0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Thursday, February 26, 2015

Give and take



Sekuat mana rasa nak dihadiahkan sesuatu, aku sedar aku bukan mata duitan. Aku sedarkan diri, ibu didik aku bukan dengan cara biar papa asalkan bergaya. Ayah didik aku dengan pakai selagi boleh. Bukan jenis mereka yang tukar perabot macam tukar baju. 

Wallet dah buruk koyak koyak pun aku masih tak malu usung sana sini. 

Walau ada rasa nak wallet baru. takpe lah. Bukan wallet tu yang penting. Wallet berjenama mahal sekali pun tetapi tidak 'berisi' dan kerap meminjam takde gunanya.

Teringin sebenarnya. Teruja sebenarnya lihat kawan kawan di bawa suami melancong sana sini. Lihat kawan kawan dihadiahkan suami itu dan ini. Shower with money and everything. Aku cuma cukup bergembira kalau dapat habiskan masa 24/7 bersama suami yang aku jumpa hujung minggu.

Aku cuma cukup bergembira habiskan masa 'meleset' bersama suami bercerita tentang masa depan yang bakal dicorakkan dengan kehadiran anak anak, masa silam yang melucukan, masa kini yang bahagia.

Aku sudah cukup gembira suami pimpin tangan tak lepas apabila bersiar siar di luar. 

Aku sudah cukup gembira dapat sediakan makanan, minuman, masak, gembirakan hatinya.

Aku sudah cukup gembira suami manjakan bila berjumpa sekali sekala pada hujung minggu.

Aku sudah cukup gembira dengan 'small gesture' yang dia lakukan.

Sebab tu aku mudah melenting apabila dia lebihkan handphone lebih dari aku. Sebab masa kami suntuk.

Ada aku baca 'tweet' tempoh hari. Lebih kurang begini bunyinya.

"Pasangan suami isteri yang baru berkahwin, jangan lah asyik berkepit apabila di rumah keluarga. Ambil masa kenal keluarga masing masing"

Aku setuju, Ada benarnya. Tapi, bagi kes seperti kami yang hanya ada masa 'berkepit' tu di rumah keluarga masing masing tu macam mana pulak? We did try our best.

Berbalik kepada memberi dan menerima. Takpe lah. Cukuplah aku memberi tak harap balasan yang lain selain ganjaran Allah. Walau hati ada sikit cemburu lihat orang lain begitu dan begini. Kebahagian itu kan lain lain. Cukup dulu kebahagiaan ini. Ini dulu yang Allah kurnia.

Nikmat Tuhan mana lagi yang engkau dustakan?
-  Ar Rahman

Wassalam

Saturday, February 21, 2015

Finally, Alhamdulillah

The journey of marriage life begin. Well, perkahwinan secara PJJ ni memang uji minda, fizikal, mental dayatahan semua lah.

Kahwin hujung bulan 3, menjangkau bulan 4 i started TTC. Tak sabau bebenau. Kalau ikut husband kata nak tunggu bila dah dapat duduk sekali baru nak bertiga, but i refused. Umur bukan makin muda,

Masuk bulan 5, kekecewaan di situ. Keputusan permohonan pindah bermula Jun. Akibat kehampaan tak dapat pindah dan kekecewaan bulan yang sudah, secara tak sengaja ternampak tiket flight dan hotel tune hotel murah kat internet. RM18 per night! Murah kot.. Tak fikir panjang terus book untuk dua malam. Tarikh, 27 Feb - 1 Mac 2015.

Well, approaching the date, i am 9 months++ pregnant! To be exact, end of my 38th weeks. Nak pergi ke tak ek tune hotel tu? kalau ikut memang suami balik setiap hujung minggu. Boleh je pergi. tanda tanda nak terberanak pun belum ada lagi ni. ><

Friday, February 20, 2015

helpless



Semalam rasa macam sangat helpless dan useless. Ibu tengah berkemas di ruang tamu tingkat atas. Sikit pun tak mampu ringankan beban. Nampak kain yang belum berlipat bertingkat tingkat. Duduk sila. Boleh bantu yang ini rasanya.

Ambil kain dan mula  melipat. sesekali lentikkan badan. Berdetak tulang belakang. Lipat lagi dan lagi. Tak mampu nak 'bend' ke depan dengan bersungguh sungguh. Pusing padan ke kanan nak ambil kain yang lain. Allahu.. Sakit sendi/otot/tulang? entah. Saya sendiri keliru bahagian mana yang buat saya sakit sungguh dengan pergerakkan yang sikit tu.

Ada rasa nak menitik air mata sebab sangat useless.
Selesai jugak lipat baju. Cuma tak mampu susun susun betul betul.

Nampak baju yang perlu di gosok. Boleh la. Kerja yang tak banyak gerakkan bahagian badan dari pinggang ke bawah.

Tak boleh rasa useless sangat. Emak emak dulu yang duduk tunggu suami balik kerja, sorang sorang jugak. Apa nak merungut sangat.><

Wednesday, February 11, 2015

Simpanan



Ramai antara kita, apabila usia meningkat baru lah nak mula menyimpan. Itu pun kalau ada timbul kesedaran untuk menyimpan apabila usia dah meningkat. Tak ramai yang menyimpan sedari usia kanak kanak. Tambahan pula sebagai orang yang lebih tua, (baca:mak ayah) tak pula mengingatkan anak anak untuk menyimpan dan melabur. Kebanyakkan di 'laburkan' ke arah yang lain.

Amalan menabung dan menyimpan ni perlu dipupuk dari kecil. Budak budak memang lah tak tahu apa apa tentang melabur. Yang dewasa? ibu ayah? Di sini lah tanggungjawab Ibu Bapa untuk memperkenalkan tabungan kepada anak anak.

Cuma kadang kadang saya kecewa dengan ibu bapa yang,

1. Membuka akaun simpanan anak anak. Semua duit raya, duit pemberian kepada anak anak di simpan dalam akaun masing masing. Tetapi apabila persekolahan dibuka, Ibu bapa mengeluarkan wang daripada akaun tersebut untuk 'wang persekolahan' si anak. Mana adilnya? Bukankah tanggungan persekolahan itu TANGGUNGJAWAB ibu bapa itu sendiri? Tak sepatutnya diusik wang anak anak mereka.

2. Tidak membuka akaun simpanan anak anak. Semua duit raya, duit pemberian kepada anak anak di simpan dalam akaun sendiri. Jawapan ibu bapa ini, 'Biarlah mereka buka akaun sendiri bila besar nanti. Duit ni kita guna sama sama. Boleh besarkan rumah untuk kesenangan anak anak. Boleh beli kenderaan yang lebih besar untuk kemudahan pulang ke kampung dengan anak anak. Beli cash. Baru berkat hidup. Daripada berhutang. Bukan dikira ambil duit anak anak. Ini kan untuk kegunaan bersama'. Di mana adilnya? Amanahkah ibu bapa apabila bebas menggunakan wang anak anak yang diberikan oleh orang lain? Biarpun atas dasar 'berkat'? Padahal, sekali lagi, mencari berkat itu TANGGUNGJAWAB ibu bapa itu sendiri. Bukan dengan cara menggunakan duit anak anak.

3. Membuka akaun simpanan anak anak. Semua duit raya, duit pemberian kepada anak anak di simpan dalam akaun masing masing. Tetapi apabila ingin membelikan hadiah atau saguhati kerana mendapat markah peperiksaan tinggi, memberi hadiah kerana berkhatan, wang dikeluarkan daripada akaun anak anak ini tanpa pengetahuan mereka. Anak anak tadi yang menganggap hadiah tersebut ikhlas pemberian ibu bapa mereka tersenyum gembira tanpa mengetahui hadiah tersebut daripada wang simpanan mereka sendiri. Di mana adilnya?

Sungguh saya sedih dengan sikap sesetengah ibu bapa yang pentingkan diri sendiri ini. Bukan hendak menghukum. Tetapi realitinya mereka tidak amanah dengan anak anak mereka sendiri. Atas sebab itu lah, tak ramai yang mempunyai simpanan yang banyak semasa kecil. Kadang kadang ada yang siap berpesan dengan anak anak mereka, "Papa keluarkan wang simpanan kamu sebab nak beli kereta ni, bolehkan? Nanti boleh kita balik rumah Tok Wan selalu", Anak anak kecil ni tahu apa? Mengangguk gembira terbayang wajah Tok Wan di kampung.

Perbualan dengan seorang kawan beberapa hari yang lalu. Berkenaan adik saya yang membeli kereta AXIA baru baru ini.

A : Berapa Harga kereta ni?
Saya : Ada dalam RM30 ribu lebih rasanya. Saya kurang pasti. Tapi adik saya keluarkan wang simpanannya sendiri dalam RM10 ribu.
A : Eh berapa umur adik awak? Dah ada RM10 ribu dalam simpanan. Oh, dia dah lama berkerja ek?
Saya : Eh, tak lah. Dia baru grad tahun lepas. Baru mula berkerja sebagai Research Assisstant Bulan ni. Belum dapat gaji lagi.
A : Banyak nya duit dia. Mana dia dapat?
Saya : Dia menyimpan. Duit tu dari simpanan duit raya tahunan. Duit hadiah. Duit biasiswa yang dia dapat semasa belajar pun dia simpan banyak. 

Kawan saya yang seorang ini agak terperanjat apabila saya memberitahu wang simpanan adik saya yang baru tamat graduasi mencecah RM20 ribu tanpa adik saya mempunyai kerja sampingan sepanjang tempoh belajar. Di ingatkan, Ayah tidak pernah memasukkan wangnya ke dalam akaun kami adik beradik. Kesemua wang simpanan adalah daripada simpanan kami sendiri.

Alhamdulillah, dikurniakan ibu bapa yang sangat menekankan aspek menyimpan daripada kecil. Punya Ibu yang sangat amanah sebagai 'pemegang akaun' simpanan kami sebelum kami 18 tahun. Sebelum buku simpanan bertukar tangan. Punya Ayah yang sangat bertanggungjawab menyara makan, pakai, hadiah, percutian kami 7 beradik. Mungkin keberkatannya daripada situ. Walaupun tak mampu nak memperolehi kereta secara cash dengan alasan 'tak berkat buat pinjaman loan' kata orang, walaupun tak mampu beli rumah besar bertingkek tingkek secara cash, Alhamdulillah saya tak merasa kurang dari segi perbelanjaan sepanjang saya hidup. Mungkin kerberkatannya di situ. Punya ibu bapa yang amanah dan bertanggungjawab dari segi wang.

Nasihat saya, juga pesanan buat diri sendiri. Berbelanja biar ikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Bukan biar papa asal bergaya. 

Bukan sibuk membeli baju harga ratusan ringgit atas dasar, 'malu lah orang lain mampu pakai baju ini'

Bukan sibuk mengikut trend terkini dengan gajet pelbagai. Tapi sebenarnya tidak mampu milik pun.

Utamakan keperluan. Bukan kehendak. 

Followers