0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Monday, March 12, 2012

Solat asas kepada agama.

Cuba periksa semula pekerjaan kita sehari hari. Cek balik apa kita dah buat. Dah cukup sempurna tak agama kita?

*sigh* saya tak rasa saya layak untuk menasihati orang. sedang saya sendiri masih banyak cacat cela. Makin cacat bila yang munkar depan mata buat tak endah.

Petikan Sabda Rasul Allah, As-Solatu imaduddin. Ada orang pernah tanya, ada tak orang nak pergi mencuri, sebelum pergi mencuri, dia pergi solat dulu? Ada tak orang yang sebelum bunuh orang, dia solat dulu? Ada tak orang sebelum berzina, sekali dah masuk waktu, dia solat dulu? Kemudian, dah solat, dia sambung mencuri, sambung  niat nak bunuh orang tadi, sambung berzina. Ada?

MUNGKIN ada. Mungkin ada sebab, solat tu dia buat macam bukan perintah Allah. Solat tu dia buat sekadar 'asalakubuatsudah'. Solat yang dia dirikan tak betul betul lekat dalam hati. Seolah olah kan, dia tunaikan solat sebab 'kena solat' bukan sebab takutkan Allah, bukan sebab Allah suruh. "Aqimussolat wa ayatu zakah" dirikan solat dan tunaikan zakat.

Seorang sahabat yang berpeluang mengunjungi Indonesia bercerita kepada saya. Di sana susah nak tahu yang mana satu Islam, yang mana satu bukan Islam. Muka, nama semua lebih kurang. Tapi, bila beliau singgah solat di surau/masjid beliau sendiri terkejut tengok seorang perempuan yang sungguh seksi dengan rambut berwarna masuk ke dalam surau/masjid dan tunaikan solat. Alhamdulillah masih lagi ingat nak solat kan? Tapi, sejauh mana solat tu bagi kesan pada hati? Macam nak kata, "Aku tak pakai tudung tapi hati aku baik, solat tak tinggal". Seolah nak kata, "Eh, aku lagi baik daripada orang yang pakai tudung labuh, sebab aku pun rajin solat macam diorang jugak"

Iya, saya tahu, solat saya sendiri tak betul. Masih banyak lubang kena baiki. Itu yang diri pun kadang kadang terumbang ambing macam kapal karam. Solat bukan kah sepatut nya menjadi benteng keimanan kita? Kenapa dah solat pun masih nak cari kemungkaran Allah? Kenapa dah solat pun masih tak terusik hati kita yang kita ni cuma hamba Allah yang kerdil dan hina. Allah tu kan, kalau nak ambil nyawa kita, tengah mencuri pun Dia boleh rentap. Tengah seronok berzina pun Dia boleh tarik nyawa dengan pantas. Tengah hulur pisau nak bunuh orang, polis dah tembak dari belakang (ok, pengaruh tv!)

Pernah tak dengar cerita yang seorang tua mati ketika sedang berzina dengan pelacur? Tak pasti di mana dan bila saya terbaca. Tapi nak tunjuk yang Allah kalau nak tarik nyawa tu, bila bila masa je boleh. Memanglah kita tak tahu bila Allah nak tarik nyawa tu. kalau tengah tidur, ajal dah sampai pun boleh mati. Tak ke the least we can do ialah perlu sentiasa berwaspada? Kita bukan hidup macam cerita 'In Time' yang boleh sambung nyawa kalau kaya dan berharta. Bukan jugak macam cerita death note yang boleh pilih siapa yang kita nak nyawa di cabut dan err itu cerita lain, tak kena mengena maaf.

Yosh. Mari perbaiki asas agama kita. Tiang dah goyang, macam mana nak bina rumah yang kukuh dan kuat tak lut kena tiup angin kan? Bila kita solat, kita sepatutnya ada rasa mengabdikan diri pada Allah. Ada rasa kehambaan. Rasa diri kecil. Betul tak? Kalau perasaan macam tu dah ada, sepatut nya lah kita tak buat benda benda yang Allah larang, yang Allah kata haram.

Sama sama baiki solat. Ambil tahu maksud bacaan dalam solat. Setiap bait ayat yang kita tuturkan. Serius boleh menitik air mata!

Pernah tuturkan doa ini?
"Rabbana la tuzigh qulubana.."
Ya Allah jangan kau pesongkan hati hati kami setelah engkau beri rahmat pada kami.

Allah yang pegang hati. Kalau Allah tengah 'jentik' hati kita, terusik dengan keinsafan, why wait untuk terus berubah? Why wait untuk terus buat salah dan silap? Atau nak tunggu Allah pesongkan hati, butakan mata dari Islam?

Kita hamba berdosa. Hari hari ada dosa yang kita buat sedar atau tak. Mungkin kita ada tertinggi suara pada ibu dan ayah kita. Mungkin ada bicara kita mengusik hati kecil mereka. Mohon maaf pada mereka. Itu kalau buat salah dengan manusia. Kalau buat salah dengan Allah?

"Rabbana zolamna anfusana wainlam taghfirlana..."
Doa Nabi Adam tak putus putus sejak di buang Allah dari Neraka.

Jabatan tempat saya bertugas, Alhamdulillah baru mula buat aktiviti tazkirah bulanan. Hati kita pun macam kereta, kena servis selalu. Macam Jumaat yang lepas, seorang Ustaz dari Kuala Perlis di jemput. Menceritakan tentang kerja sebagai ibadah. Beliau berpesan, tekanan dalam kerja itu lumrah. Niatkan kerja sebagai ibadah. Ikhlaskan hati melakukan pekerjaan. Pahala dapat, gaji pun dapat. Kan?

Turut masuk dalam isi tazkirah beliau cerita tentang KPI seorang Muslim, iaitu Taqwa. Seorang Muslim sentiasa mengakui dosa yang dia buat, sedang Iblis tak mengaku dosa yang dia buat. Seorang Muslim bersedih sekiranya dia ada melakukan dosa, sedang Iblis sedikit pun tak rasa sedih. Sebab tu semasa Nabi Adam dihalau dari Syurga, hari hari Nabi Adam tuturkan doa seperti di atas sebab bersedih, sedang Iblis berjalan dengan penuh bangga sambil bersiul siul apabila dicampak keluar dari Syurga.

Seorang Muslim bertaubat apabila melakukan dosa, sedang Iblis sedikit pun tak berazam untuk bertaubat. Seorang Muslim menyalahkan diri sendiri atas kesalahan yang dia lakukan, sedang Iblis sedikit pun tidak mencela diri sendiri. Seorang Muslim yakin yang Allah maha pengampun, sedang Iblis putus asa dari rahmat Allah.

Turut diingatkan supaya semua pekerja mengamalkan sebelum mula masuk kerja, semasa punch card, thumbprint mulakan dengan Alfatihah, dan bila nak balik, habis waktu kerja lafazkan doa yang nabi Adam amalkan. Kita tak sedar, mungkin ada masa kerja yang kita curi lantas rezeki yang kita dapat kurang keberkatan. Itu yang jadi setiap bulan sentiasa rasa duit gaji tak mencukupi. Kadang kadang duit gaji sampai 5 angka pun boleh tak cukup kalau tak berkat. Kadang kadang duit gaji hanya seribu pun boleh cukup anak beranak makan pakai sebab berkat rezeki yang diperolehi.

Lagi saya nak berkongsi, Gagasan taqwa Imam Al-Ghazali, 4421.
4 yang pertama SABAR.
Sabar semasa baut Ibadah
Sabar ketika senang, bukan sahaja ketika susah.
Sabar ketika sihat, bukan ketika sakit sahaja.
Sabar apabila lapang, bukan ketika ditimpa masalah sahaja.

2 yang pertama, TAKUT.
Takut melakukan maksiat.
Takut amal ibadat ditolak

2 yang kedua, DENGKI.
Dengki pada yang punya ilmu, dekatilah mereka.
Dengki dengan orang yang berharta yang menyalurkan harta ke arah yang sepatutnya, doakan lah mereka.

1, Allah. Tak melakukan syirik, dosa dosa besar. Yakin dan tawakal pada Allah.

Mahu ingatkan diri sendiri. JANGAN sekali kali berputus asa daripada rahmat Allah. Bagi orang yang berdosa, Allah akan tetap beri pengampunan. Walau tinggi mana pun dosa kita, Allah akan bagi. Yakin dengan rahmat Allah. Kecuali dosa syirik kepada Allah.

Kalau jumpa orang yang melakukan dosa, jangan hina mereka. Allah tu Maha Pengampun. Siapa kita nak judge mereka? Nak hina mereka? Nanti kalau Allah uji kita jadi seperti mereka macam mana?

Sungguh takda niat nak 'smash' sesiapa. Ini INGATAN DIRI sendiri. Ingatan pada hati yang lalai, biar bila kelak hati terleka, saya ingat saya sendiri pernah berkata begitu dan begini. Wassalam.

Followers