0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Tuesday, January 7, 2014

Salam

Banyak entry nak tulis tapi asyik tertangguh.

Nanti lah Bandung Jakarta trip.

Sedikit pesanan kalau nak beli barang barang yang kene mengena dengan perkahwinan.

Kalau boleh jangan pergi dengan parents korang. Bukan nak ketepikan mereka. Bukan tak mahu tanya pendapat mereka. It just that, eventually, budget you akan lari. Trust me.

Antara sebabnya. Kalau you memang ada cukup cukup budget, mesti you akan survey dan buat research kat internet pasal sesuatu yang you nak beli tu. So, you nak beli something yang simple. Tapi your parents tak de la research kat internet pun pasal tu. Apa yang mereka pernah nampak tu, hat dekat TV yang retis retis kawin. Tu yang hat jiran sebelah rumah kawin grand tak hengat. So, apa yang ada kat minda mereka ni nak yang macam mana diorang nampak. Sedangkan, kita boleh buat dengan cost yang jauhhhh lagi murah daripada mak cik jiran sebelah rumah.

So, kita pun cadang, Nak beli itu, beli ini. cukup budget kita. Then parents kita akan kata, "Takkan lah nak macam tu... Mana ada orang buat macam tu... Tak sesuai lah macam tu...". dan dalam hati parents kita pun mula lah berkata kata, "Kesian anak akau takde budget. Tak cukup duit" DAN parents kita pun lantas berkata, "Beli je lah yang ini" sambil tunjuk sesuatu macam makcik jiran sebelah buat yang harganya out of your budget. Kita menggeleng laju sebab well, lari budget kot.. Lantas lagi parents kita cakap "Takpe, ini kami bayar kan." Ok.. Memang la "weyh best weyh dapat barang mahal tapi tak payah keluar duit sendiri" Tapi malu kot dari kecik sampai besar mak ayah sara. Takkan sampai kahwin pun mak ayah nak sara?

Banyak hati kene jaga sepanjang proses 'ini'.
Mereka nak yang terbaik untuk kita.
Mereka nak yang tercantik untuk kita.
Tapi kita nak cukup untuk budget kita.
Kita tak nak lari daripada budget kita.
Kita banyak nak guna duit after majlis nanti

sobs

Padan muka. Kawin lambat lagi. Tak pasal pasal wedding adik sedara yang lepas jadi pengukur aras. I knew it! I know this gonna happen.


No comments:

Post a Comment

Followers