0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Monday, October 27, 2014

Drained

If i am a device with a battery indicator that indicates my motivation, my energy, my passion, the battery level is blinking waiting to be charged.

Terasa macam mayat hidup je. Buat apa yang perlu buat. Takde keterujaan dalam hidup.

Dengan satu demi satu dugaan yang buat diri rasa seolah
"Kenapa kena buat semua benda ni sendiri?"

Rasanya kalau pergi jumpa doctor sakit jiwa dah boleh buat temujanji berjadual dengan dia ni.

Malam tadi terkelip kelip mata basah ini bila sesekali cahaya kilat menerjah tingkap.

Couldn't let my self to sleep until someone remind me,
"Tidurlah, zikir zikir sikit"

Mata basah pejam. Mulut kumat kamit. Tangan usap perut. Seolah pujuk si dia padahal diri sendiri yang perlukan pujukan. Mengiring kiri, mengiring kanan. Susah betul nak lelap.

Life is hard when you are alone. Yes, you have Allah. But i have my limit.

Dan malam tadi jugak tambahan Kak Omey mengomel tentang kejauhan Kulim-Johor yang dirasai. I feel you kak Omey.  Rakan satu kursus KIPA April lalu yang dah ada anak sorang.

Why this is hard?? Why? How?

Mereka yang berpengaruh. yang berada, mudah meminta itu dan ini. Sekali minta untuk tak dihantar ke Sabah Sarawak, sekali tu jugak dapat dipenuhi. Mungkin suami isteri itu yang berusaha kuat.

Dua dua kerja kerajaan. Takde masalah barangkali.

I am off my limit.


Tuesday, September 2, 2014

The special 'pink record book'

11th August 2014

Saya telah diminta untuk 'berpuasa' pada malam 10 Ogos bermula jam 10 malam. Pesanan daripada Nurse semasa call Klinik Desa last week. Nurse kata,
"Isnin ni boleh terus minum air gula. Gambar scan semua dah ada kan?"

GULP. Air Gula? RAMAI kawan kawan berkongsi keperitan masing masing 'menelan' air gula semasa pregnancy. Teringat kesusahan saya 'menelan' ubat cecair aneh yang di berikan doktor ketika dijangkiti UTI tempoh hari. Euwwww... Risau yang saya akan muntah pada hari kejadian. Berdoa banyak banyak agar air gula tersebut not as bad as it is. 

Hari kejadian. Bersiap awal dan tiba seawal 7.30 pagi di Klinik Desa tersebut. Gate pun belum buka lagi. Seorang pekerja pun belum datang lagi. Awal sangat aih.. Teringat masa bawak Ibu untuk checkup di Klinik Kesihatan, pukul 7.30 Ibu dah sampai, pesakit lain pun dah ramai ketika itu. Berbeza dengan keadaan pagi tu. I spent the rest of my 30 minutes calling mom. Selepas penantian yang agak lama, baru lah saya ditanya tujuan saya datang. Masa ni, dah ada dua tiga orang pesakit 'memboyot' mengusung buku pink masing masing.
"Tak lama lagi, aku macam ni lah kot", gelak sendiri.

Pukul 8.30 pagi masih belum di panggil untuk berbuat apa-apa tindakan. Tapi saya dah bagi Antenatal Card daripada klinik Razif kepada nurse. As far as i know, they need to asked me to drink the 'air gula' and wait for 2 hours untuk ambil darah. 'Pukul berapa lah nak siap ni agaknnya'. Dalam 8.45 pagi saya di panggil. Diminta keluarkan IC tapi kebetulan, nurse bertanya nama suami, terus saya keluarkan Kad Kahwin kami. Patutlah it takes hours untuk nurse panggil nama, they have to write down the details for TWO record books. One for me, one for them. Dapat satu komen 'biasa' daripada nurse,

"Panjangnya nama suami..."

Heh, saya senyum. 

Sementara mengisi butiran saya, nurse suruh ke toilet untuk bagi sample urine. NOT for UPT,  dah bawak gambar scan takkan nak UPT lagi kot. Just untuk cek kencing kotor.

Kemudian, ambil berat dan tinggi. Well, i loose weight again. Tak makan dengan betul barangkali.

Selesai isi detail, Nurse pesan,

"Ok, kami akan bagi satu tarikh lain untuk datang dan minum air gula sebab kena puasa tau...."
Saya cepat mencelah,
"Saya dah puasa dari semalam. Minggu lepas saya call sini, nurse dah suruh puasa"

Haha sangat lah best kan, kalau kau datang tercongok dari pukul 7.30 pagi, tiba tiba kau disuruh balik dan datang semula tanpa selesaikan benda yang sepatutnya kan....

Nurse tanya nurse yang lain, sebab hampir pukul 9 pagi. Nurse lain kata,
"Sempat lagi nak minum air gula"

Saya di suruh ke kawasan bilik lain. 4 bekas simpanan darah di keluarkan dan di labelkan. 

GULP. Banyaknya nak kena ambil darahhhh!!!
 Di meja lain segelas air kosong dan sepaket serbuk warna oren di letakkan. Paket tu adalah dalam saiz 125 gram kot. err ke kurang lagi. Kurang periksa.

Nurse terangkan yang perlu ambil darah dua kali pada hari tu. Sebelum minum air gula dan selepas minum air gula. Berdebar.  I hate needlesss!!

Duduk di kerusi untuk menerima 'cucukan' pertama. Sempat bagi tahu nurse,
"Saya takut jarum Nurse.. hehe"

Nurse jawab,
"Ingat saya tak takut? Takpe, ni jarum paling halus"

Nasiblah nada suara nurse tak marah atau menyampah dengan 'budak' besar yang takut jarum ni,

Berbeza dengan orang lain yang takut untuk di ambil darah dan refuse untuk tengok macam mana jarum dan darah masuk dalam tiub picagari tu, saya tak berhenti tengok tindakan nurse satu demi satu. Sejak injection untuk BCG semasa darjah 6 lagi. Khusyuk saya tengok jarum menembusi kulit, terasa sakit sikit, dan macam mana darah merah pekat masuk dalam picagari. Sehingga selesai. 'Tak la banyak sangat' . Selesai prosedur. Now the 'air gula' part. Nurse dah siap bancuh.

"Minum terus habis tau. Jangan minum sikit sikit", pesan nurse.

'Bismillah'

Saya teguk laju. Hmm not bad. Disebabkan air gula saya tu berperisa oren, saya terasa macam pengalaman pahit minum air oren yang terlebih gula semasa hari raya di rumah orang. Dah la masih musim raya.

Teguk lagi. Hampir ke penghujung. Dah mula rasa seolah kebas lidah. Berhenti sekejap. Ada berbaki 1/4 lagi. Sekali teguk, saya berjaya habiskan air gula.

'Not that bad.  Alhamdulillah..'

Nurse arahkan pulak masuk ruang bilik yang lain untuk pemeriksaan menyeluruh. Suruh tanggal tudung dan berbaring atas katil. 
Pemeriksaan kulit kepala, pemeriksaan tangan, pemeriksaan payudara dengan TELITI. (Alhamdulillah, nothing suspicious). Pemeriksaan perut dan akhir sekali kaki.  Obviously, perut tak naik lagi.

Dan seterusnya, the 2 hours of waiting.  Tolak pemeriksaan seluruh badan dan perbualan dengan nurse tentang buku rekod pink, saya hanya perlu tunggu 45 minit lagi. Masih lama. Tapi, perlu tunggu sehingga jam 11 pagi. Nurse sempat bertanya,

"Tak pening? Tak rasa nak muntah balik?"

"tak de pulak"

"Oh, boleh minum air gula lah tu.."

Lepas je nurse cakap macam tu, terus rasa macam nak pening dan rasa macam nak ambil darah cepat cepat dan muntahkan balik air gula tadi. Tapi teringat yang nurse kata tadi.

"Kalau muntah balik air gula tadi, kena datang lain kali pulak. minum lain"

erk.

So, tahan kan.

Sempat tengok gelagat kanak kanak di 'cucuk', baby menangis. Pemeriksaan degupan jantung bayi dalam kandungan Ibu mengandung sarat.

2 hours past. Finally, my turn. 

Sebenarnya masih cuak. Apa yang buat saya cuba untuk kuat ialah, i will experienced more pain after this. a LOT more than this. Kalau sekecil ini pun saya tak kuat, macam mana nak meneran, mengeluarkan my little angel dalam ni? Alhamdulillah. Allah mudahkan saya set minda macam tu.

SOLOSAI. Tangan lenguh lenguh. Jam 11.30 pagi. Saya perlu cari makanan dan makan sesuatu. Bersarapan air gula pada hari tersebut not a good option at all.

But hey, i ve got my self the special pink record book despite of HOURS of waiting. *smile*

So, my dear baby, please be healthy yea. *gosok perut*

Friday, August 22, 2014

P.E.R.T.E.M.U.A.N


Pukul 11 pagi, 22 Mac itu, dengan sekali lafaz saya selamat jadi isteri kepada seorang lelaki yang saya tak sedar pun dia sekelas dengan saya masa di matrik. 
Itu cerita 5 bulan lalu. kejap je rasa, pejam celik. dah 5 bulan.
Well, yang tetapkan jodoh itu kan ke Allah?

Kalau orang tanya, 
"How you met him?" 

My answer would be, 
"Entah. How eh?"

One of the first things i remembered, one girl from his class said this to me, just a random conversation. A pillow talk conversation kinda thing,

"...Akak, kelas kita kan, ada dua orang kita rasa hensem, sorang nama A*** ******* sorang lagi, Mughirah Shubah..." 

Abaikan nama dengan star tersebut. Yang bercakap, dah kawin, yang nama dengan star pun dah kawin. With different person of course. 

Ok sambung. 

Masa dengar statement tu, berkerut dahi. Peliknya nama yang ke dua tu.. 
'i must take a look' 

Gatal gak kau eh? Takkk... Just nak tau.. hensem sangat kewww.. =_=' (pandailah alasan)

Then Allah izin, i get to know who they are. Oh, hensem ke tak? Hmmmm boleh laaa.. boleh laaa... *tangan imbang tara, tarik mulut* Tapi apa ada dengan hensem tu kan?  

And the rest? Tak pernah dah sekelas dengan dia selepas itu. Eh cop. Yeap in Parenting class, which, i don't even have any clue that he was in the same class with me...! Oh, did i tell you yang saya tak pernah kesah saya sekelas dengan siapa. So, yes, dalam kelas parenting yang ramai orang itu, honestly, saya tak kenal semua orang.

Pada mulanya, hanya tau suami saya mempunyai blog. Ketika mula mula baca blog beliau, saya rasa, 
"wow... Englishhhhh!!! Mesti skema ni!!!" 

Itu antara statements yang keluar daripada mulut saya. Trust me. Try reading his blog. The earliest post. Setiap kali baca, rasa kagum tengok macam mana dia susun ayat in english. 

"Hebat dia ni" 

Oh, fyi, my husband is  7 months younger from me, and saya dan kawan kawan sangat rasa rendah diri dengan mereka yang buat asasi selama setahun setengah. Sebab rasa mereka pandai! T-T

Kami yang kurang diberikan rezeki pandai oleh Allah terpaksa bersabar dengan tempoh dua tahun di matrik UIA. Sobs. 

Read his blog but never talk in person.

Terserempak depan depan, saya cepat cepat buat sebok, cari barang dalam bag, bercakap dengan kawan kat sebelah, pura pura bercakap dengan telefon. Well i am pemalu to be honest. Tak percaya? Fine. 

And I do have a realllllly low self esteem. Ok, tu cerita lain. 

Teringat satu kisah terserempak dengan suami di tempat parking kereta engineering. I bet he never remember this. Masa tu saya pulang dari kelas. Alone. Dari jauh nampak kereta kancil biru biru hijau tu masuk kawasan parking and i know it is his. Parking betul betul depan saya yang berjarak 200 meter. Aiseh tak boleh lari. 

Kebetulan tak ramai orang masa tu. Dalam otak sedang buat calculation. Sempat tak saya pantaskan hayunan kaki sebelum dia keluar kereta? Ataupun saya perlu perlahankan hayunan kaki dan biar dia keluar kereta dan pergi ke tempat tujuan dia? In between, dalam laju, saya perlahan. Eish tak keluar kereta lagi. 

Cepatlah keluar... I am trying to avoid you.... Pelik kan? Baca blog dia, komen di blog dia. Dia pun komen di blog saya, baca tweet, replying tweets. Tapi, try to avoid. Well, that is me. Erk i guess, that was me. 

Kembali kepada cerita tadi. I took the second option. Tapi lelaki tadi terlalu lambat keluar dari kereta. Aiseh.. Jarak makin dekat. 

We know each other. Talk to each other, ONLINE. But i don't have the gut to talk face to face with him. Or anyone else i barely knew. Can i say i don't have the gut to talk to any brothers? Pelajar CIE dalam kelas pun ada yang saya tak khatam nama selepas bergraduasi.

Akhirnya, mata kami bertemu... accidentally okay... Tak jiwang tak boleh? =_='

Tak....memang terpandangg. Nak buat tak pandang, dah terpandang. Nak terus tunduk, obvious sangat kau cover. Tapi saya senyum dan cuba menegur. Berbasa basi kata orang melayu cuba berbahasa. 

"Nak pergi kelas ke?" 

Pandai betul soalan. Dah orang masuk parking di kawasan kuliah engineering dengan pakai baju bengkel hijau engineering, lagi mau tanya ka? 

Actually, i don't really get the answer. Tak tahu pun dia jawab ke tak. Sebab i am totally nervous and freak out. 

Yes. He is my husband now. 

Cerita pasal pertemuan, i would say it was a miracle that he found me. Yeap, he found me. Because i am hard to find. ^^ and people usually barely see me~

062xxxx IIUM Engineering

 
Us during MASUM at UUM. Belek banyak kali baru sedar husband ada menyelit dalam gambar. >o<


oh... abang curi masuk gambar saya ek~

Tuesday, August 12, 2014

Nurse advices

Visiting the 'Klinik Desa' For the first time, for my self was a whole new experience for me. I was given the

  • Folic acid
  • Vitamin B complex
  • Iron
  • Vitamin C
  • and SALT


Yes SALT. Aneh, tapi, garam beriodin. Garam sihat lah kot.

Pesanan nurse,

  • Jangan minum kopi, teh air gas atau apa apa yang mengandungi kafein lepas makan ubat ni tau. nanti kafein cancel out the reaction.
  • Banyakkan minum Jus. Tak kisah lah jus beli ke, jus buat sendiri ke.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Banyakkan rehat.
  • Jaga makan. Sekarang, awak makan untuk dua orang. Jadi, awak kena makan betul betul.
  • Garam tu, guna untuk satu family pun boleh. macam garam biasa. Kalau dalam kuah, dah selesai masak, dah menggelegak, letak garam. dah cukup rasa, tutup lid periuk.
  • Kalau nak guna garam tu untuk cicah dengan buah pun boleh.
  • Banyakkan minum susu. Kalau tak boleh minum susu, kita kan ada pil calcium. Tu pun boleh jugak.

Banyak lagi lah nasihat nurse selepas ni. Baby kena sihat sihat dalam ni ye. I will try as good as possible untuk jaga makan. Selama ni tak pernah nak jaga makan betul betul. But now, i am eating for two!



Wednesday, August 6, 2014

Almost a twin

Today is 6th of august. Yesterday was my beloved husband birthday.

Well.. kene mengena apakah dengan tajuk? Yeap. almost a twin.

Reaching our third month of marriage, i learnt that i have UTI. Urinary Tract Infection. Sakitnya Allah je yang tahu. Infected by UTI on the month of Holy Ramadhan. the first week of Ramadhan. Masa jumpa doctor informing about my illness, sempat doctor suruh buat urine test. and first time saya nampak double line tapi yang sangat sangat sangat kabur. Doctor said,

"For me, this is negative"

Hampa sedikit. Kecewa sedikit.

"Hmm. Takpelah belum rezeki"

But i m too eager when the doctor said,

"If awak nak scan sekarang boleh je"

Saya angguk sengih sengih. Semasa melihat dalam skrin. Kosong. hampa. Doktor cakap, dinding uterus tebal. Darah tak turun lagi.

"In 2 weeks, if darah tak turun lagi, kita akan bagi you ubat untuk turun darah"

Saya angguk. Senyum. Tapi hampa.

The next week. UTI makin teruk. Badan rasa seram sejuk. Monday morning, 2nd day of Ramadhan i ve decided to go to another doctor.

Again, this doctor ask me to do Urine Test. Satu untuk check Pregnancy. Satu lagi untuk check level UTI dalam urine. To my surprise, This time, test untuk pregnancy JAUH lebih terang daripada klinik sebelum ni. But still the doctor said,

"For me, this is weak positive. I couldnt say this is positive. and you are supposed on your 7 weeks right?"

And for the UTI level, the doctor gave a quite hilarious response for a doctor i guess,

"Ini UTI awak dah tahap dewa ni"

Berdebar ada, tersengih kera sumbang ada. 'Tahap Dewa'? apakah?

"I ll give you antibiotics yang tak akan harm pregnancy, and please, awak tak boleh puasa 5 hari ni. Drinks a LOT of waters. Air barley... and saya bagi MC untuk hari ni"

Pulang dengan perasaan seram sejuk demam tadi. Balik rumah terus rembat Maggie Asam laksa sebab tiba tiba rasa nak makan something masam. And drinks a LOT of waters sampai rasa nak terkeluar balik. Malam tu badan menggigil. Pinggang tiba tiba sakit. kena makan ubat demam segera ni. But i am worried since i am MAYBE pregnant. Mana boleh aci suka hati je nak ambil apa apa ubat. That night, thanks to kak Ina and Qis, tolong bawakan ke  klinik.

This doctor ketuk pinggang bahagian belakang dan saya dapat rasa sakit yang macam, 'sakit gila'.

Masuk minggu lapan SEPATUTNYA. I went to Hospital bersalin Razif di Klang. Atur temujanji. untuk scan. Berat, blood pressure di ambil kira. semasa sesi 'scan' berlangsung. Doctor cakap,

"Kosong je rahim awak. sepatutnya dah boleh ada heart beat kalau dah 8 bulan. ni takde apa apa ni. Apa kata awak pergi buat UPT sekali lagi."

saya dan suami keluar bilik doktor. saya ke toilet, collect urine dan bagi pada nurse. keluar, duduk di sebelah suami. Mata suami pandang redup, pandangan seolah olah kata, jangan menangis sayang. Terus saya alihkan pandangan. Saya yang nak nangis tengok muka dia. haha

Doktor panggil semula. Terkejut gila gila saya tengok pregnancy test tu dengan dua line dan sangat terang! Pertama kali nampak warna yang terang.

"Mungkin baby awak lambat jadi. Kalau ikut pregnancy test ni, memang awak postif pregnant. Tapi kita tak nampak apa apa bila scan. mungkin baby kecik lagi, tak nampak. You keep going ambil folic acid. datang lagi dalam 2 minggu untuk scan. Masa tu kita akan ukur saiz baby untuk tahu EDD dan umur kandungan"

2 weeks later i couldn't have chance to go to Razif. So, i went to Razif 2 days before Eid. With another Doctor. Actually, i kinda have spotting that week, after my first visit to razif's. Takut sebenarnya asyik nampak seakan akan darah. takut keguguran.

3 weeks from the first visit. hati redha pasrah je kalau doctor sekali lagi kata 'kosong'. Dah pesan kat suami jangan buat muka macam hari tu, nanti saya yang sedih..

 Moment of truth. Doctor letak scanner tu atas perut. husband berdiri di sebelah.
Aik? apasal nampak macam ada dua?

"Oh you have 2 sacs. And you dapat lihat kat sini. ni sac nombor 1, ni sac nombor 2, tapi ada satu sac je yang berisi"

Saya berdebar. Kembar? Tak jadi?

Ni yang dah jadi. Kita tengok baby you dah ada heart beat dah nampak tak tu?

Berapa weeks ni doctor?

Doctor ambil ukuran,
Kalau ikut ni dah 7 minggu 6 hari. Tahniah.

Serius, i cant see clearly the heart beat. tengah baring kan? tgk screen mengiring. tak jelas. But my husband said he sees clearly the heart is beating VERY FAST.

Alhamdulillah. Syukur.

In the car. He hugs me and reminds me to stay positive. and thanked me of course. I am going to be a mother to his kids!

Almost a twin. Well InsyaAllah akan datang. Mana tahu kuasa Allah... =)

Thursday, June 5, 2014

Tiket murah dengan Air Asia

Assalamualaikum and good morning/evening

Today post is about Air Asia AGAIN..  and nope, Air Asia tak bayar sesen pun pada saya. I just want to share this.

Ok. Mari terus kepada point asal. Bagaimana kah saya boleh katakan kita boleh beli tiket murah dengan Air Asia? Begini.

Laju laju klik alamat INI dan cari mana mana penerbangan pergi balik seperti yang saya buat di bawah

Return ticket KL-Bandung pada 30 Ogos hingga 2 Sept 2014

Perhatikan perincian jumlah bayaran yang dikenakan seperti di bawah

Perincian Return ticket beserta haga tambang dan cukai lapangan terbang

Perjalanan KL-Bandung

Perjalanan Bandung-KL


Okay.. Here s the TIPS. Sekarang, cuba klik hari yang sama TETAPI kali ini pilih tiket ONE WAY daripada KL-Bandung dan juga Bandung ke KL seperti di bawah.


Perjalanan KL-Bandung. Nothing Change. Masih RM 209 untuk seorang



Perjalanan Bandung-KL. RM160.36 seorang.

So, my lovely friends, how much is RM209 + RM160.36 ?
RM369.36 so, anda boleh jimat RM13.64.

I have tried this method before flying with Air Asia from KL to Singapore. and i did save a LOT of money.

Maybe awak rasa "eleh... tiga belas hinggit pun berkira"
Err Hello, Air Asia berkira semua benda dengan kita kot.. In fact, if you book for 10 peoples, tak ke jadi RM136.40??

OK bye. selamat mencuba.. ^___^




Wednesday, May 28, 2014

Kek Kukus Coklat Moist

I Love Chocolates and everything about chocolate. Used to crave for Cadbury Choc bar. ToT. Not Anymore. Never anymore.

So, i spent my last weekend with my family and ONE day with my husband. (again ToT)

Since my husband dah ada kat rumah, i just thought why not i bake a cake? Bukannya selalu dapat masak untuk suami.

And i asked Ibu where she put her recipe book and she said,

"Kaklong guna dulu letak mana?"

Erk. Ok. Baik Ibu. I guess i misplaced the book. Then, i try searching the blogs. I cant find the exact recipe. Last option, i am texting makcik jiran yang selalu buat kek ni and she replied me. alhamdulillah.. Yokatta..! Merasa encik Suami Choco Keeki

So, the ingredients;

 Part A - Bahan Kering

  • Tepung - 3 1/2 cawan
  • Serbuk koko - 2 cawan
  • Soda Bikarbonat - 3 camca teh
  • Baking Powder - 3 camca teh
Part B - Bahan Basah
  • Telur - 6 biji
  • Gula - 3 1/2 cawan
  • Esen Vanila - 3 camca teh
  • Air Suam - 1 cawan
  • Minyak - 2 cawan ( i prefer using minyak jagung )
  • Susu cair/sejat - 1 tin
  • Secubit garam

Dan cara cara membuatnya sama macam kek kek yang lain. 
  1. Campurkan semua bahan kering dan ayak. Seeloknya ayak 2 ke 3 kali sehingga semua bahan kering sebati.
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang. Tak kisah pun nak guna gula castor ke, gula icing ke, gula halus ke. Tapi kalau nak cepat gula tu hancur, boleh lah kalau nak kisar halus gula tersebut. Oh tips dari Ibu, buang 'mata' telur untuk mengelakkan kek berbau hanyir telur.
  3. Masukkan esen vanila sebagai penghilang bau telur dan mewangikan kek, masukkan air suam, minyak masak, susu cair, garam dan kacau hingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan pula bahan kering dan gaul sampai sebati.
  5. Jika anda menggunakan loyang, kukus selama 1 jam. Tapi jika menggunakan bekas kek cawan, hanya mengambil masa 10 - 15 minit.
  6. Dah siap, boleh buat topping chocolate ganache atau coklat cair. Nyum!
Selamat mencuba. =)


yang ini version cupcake saiz mini. tak sempat nak ganache bagai, dah selamat sampai perut.

Dan Kek jadi extra sedap sebab ada encik suami tolong ayak, tolong gaul sebati, tolong masuk dalam loyang, tolong masuk dalam mini cup cake. Eh, overall suami buat. Isteri Chef bagi arahan je. ^^ Thanks sayang. ~chu

Monday, May 19, 2014

I am officially a married woman

Alhamdulillah.

Bunga tangan felt buatan sendiri. Siapa mahu, boleh order ;b
I am a wife now.

Sekali lafaz. Tak tahu berapa kali suami 'prektis' lafaz tersebut.

Perasaan aneh yang entah sukar ditafsir.

Pandang suami yang sedang baca lafaz taklik.

"Seriously? he is my husband Now? I am married?"

Dan soalan itu terus menerus keluar dari mulut sehingga saat ini. Sungguh, tak tipu!

"YES. You are married!"
Minda sedar berbisik kuat.

Alhamdulillah. Punya keluarga baru yang ceria gembira. Sekelip mata Allah kurniakan sepasang umi dan abah, dua orang abang, dua orang kakak ipar, lima orang adik lelaki, seorang adik perempuan, empat orang anak buah, dan saudara mara yang lain.

Sekelip mata, insan yang dulunya di panggil 'makcik', 'pakcik' kini menjadi ummi dan abah sendiri. Dan hubungan dengan ummi abah ini akan kekal sampai bila bila. InsyaAllah.

Saat memeluk Ibu dan Ayah, hati tersentuh.
"Saya bukan bawah tanggungan ayah lagi"

Ibu, ayah, terima kasih atas segalanya. Terima kasih laksanakan majlis walimatul urus ini.
Ibu ayah lah orang paling gembira dengan penyatuan dua hati ini. seperti yang saya beritahu pada kawan kawan,
"Ini bukan majlis aku, ini majlis ibu ayah aku"

Mereka gembira. Saya turut gembira. InsyaAllah. Redha Allah, redha ibu bapa kan?

Alhamdulillah tiada permintaan 'pelik-pelik' sepanjang majlis berlangsung. Eg: tepung tawar.

Baling gula gula pun tak dibuat. Entah. saya kurang setuju aktiviti 'baling makanan' macam tu. Mungkin sebab tu, Allah izin, semua orang terlupa untuk 'menyuruh' saya dan suami 'baling makanan' pada hari itu. Walaupun gula gula banyak di rumah. Alhamdulillah.

Mak andam pun tak banyak kerenah bila saya terlalu banyak songeh. hehe
"TAK NAK potong kening"
"TAK NAK bulu mata palsu"
 - "Nanti tak lawa la Far, kalau tak pakai bulu mata palsu. Kenapa tak nak pakai?"

Saat tu saya jawab,
"Berat la nak pakai.Suami tak bagi.Ibu tak bagi"

Sesungguh nya ingin saya menjawab,
"ALLAH tak bagi"

Sedang memanjangkan rambut, (baca:pakai rambut palsu) pun Allah larang kan?

Kata kata Ibu, Ayah, Umi, Abah buat diri rasa,

"Allah, sayang nya kau pada hambamu yang hina ini"

Ayah Ibu kata,

"Alhamdulillah Long.. Lancar majlis hari tu. Dari takde elektrik, ada elektrik balik. Dari takde air, elok je air tak putus sepanjang majlis. Cuaca elok. Alhamdulillah. Mana tahu berkat duit kaklong bagi Ibu Ayah tiap bulan. Berkat duit gaji yang dizakatkan..."

Umi Abah kata,

"..awak pilihan Allah untuk suami awak..."

Allah.. TERASA besar tanggung jawab amanah Allah. Allah yang pilih. Sungguh. Perlu punya rasa seperti itu. Biar nampak tanggungjawab Allah bagi ni besar. Biar nampak yang perkahwinan ini bukan perkara main main. Biar nampak Allah tetap sayang walau apa yang terjadi.

Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. mana mungkin kita dapat menandingi kasih sayang Allah. Walau macam mana Hambanya berdosa, Allah masih beri peluang bertaubat. Allah masih beri peluang mohon ampun.


Thursday, May 1, 2014

Ceritera itu

Unfortunately, the day after our marriage was not a 'fertile' day i would say. i just had my period  3 weeks before my marriage.  So, boleh paham la fertilization tak akan berlaku. Only if Allah will. Dah beritahu husband, tapi husband kata,

"Mana tahu Allah izin.."

betul jugak tu kan?

So, i should have my period at the end of that month, but nothing. Sehari, dua hari, tiga hari. Diri ni dah panik bercampur happy. Tapi.. "Takkan la..." dok bisik kat diri hari hari. Genap seminggu lewat. Whatsapp kawan kawan, tanya mereka adakah normal untuk mereka miss period after kahwin. 2, 3 orang kata "yes.. memang period lambat. Tapi period lambat je. Tak pregnant pun". Maka saya pun macam, "Oh.. normal lah macam ni"

Tapi the 'tak sabar dan gelojoh tak reti bahasa' me ni melampau tak tahan bermain dengan hati pergi beli UPT. Check, and result negative! Memang patut pun negative kan? So, tenang balik. masih menunggu. Dan tunggu. Masih belum period. Tanda period pun takde.

Di takdirkan menghadirkan diri ke kursus di genting Highland. Semasa kursus, juga masih belum period. Tertanya tanya dalam diri. "Apsal lambat sangat period? sakit ke?" Akhirnya saya beli sekali lagi UPT dekat 7E berdekatan. Dan result sekali lagi negative!

Tahu tahu, keesokkan harinya saya period. So, there's go my bunting pelamin hopes. Haha nak buat macam mana kan. Dah tarikh kawin tarikh tak subur.

So, for the second month, we are still trying. Masih ada seminggu before period start. Tapi debar saya macam dah seminggu tak datang period. Hmm what if ... my period did come and i will have MAJOR heart break...!

So let us just pray and hope for the best..

Perasaan? Entah, rasa debar je pun. Maybe debar yang biasa. Tak tahu lah. Tiada rasa loya atau cramp perut atau apa apa tanda orang pregnant. i started to lose hope. Entah, masih belum terasa. Atau sebenarnya takde isi pun.


-updated-

Haha got my period for the second time in our marriage and i was crying like it is the end of the world! 

Monday, March 31, 2014

22 Mac 2014


Sabtu, 22 Mac 2014

Awal pagi bersiap. Cuci tangan yang penuh inai. Alamak! inai tak terang sangat. Sekalut riuh rendah di luar rumah orang rewang tak putus-putus dari semalam, sekalut itu jugak lah saya pantas 'calit' inai mekah jenis tube ke jari.

Cikgu Salwana selaku mak andam hari tu sampai. Dalam hati, berdoa, jangan lah dia mak up tebal tebal. Dah dalam family takde yang ada seni makeup. Maka ambil je lah pakej dari Cikgu Sal. Dan for me, pakej Cikgu Sal dah kira sangat murah kot. Pelamin + 2 kali make up + sepersalinan baju reception berserta accessories = RM1200. Emm ke rasa sendiri je murah kot. Entah

Sejujurnya, saat rombongan pengantin lelaki dah memenuhi ruang tamu, saya masih belum bertudung. Dalam erti kata lain, tak siap lagi!! Maka, kelam kabut sarung tudung. Demand pula mahu pakai tudung ikut keselesaan sendiri. Semasa menghadap cermin, terkejut lihat 'kegarangan' wajah yang dah memang garang secara semula jadi itu. Wuuu Cikgu Sal~ *nangis*

Muka garang macam nak masuk kelas mengajar kelas 'Gokusen'


Keluar bilik saya kalut sendiri lihat dulang hantaran tersusun. Orang ramai memenuhi ruang rumah kecil kami. Kak Bucu selaku photographer kerap berpesan, "Senyum tau Fana, senyum nampak gigi". Atas kerana itu lah banyak gambar saya seperti 'menyeringai' dari kak Bucu. Maafkan saya.

Ok. Kejadian seterusnya.. Er.. boleh tak nak kata, saya macam 'blackout' sepanjang majlis berlangsung. Macam hilang fokus. Macam, "Erk kenapakah aku di sini?"

Dari jauh kelihatan Ibu, Ayah, Umi dan Abah serta keluarga yang lain.
Umi Abah dan adik adik

Saya lihat lelaki yang bakal jadi suami seumur hidup saya itu segak berbaju Melayu ( cheh, ayat, cliche sangat). Saat beliau lafazkan setiap baris ayat, saya dengar dengan khusyuk.. dan akhirnya, jam 11.40 pagi saya bergelar isteri kepada lelaki itu. Alhamdulillah Syukur.


Lelaki itu
Baju nikah saya dijahit oleh makngah kesayangan. Kain Lace beli dari Bandung dan kain satin itu dibeli last minute oleh Ibu dan adik beberapa minggu sebelum majlis. Shawl? Hasil ehsan Cikgu Sal. Alhamdulillah Cikgu Sal bagi pinjam. 

Adik saya menegur, ( adik yang duduk disebelah kiri saya )

"Apalah, Kaklong, baju takde beads langsung"

Takpelah. Banyak sangat nak pikir selain beads di baju ni.
Jangan tanya kenapa saya 'menyengih' sepanjang majlis.

Ahad, 23 Mac 2014

Atas kehendak keluarga, majlis resepsi di adakan pada hari Ahad keesokkan hari. Warna pilihan hati, Dusty Blue. Baju sewa dari MIMOSA ANDAMAN. Dan saya sangat suka setiap details dan perincian. Simple but not that simple. Tudung? Saya berdegil meminta Cikgu Sal mencari kain berwarna biru yang sama dengan kain shawl yang saya ada. Tak cukup degil saya menambah, "Cikgu, saya nak shawl tu mesti di potong begini ye". Cikgu turutkan. Alhamdulillah. 

Busana pada hari kejadian

Kali ini, saya mengingatkan Cikgu Sal, "Cikgu, jangan 'garang' sangat macam semalam ye?"
Dan hasilnya, Alhamdulillah. walaupun masih tak dapat 'sorok' muka yang semula jadi garang itu. Sekurang kurang nya ,tak lah terlalu garang. >o<



So, dou? 

TERLALU ramai yang hadir hingga kami tak sempat nak bersalaman seorang demi seorang tetamu yang hadir. Malah, tak dapat nak meluangkan masa dengan tetamu. Tetamu tak putus putus kunjung. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur ya Allah.

Jam 4.30 petang melarikan diri ke Park Land untuk lengkapkan pakej ( if you know what i meant)





Penat. Tapi syukur sangat. Doakan rumah tangga kami berkekalan hingga jannah. Cliche lagi? Memang itu yang kita semua mahu kan?

BTW, kami ambil pakej shoot and burn. Kak Bucu cuma edit beberapa gambar dan bagi selebihnya dalam pendrive. Dan saya sendiri yang design photobook kahwin. Guna pakej yang dijual di groupon untuk buat photobook. SERIUS berbaloi baloi. Tapi ambil masa sikit la.

Tuesday, January 21, 2014

Addicted to Air Asia In Flight Menu

Holiday trip to Bandung and Jakarta last year was the first time i tasted the Air Asia in flight menu.
Perjalanan ke Bandung bertolak dari LCCT pada jam 6 pagi (more or less). Perut masing masing menyanyi riang lagu "Selamat Pagi malaysia". Ok. tipu. 

But since we already booked our breakfast, we managed to avoid the hunger in the 2 hours flight to Bandung. (hunger la sangat =_=)

So, we ordered Pak Nasser's nasi lemak. 

Images from air asia web site. 

So the taste.. Hmm quite okay.. ( Since we are hungryyy). We finished our Nasi Lemak in no time. Of course my mom's Nasi Lemak is the best Nasi lemak in town.. hehe

So, after that flight. i am craving for more Air Asia In flight menu, So, i order something  when i am going home every weekend. 
(Maaf orang sebelah asyik ambil bau je ~_^)

So, the second meal i am having was, Nasi Minyak Palembang ala Farah Quinn courtesy of my friend, Sarah. Dalam bahasa mudah, my friend, Sarah bagi rasa how was the nasi minyak tasted like. Sarah can't finish her meal. She said, it was a lil bit bitter for her.

With the courtesy of my cousin, Nadia, i also tasted the Spicy Tuna Wrap. The portion is small and most likely wont satisfied your hunger. Haha


The next meal i tried was during the Air Asia Promotion, The Prosperity Combo (Sweet & Sour Fish Rice,Pineapple Tart & Orange). The taste? Hurmm Delicious. But SOUR. Maybe sebab Chinese New Year, maybe that is why it tastes the sourness of limau mandarin. ( haha suka hati je)


The combo comes with a bottle of Minute Maid Orange and SUPPOSE a pineapple Tart. But maybe they don't have the pineapple tart, instead they are giving me a small bar of Kit Kat Chocolate.

Then, i tried the Roast Chicken with Cream Sauce. So far so good. You can't expect a 5 stars meals in a flight didn't you? I love the chicken with the cream sauce. So do the carrots, Pumpkin, broccoli and potatoes. but the vegy are sooo under cooked.


The latest meal i tried is the Ginger Fried Rice with Vegetarian Chicken(V). To be honest, for me, this the the most unfavorable meal so far. Eating the fried rice and you can taste the ginger right away. while cutting the 'chicken' i was like.

"Eh lembut nya ayam ni. Kenapa macam ayam yang rosak? Macam ayam dah lama?"

So i checked the package again, VEGETARIAN CHICKEN! How can a chicken meal becomes VEGETARIAN? So i read the ingredients, it says, Soya Drumstick..!  So, it is actually an imitation of a a drumstick.

Despite of its taste (rasa yang pelik, sebab tak pernah makan ayam tapi vege),  i managed to finish the meal. ( dah bayar kottt)




So, here you go my food review for now. will be updating more IF i taste other dishes on board.
Sebenarnya dah rasa malu sebab orang sebelah asyik dapat bau je. Wuu I am so sorry. My flight from Kuala Lumpur to Alor Star is at night, and usually arrived home at 10 pm. i am tooo tired to stop for dinner ( n too tired to cook ^_~)

So, what meal should i try next?

psst, I have been eyeing for their Mee Goreng Mamak, Chicken Rice and Bukhara Chicken Briani.. wee 

Here you go my food review. As you can see, i try not to critics the foods given to me, (even though i am paying for it) as our beloved Prophet Muhammad (PBUH) never criticized any food that was offered to him. Whether he likes it or not. (one of the many good examples of him that we NEED to follow) READ

Pre-Book Flight with Air Asia

Assalamualaikum and Hello!

It s been a while. ( Asyik mula ayat ini je =_=")

So, right now i am in the middle of booking flight tickets. YES with an S. Currently i m going home every weekend! EVERY. ( To settle everything down)

Here's my question, have you ever been in this situation?

You want to book Air Asia flight ticket, you finally manage to get an AWESOME promo price. BUT unfortunately, you don't have enough credit in your CIMB Click account or you don't have any credit card near you. 

Follow this simple steps. ^-^

First. Log on to Air Asia Website. It will be easy if you are a member. Type in details for the flight you want.





For example, 


i choose return ticket from Alor Star to Kuala Lumpur on 7th Feb to 9th Feb. 
(FYI, the price on 7th Feb i checked this morning is RM87, but suddenly... it becomes RM29 !! There's a HUGE difference!  ^__^ )


So proceed to the contact details, Guest Checked Bag (and usually i click No Thanks), travel insure (usually avoid this and did not take the travel Insure). Cheh yakin je.. Takpe.. Allah ada jaga kita. 

Click Cancel


Click OK

Then, Continue. Ouh, Untick the check box. Accidentally checked it. Sorry.

Skip seats allocation since it does not matter much where your seating is. You will be charged if you want to choose the seat you want.




Ok, now, let's pay. ( remember, in this case you don't have any money online )


Check the box under the REVIEW AND PAY.

Then, Choose Direct Debit Tab and Click CIMB. The page will navigate to CIMB Click web site so that you can enter you username and password.


Now, Do not enter any details, and close the window!

Re open Air Asia Website. Click Manage booking. You can see your pre-book ticket (the highlighted one)  is on the list. ^_^



Click on modify.

As you can see, the status is NEED PAYMENT. The website will hold the booking for 2 hours ( i f i am not mistaken). At the very least, you can call your friends of families to borrow their money *giggles*. and at least you can go to the nearest bank to bank in some money into your CIMB account.

AS easy as that..! =)

Ouh. Air asia is now charging RM4 per payment if you made payment using CIMB click.
You will be charged RM8 per flight if you are using credit card.

The ONLY way you will be charged without the processing fee is using VISA BIG CARD.
If you don't have BIG Card, apply one, now! 

I am reloading my big card now to pay the amount due. Butm. It keeps saying "System failure". Uff!

Happy trying..!



Tuesday, January 7, 2014

Salam

Banyak entry nak tulis tapi asyik tertangguh.

Nanti lah Bandung Jakarta trip.

Sedikit pesanan kalau nak beli barang barang yang kene mengena dengan perkahwinan.

Kalau boleh jangan pergi dengan parents korang. Bukan nak ketepikan mereka. Bukan tak mahu tanya pendapat mereka. It just that, eventually, budget you akan lari. Trust me.

Antara sebabnya. Kalau you memang ada cukup cukup budget, mesti you akan survey dan buat research kat internet pasal sesuatu yang you nak beli tu. So, you nak beli something yang simple. Tapi your parents tak de la research kat internet pun pasal tu. Apa yang mereka pernah nampak tu, hat dekat TV yang retis retis kawin. Tu yang hat jiran sebelah rumah kawin grand tak hengat. So, apa yang ada kat minda mereka ni nak yang macam mana diorang nampak. Sedangkan, kita boleh buat dengan cost yang jauhhhh lagi murah daripada mak cik jiran sebelah rumah.

So, kita pun cadang, Nak beli itu, beli ini. cukup budget kita. Then parents kita akan kata, "Takkan lah nak macam tu... Mana ada orang buat macam tu... Tak sesuai lah macam tu...". dan dalam hati parents kita pun mula lah berkata kata, "Kesian anak akau takde budget. Tak cukup duit" DAN parents kita pun lantas berkata, "Beli je lah yang ini" sambil tunjuk sesuatu macam makcik jiran sebelah buat yang harganya out of your budget. Kita menggeleng laju sebab well, lari budget kot.. Lantas lagi parents kita cakap "Takpe, ini kami bayar kan." Ok.. Memang la "weyh best weyh dapat barang mahal tapi tak payah keluar duit sendiri" Tapi malu kot dari kecik sampai besar mak ayah sara. Takkan sampai kahwin pun mak ayah nak sara?

Banyak hati kene jaga sepanjang proses 'ini'.
Mereka nak yang terbaik untuk kita.
Mereka nak yang tercantik untuk kita.
Tapi kita nak cukup untuk budget kita.
Kita tak nak lari daripada budget kita.
Kita banyak nak guna duit after majlis nanti

sobs

Padan muka. Kawin lambat lagi. Tak pasal pasal wedding adik sedara yang lepas jadi pengukur aras. I knew it! I know this gonna happen.


Followers