks*)



 


Saturday, February 26, 2011

Sungai Chongkak. Part 1


Kalau rasa nak bermalam di congkak, boleh lah sewa rumah ni! boleh tahan selesa. Tengok ni,

Ada 3 bilik, 2 toilet.

Bilik 1, dua katil single


Bilik 2, dua katil single

Bilik satu dan bilik dua kongsi satu toilet.

Bilik 3 macam main bedroom. 1 katil queen , 1 lelaki single (OH, PAKEJ TIDAK DISERTAKAN DENGAN ORANG ATAS KATIL TU SEKALI YE!) , Ada almari, ada meja solek dan toilet.





Dapur, kalau nak masak masak


Kemudahan meja makan, sofa.

Ruang tamu yang luas.


Dan ada Alien! Ok tu tipu!



Harga? Hurmm mahal sikit lah dari rumah tumpangan yang ni. Dalam Rm 340 mungkin untuk satu malam. Tapi kalau nak murah macam kat bawah ni, RM120 sahaja. Nampak macam mahal RM340 kan? tapi kalau kongsi sekali dengan 5/6 family berbaloi kot.


Tapi kalau tak nak bermalam dan mungkin hanya nak balik hari, ada je pondok nak lepak2 buat bbq ke, apa ke..



Huuu tidak mempunya senjata hebat berkuasa tinggi. Hanya ada pistol mainan berwarna hijau itu.. Jadi gambar tidak lah semenarik mana~










erk.. tiba tiba!




Jumpa di part 2



Friday, February 25, 2011

Kedai 100 yen = Kedai RM 5

'Membuang' duit di DAISO lagi. Tak tahu pulak ada DAISO kat Sunway Pyramid. Tak perlu lah jauh sangat nak menapak ke IOI mall kot.

Huu kenalkan... yang kiri sekali tu bukan kepingan tikar mengkuang ye.. Tu cik tikar gulung sushi.

Yang kat atas sekali yang berwarna warni tu pulak bukan mainan masak masak kanak kanak. Bukan jugak lego. Tapi shape mould untuk bento. Kat sebelah dia, dah tentu bukan HATI saya. Hati saya kat tempat lain.




PS: uff.. nanti mesti kene 'kata' lagi,
"Apa guna ada barang barang tapi tak buat bento nye Kak oii!!" 
Erk.

Wednesday, February 23, 2011

February babies~


Happy birthday for both my sister and brother.
Since masih lagi bulan Februari, kira masih ok lah nak tulis post di sini kan.

Happy 22nd birthday Atin on 12th Feb.
Happy 11th birthday Iwan on 13th Feb.

Hehe yang pertama dan kedua dari awal dan akhir sahaja yang masih tak segan silu buat aksi mesra kamera.

Kaklong kamu takde hadiah. Hehe tak keje lagi. Harap maap. Ngeee....

Wednesday, February 9, 2011

Intai sikit "The important things are everything that you taught me "

Mood Jdrama datang lagi.
Eheh, lama tak update!

New season!

"The important things are everything that you taught me "

Taisetsu na Koto wa Subete Kimi ga Oshiete Kureta
Alasan mendownload menonoton drama ini!
Miura Haruma!!!
uh uh awal awal episod dah dapat 'nampak' Miura!



SAKURA!!! kireiii!!!

Tunang Miura a.k.a Kashiwagi sensei, Toda Erika






Miura bawak watak seorang cikgu sekolah menengah. Ohh SATU kewajipan, satu sekolah menyorak riang bila dapat cikgu kakkoi macam ni kan?

Teringat zaman matrik dulu bila satu kelas memandang kehairanan bila seorang yang dari segi fizikal kelihatan seperti pelajar masuk ke kelas dan terus duduk di meja lecturer.

Masing masing berteka teki,

"Eh, mamat ni apasal?"

Tapi masing masing tersenyum sendiri bila 'pelajar' tadi kenalkan diri,

"I ll be teaaching you Computer Programming"

Maka haruslah Computer Programming menjadi favorite subject saya sejak, saat dan ketika itu mengalahkan subject favorite terdekat, Math! *senyum*

Semua pun  dah siap berangan sepanjang cuti nak dapat cikgu tampan seorang ni!

...dan yeay!!! dapat!

Oh serious! kalau dapat cikgu kelas se kakkoi ini. JANJI tak ponteng kelas! tak tido dalam kelas!

Usha tunang sendiri masa perhimpunan sekolah. Memang terbaik kashiwagi sensei ni! Tunang kata, "Dah, jangan dok usha usha saya, pandang depan tuh!"

oopss.. ada pulak mata lain yang cemburu.


oooowww sweeet!!! (sila abaikan hyper mood ini)

Sebab lain.. ada Nakaken juga jadi anak murid cikgu kakkoi! kakkoi sensei + kawaii student = ^_______^


Budak yang rajin ponteng kelas pun SANGGUP datang kelas ok.

Toda Erika kata dia comel buat macam tu.

Untung tak jadi cikgu muda macam ni?
Actually tak tengok habis first episod ni lagi. cuma excited nak buat screencap dan buat wallpaper lepas nampak Miura Haruma di screen laptop! eheh

Download 1st episode drama ni kat sini

Masih mahu 'menanti' drama lain juga. Terutama yang mana ada terselit makhluk yang paling menarik di mata saya pada ketika ini! *senyum dengan lebih lebar*

Followers