0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Wednesday, May 28, 2014

Kek Kukus Coklat Moist

I Love Chocolates and everything about chocolate. Used to crave for Cadbury Choc bar. ToT. Not Anymore. Never anymore.

So, i spent my last weekend with my family and ONE day with my husband. (again ToT)

Since my husband dah ada kat rumah, i just thought why not i bake a cake? Bukannya selalu dapat masak untuk suami.

And i asked Ibu where she put her recipe book and she said,

"Kaklong guna dulu letak mana?"

Erk. Ok. Baik Ibu. I guess i misplaced the book. Then, i try searching the blogs. I cant find the exact recipe. Last option, i am texting makcik jiran yang selalu buat kek ni and she replied me. alhamdulillah.. Yokatta..! Merasa encik Suami Choco Keeki

So, the ingredients;

 Part A - Bahan Kering

  • Tepung - 3 1/2 cawan
  • Serbuk koko - 2 cawan
  • Soda Bikarbonat - 3 camca teh
  • Baking Powder - 3 camca teh
Part B - Bahan Basah
  • Telur - 6 biji
  • Gula - 3 1/2 cawan
  • Esen Vanila - 3 camca teh
  • Air Suam - 1 cawan
  • Minyak - 2 cawan ( i prefer using minyak jagung )
  • Susu cair/sejat - 1 tin
  • Secubit garam

Dan cara cara membuatnya sama macam kek kek yang lain. 
  1. Campurkan semua bahan kering dan ayak. Seeloknya ayak 2 ke 3 kali sehingga semua bahan kering sebati.
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang. Tak kisah pun nak guna gula castor ke, gula icing ke, gula halus ke. Tapi kalau nak cepat gula tu hancur, boleh lah kalau nak kisar halus gula tersebut. Oh tips dari Ibu, buang 'mata' telur untuk mengelakkan kek berbau hanyir telur.
  3. Masukkan esen vanila sebagai penghilang bau telur dan mewangikan kek, masukkan air suam, minyak masak, susu cair, garam dan kacau hingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan pula bahan kering dan gaul sampai sebati.
  5. Jika anda menggunakan loyang, kukus selama 1 jam. Tapi jika menggunakan bekas kek cawan, hanya mengambil masa 10 - 15 minit.
  6. Dah siap, boleh buat topping chocolate ganache atau coklat cair. Nyum!
Selamat mencuba. =)


yang ini version cupcake saiz mini. tak sempat nak ganache bagai, dah selamat sampai perut.

Dan Kek jadi extra sedap sebab ada encik suami tolong ayak, tolong gaul sebati, tolong masuk dalam loyang, tolong masuk dalam mini cup cake. Eh, overall suami buat. Isteri Chef bagi arahan je. ^^ Thanks sayang. ~chu

Monday, May 19, 2014

I am officially a married woman

Alhamdulillah.

Bunga tangan felt buatan sendiri. Siapa mahu, boleh order ;b
I am a wife now.

Sekali lafaz. Tak tahu berapa kali suami 'prektis' lafaz tersebut.

Perasaan aneh yang entah sukar ditafsir.

Pandang suami yang sedang baca lafaz taklik.

"Seriously? he is my husband Now? I am married?"

Dan soalan itu terus menerus keluar dari mulut sehingga saat ini. Sungguh, tak tipu!

"YES. You are married!"
Minda sedar berbisik kuat.

Alhamdulillah. Punya keluarga baru yang ceria gembira. Sekelip mata Allah kurniakan sepasang umi dan abah, dua orang abang, dua orang kakak ipar, lima orang adik lelaki, seorang adik perempuan, empat orang anak buah, dan saudara mara yang lain.

Sekelip mata, insan yang dulunya di panggil 'makcik', 'pakcik' kini menjadi ummi dan abah sendiri. Dan hubungan dengan ummi abah ini akan kekal sampai bila bila. InsyaAllah.

Saat memeluk Ibu dan Ayah, hati tersentuh.
"Saya bukan bawah tanggungan ayah lagi"

Ibu, ayah, terima kasih atas segalanya. Terima kasih laksanakan majlis walimatul urus ini.
Ibu ayah lah orang paling gembira dengan penyatuan dua hati ini. seperti yang saya beritahu pada kawan kawan,
"Ini bukan majlis aku, ini majlis ibu ayah aku"

Mereka gembira. Saya turut gembira. InsyaAllah. Redha Allah, redha ibu bapa kan?

Alhamdulillah tiada permintaan 'pelik-pelik' sepanjang majlis berlangsung. Eg: tepung tawar.

Baling gula gula pun tak dibuat. Entah. saya kurang setuju aktiviti 'baling makanan' macam tu. Mungkin sebab tu, Allah izin, semua orang terlupa untuk 'menyuruh' saya dan suami 'baling makanan' pada hari itu. Walaupun gula gula banyak di rumah. Alhamdulillah.

Mak andam pun tak banyak kerenah bila saya terlalu banyak songeh. hehe
"TAK NAK potong kening"
"TAK NAK bulu mata palsu"
 - "Nanti tak lawa la Far, kalau tak pakai bulu mata palsu. Kenapa tak nak pakai?"

Saat tu saya jawab,
"Berat la nak pakai.Suami tak bagi.Ibu tak bagi"

Sesungguh nya ingin saya menjawab,
"ALLAH tak bagi"

Sedang memanjangkan rambut, (baca:pakai rambut palsu) pun Allah larang kan?

Kata kata Ibu, Ayah, Umi, Abah buat diri rasa,

"Allah, sayang nya kau pada hambamu yang hina ini"

Ayah Ibu kata,

"Alhamdulillah Long.. Lancar majlis hari tu. Dari takde elektrik, ada elektrik balik. Dari takde air, elok je air tak putus sepanjang majlis. Cuaca elok. Alhamdulillah. Mana tahu berkat duit kaklong bagi Ibu Ayah tiap bulan. Berkat duit gaji yang dizakatkan..."

Umi Abah kata,

"..awak pilihan Allah untuk suami awak..."

Allah.. TERASA besar tanggung jawab amanah Allah. Allah yang pilih. Sungguh. Perlu punya rasa seperti itu. Biar nampak tanggungjawab Allah bagi ni besar. Biar nampak yang perkahwinan ini bukan perkara main main. Biar nampak Allah tetap sayang walau apa yang terjadi.

Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. mana mungkin kita dapat menandingi kasih sayang Allah. Walau macam mana Hambanya berdosa, Allah masih beri peluang bertaubat. Allah masih beri peluang mohon ampun.


Thursday, May 1, 2014

Ceritera itu

Unfortunately, the day after our marriage was not a 'fertile' day i would say. i just had my period  3 weeks before my marriage.  So, boleh paham la fertilization tak akan berlaku. Only if Allah will. Dah beritahu husband, tapi husband kata,

"Mana tahu Allah izin.."

betul jugak tu kan?

So, i should have my period at the end of that month, but nothing. Sehari, dua hari, tiga hari. Diri ni dah panik bercampur happy. Tapi.. "Takkan la..." dok bisik kat diri hari hari. Genap seminggu lewat. Whatsapp kawan kawan, tanya mereka adakah normal untuk mereka miss period after kahwin. 2, 3 orang kata "yes.. memang period lambat. Tapi period lambat je. Tak pregnant pun". Maka saya pun macam, "Oh.. normal lah macam ni"

Tapi the 'tak sabar dan gelojoh tak reti bahasa' me ni melampau tak tahan bermain dengan hati pergi beli UPT. Check, and result negative! Memang patut pun negative kan? So, tenang balik. masih menunggu. Dan tunggu. Masih belum period. Tanda period pun takde.

Di takdirkan menghadirkan diri ke kursus di genting Highland. Semasa kursus, juga masih belum period. Tertanya tanya dalam diri. "Apsal lambat sangat period? sakit ke?" Akhirnya saya beli sekali lagi UPT dekat 7E berdekatan. Dan result sekali lagi negative!

Tahu tahu, keesokkan harinya saya period. So, there's go my bunting pelamin hopes. Haha nak buat macam mana kan. Dah tarikh kawin tarikh tak subur.

So, for the second month, we are still trying. Masih ada seminggu before period start. Tapi debar saya macam dah seminggu tak datang period. Hmm what if ... my period did come and i will have MAJOR heart break...!

So let us just pray and hope for the best..

Perasaan? Entah, rasa debar je pun. Maybe debar yang biasa. Tak tahu lah. Tiada rasa loya atau cramp perut atau apa apa tanda orang pregnant. i started to lose hope. Entah, masih belum terasa. Atau sebenarnya takde isi pun.


-updated-

Haha got my period for the second time in our marriage and i was crying like it is the end of the world! 

Followers