0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Thursday, February 25, 2016

My ayah

Ayah memang tahu that i love cendol so much.

Satu malam, masa tengah basuh pinggan, ternampak jug berbekas cendol.

Dalam hati terdetik,

'wuuu dorang (ibu dan ayah) makan cendol ke tengah hari tadi... tak ingat aku punnnn'

Tapi tak la sampai tahap nak 'tacing'. Saje la nak buat gedik kat ibu ayah kejap lagi. I m the eldest but i m the 'manja'. Dah ada anak pun manja lagi!

Tiba tiba ayah ke dapur, bukak peti ais, keluarkan satu gelas besar cendol.

'nah,ni tinggal untuk kaklong. Tadi tengah hari ayah beli cendol...'

Waaa seronoknya ayah manjakan walau umur dah nak masuk three seriesss!

Thanks ayah!

Persoalan nya, sejauh mana pulak kita ingat ibu ayah kita masa tengah makan?

Pendidikan melalui teladan

Kita kata, pendidikan melalui teladan.

Kita kata, anak murid kita begini dan begitu. Ada sahaja yang kita komen.

Kita kata, kena adakan konsep 'greening' dalam pembelajaran anak anak kita. Konsep 'greening' kat sini tak bermaksud suruh anak anak kita tanam pokok. Kalau dalam bahasa Malaysia nya,kita nak konsep kelestarian ni ada dalam diri anak anak kita.

Contoh paling mudah, nampak sampah, kutip. Tak kira lah siapa punya sampah.

Contoh lain, tak perlu nak beritahu beratur, kita beratur. Tak potong barisan. Tak potong parking.

Contoh lain, rak kasut dah ada, tapi kasut tetap bersepah sepah tempat pintu masuk.

Benda basic yang kita rasa macam, 'alah....' itu je pun.

Tulis terang pada pintu, laluan pintu itu untuk pensyarah sahaja. Tapi kasut bersepah di luar. Husnuzon? Hmm nak kejar ke toilet barangkali. Tak sempat nak susun kasut.

Begitulah, kita nak didik anak anak kita. Tapi kita tak tunjuk contoh. So how?
Jom lah ubah diri. Malu weh dah tua nk kena di ajar akhlak lestari ni.

Thursday, February 18, 2016

Cermin Mata mama

Pagi tu mood aku macam down sikit. Selalu rasa macam tu kalau rasa orang tak faham aku. DAN bila aku serabut dengan banyak benda. Suami selalu pesan suruh deal satu satu supaya tak serabut. Tapi aku tak boleh.

So, sebab mood pagi tu ke laut, aku keluar kereta, capai bag laju jalan nak masuk building. Menyusuri tangga, aku naik balik. Terlupa kad access ke ofis. Heish. Aku patah balik ke kereta. Sarung kad kerja di leher. Perasan cermin mata yang aku sangkut dekat kad kerja tu. Aku betulkan kedudukan supaya tak jatuh. Dalam hati mengomel lagi.
"Tadi drive pakai kan senang. Pakai terus. Ni la masalah bila tengah drive kena tanggal spek"
Asyik tahu nak salahkan orang je. Ye lah, mood tengah tak best tadi.

Aku terus jalan. Tak terkejar masa pun. Masih ada kurang 20minit lagi sebelum pukul 8. Naik lif, aku berkerut. Fikir masalah lagi. Masuk ke ofis, aku tercari cari cermin mata tadi. Ah sudah. Mana pulakkk

Aku keluar dari ofis berjalan ke sekitar lif. Aku agak mesti jatuh dekat area sini. Dalam hati buat relax. Tapi sebenarnya dok risau. Cermin mata tu hadiah suami masa pregnant dulu. Husband ada sikit fetish dengan orang pakai spek. Jadi aku kata,
"belikan lah.."
Walaupun sebenarnya aku memang rabun dan pakai spek dari darjah 1 power 400. Sekarang power dah kurang jadi 150 dan aku tunjuk power taknak pakai spek selalu.

Balik cerita tadi. Aku risau spek hilang. Patah. Pecah. Baru lagi.. setahun lebih kot. Takkan nak beli lain. Dah siap dapat bayang suami merajuk. (walau aku tau rajuk dia tak lama. Hehe)

Masih buat relax. Rasa nak announce satu building.
"siapa ada jumpa spek sayaaa?"

Tapi bangunan 9 tingkat. Kau ingat kau siapa?

Nak tanya kakak cleaner. Hmm.. kacau pulak. Ramai kot kakak cleaner. Aku masih buat relax. Siap boleh pergi breakfast, bergelak tawa dan pam susu pagi tu.

Pukul 10.30 pagi masa aku menghadap komputer aku jadi tak keruan tengok skrin komputer. Rasa kurang jelas. Kurang feel nak pandang. Terus aku capai kunci kereta dan kad access kerja. Berjalan ke arah lif dan terus ke arah kereta sambil mata melilau pandang lantai keliling.

Jalan ke tempat parkir kereta berbatu batu. Aku doa dalam hati.
"Kalau jumpa dah patah pun takpelah.. please jumpakan balik"

Sampai di kereta aku intai keliling. Takde. Intai dalam kereta. Takde. Hmm frust. Patah balik ke bangunan dengan hampa. Masa nak patah balik. Aku terpandang objek tak asing di antara dua bijik kereta yang di parking depan kereta aku. Spek aku..!

Elok terletak kat atas batu batu. Tak calar tak kena pijak. Masih rezeki aku guna spek ni.

Terus aku pakai dan naik ofis buat kerja. Barang husband beli, mahal ke, murah ke.. wehhh orang belikan kotttt. Gila tak hargaii? Kalau pecah rosak pun, entah entah aku simpan bingkai.

Tuesday, February 16, 2016

Pregnant journey

When you got pregnant, that is the most remarkable moment in your life. The experience, the pain, the joy. Everything combined as one!

Aku sendiri hingga kini tengok sikecil tu bermain main dah mula nak melangkah, rasa ajaib. Betulkah ini yang aku usung 38minggu 6 hari? Yang teman aku sedih gembira bersendiri di Perlis dulu..? Dan kini dah nak mula melangkah? Cepatnya.

Mengandung perlu kekuatan. Fizikal dan mental. Sokongan. Masa mengandung manja? Jangan layan manja tu? Jangan layan malas tu? Kadang bukan malas. Hormon semua tu. Kadang seolah kau tak nak berjumpa siapa siapa. Dan kau kata, "Alah.. aku dulu rasa malas jugak, tapi aku paksa, boleh je". Jangan bongkak puan. Mungkin puan lupa rezeki Allah lain lain. Ujian Allah lain lain. JANGAN sesekali samakan keadaan diri kau yang mudah dengan orang yang susah.

Teringat payahnya keseorangan dulu. Selalu menangis. Suami jauh. Keluarga jauh. Bila ingatkan semula, terasa aku superwoman.

Di usia kandungan 31 minggu, air ketuban keluar. Bukan semuanya. Doktor kata, bocor. Aku pandu kereta sendirian jam 10 malam ke Hospital Kangar. Tak sanggup susahkan kakak housemate yang baru balik dari misi banjir di Kelantan. Suami pula baru pulang ke Johor siang tu. Tak sanggup susahkan suami untuk ke Perlis sekali lagi.

Maka aku sendiri lapor diri. Dan sendiri admit ke ward bersalin. Doktor cek bukaan dan mengesahkan memang air ketuban yang mengalir keluar. Bukan air kencing. Tapi masih tiada bukaan, tiada contraction. Kandungan air ketuban pun masih cukup walau dah berkurang. Kata doktor,
"kalau air ketuban kurang, awak kena induce atau bersalin secara czer"

Gerun dengar. Aku doa supaya air ketuban tak keluar lagi. 3 hari di tahan. Ibu ayah datang straight dari selangor. Risau kan aku. Risaukan cucu sulung mereka.

Cemburu jugak, takde suami tolong jaga di hospital. Mujur Allah bagi kelonggaran masa untuk ibu dan ayah.

Hari discharge, ibu dan ayah dah di kereta. Nurse suruh bayar dan ambil ubat di farmasi. Dan jarak ke farmasi itu jauh. Bagi orang yang dah memboyot 8 bulan terasa jauh. Hujan baru lepas turun membasahi lantai.
"Hati hati dik, lantai licin"
Tegur mak guard. Alhamdulillah. Baik baik orang perlis ni.
Selesai urusan aku ke wad semula. Nurse terkejut bila dapat tahu aku pergi ke farmasi sendiri.
"La.. suami mana?"
Aku menangis saat tu tak tertahan. Nak menyebut 'JOHOR' rasa nak tersekat nafas. Hilang dah malu depan nurse kat situ. Terus nurse simpati dan minta maaf.
"Apsal tak bg tau, kami boleh tolong.."
Takpelah kakak nurse. Dah selesai. Aku kena kuat. Lepas baby lahir kan aku perlu lebih kuat?

Alhamdulillah aku tak sempat terberanak masa tu. Allah mudahkan. Sambung cuti dan kembali semula berkerja sehingga minggu ke 38.

Orang yang tak melaluinya takkan pernah faham. Baru berkahwin dan suami kena outstation dua tiga hari pun kau dah mengeluh kan? Aku pernah tak berjumpa suami sehingga 21 hari. Tapi ada yang lebih susah dari aku. Aku tak kata aku dah cukup susah. Suami aku bukan kerja minyak dan gas di pelantar gaji puluhan ribu.

Suami tak dapat nak lihat sepenuhnya susah aku masa mengandung. Bukan dia lihat aku hari hari. Masanya hanya pada hujung minggu. Memang hujung minggu aku manja semanjanya dengan suami.

Dihujung kehamilan, kaki kerap cramp kan? Kalau seorangan di Perlis, mengalir lah air mata aku tahan cramp malam malam. Kalau hujung minggu, suami akan urutkan sampai cramp hilang. Sakit pinggang dan belakang malam malam pun sama. Tahan lah sendiri.

Ramai di Malaysia ni yang PJJ. Ada yang sampai terpaksa tinggal anak dengan mak bapak di kampung sebab kekangan lain. Anak kembar contohnya. Allah. Kuatnya mereka.

Aku harap debgan sangat. Doa sungguh sungguh. Jika dikurniakan Allah adik kepada Imran. Biarlah suami merasa peluang itu kali ini.

Saturday, February 6, 2016

Brownies requested by Mother in Law

Chinese New Year kali ni 'celebrate' kat rumah in laws. Lama nya tak balik. Lepas ni boleh balik selalu. Hurraaahh..

Sampai rumah in laws, mother in laws belanja makan brownies. The 'gila coklat' me, melantak sampai 3,4 potong brownies. Haha jangan pelawa aku makan coklat. Nanti aku makan semakan makannya..!

Kemudian mother in laws kata,
"fana nak buat? brownies ni mudah je. Bahannya... (sambil sebut bahan satu persatu). Aku cuba tangkap dengan memori je. Tak catat, tak tanya bahan.
Petang tu di jusco aku dan suami beli bahan. Tak  cukup lengkap sebenarnya. Sebab Umi nak coklat Berryls. Tapi ada coklat masakan nona je. Jadilah, daripada takde.

So, balik tu mulalah aktiviti membaking aku. Rindu baking sebenarnya. Sejak dah ada anak, dah lama tangan tak ayak uli main tepung. Anak, bagi papa dan uncle nya jaga. Sekali sekala dorang nak lepas rindu jugak kan.

Sungguh ini kali pertama aku buat brownies. Sebelum ni, kek coklat kukus, bakar, biskut coklat. Takut jugak kalau resepi tak menjadi. Google brownies kedut untuk bahan bahan dan cara cara.

Hasilnya?

Tadaaaa

Tak sampai sehari dah habis dan baki butter aku buat choc cookies. Abah mertua suka. And my beloved mother in law requested another brownies the next day! Yeayy..!

Umi kata, boleh pre order dah ni.. 😅😅😅

Followers