0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Thursday, September 2, 2010

Nama part 2

Now, jom kita selongkar nama nama pelik yang pernah MUNCUL sepanjang 23 tahun lapan bulan saya bernafas.

Senior sekolah yang bernama INA CZARINA. Ermm mungkin kurang pelik. Tapi alkisah nya, Kak Ina C ni ( phergh macam Mel C spice Girls la pulak ) sangat pandai orang nya, maka bila pengacara majlis nak menyebut nama beliau untuk dapat anugerah@hadiah agak berbelit lidah mereka dan ada pause di situ.


Lagi Senior sekolah, Her name, Manja Zahro Masri. Mungkin beliau sangat Manja waktu kecil. tapi serious kak Manja sangat comel, pandai lukis kartun ala ala anime pulak tu.


Senior sekolah lagi. Kali ini lelaki. Pertama kali mendengar.

"Biar betul!!'

kata saya. Bukan saya je SEMUA orang pun. His name. Syawalul... erk.. normal? tunggu jap. Tak habis cakap kamu dah potong! His name,

Syawalul ABCDEF

Point atas. bukan typo di situ ye kawan kawan. Saya sebut nama beliau bukan dengan cara A-B-C-D-E-F tapi Abcdef ( ebcdef). Kemudian ada dengar ura ura adik abang Syawal ni akan masuk sekolah yang sama dengan kami. Mula lah saya dan kawan kawan reka cerita,

"Mesti nama adik dia, _____ GHIJKL"

"Tak pun _____ 12345 ke.."


Okay jahat dan tak patut betul. Haha

Tak, nama adik beliau tak bombastik macam nama beliau.

Takde niat kutuk. Cuma nak share. Mohon maaf kalau ada singgung mana mana pihak~

Wednesday, September 1, 2010

Nama part 1

Ahh... perlu fikir tajuk yang paling sesuai.

Cop, sebelum tu. Apa kawan kawan kamu panggil kamu?

For me, i ve been using that 'P' name since i was 13!! The reason is Fifi and Kak Marlina. Both saying,

"Nama kamu panjang sangat lah nak sebut..."

Isk isk isk tak mahu ke kamu doakan kegembiraan saya? 7 huruf je pun~Ok fine la.. dari kamu doakan ke'fana' an saya kan? (Alam MAYA = not temp ==> fana ==> fine with it)

Kawan kawan pula. Zaman sekolah, saya ada kawan baik yang bernama Izzatul Izyan. Baik sangat. Masa form 5 ada seorang budak junior form 4 baru masuk sekolah saya tu. Agak terkejut bila nama beliau

Izyan Farhana!

Oops.. IDK Izyan and Farhana can be put in one word! Terjumpa balik. This Izyan Farhana bukan je jadi junior masa zaman sekolah. Tapi junior kat Uni jugak.

Nama lain.
I ve been so close with Mardhiyyah, Shida and Jib since pertama kali jejak kaki dekat tempat belajar yang saya 'sayang' ni ( ENAM tahun OKAY). Masuk final year dekat CENFOS 'TER'paksa satu kelas dengan 'adik-adik' junior. Berkenalan dengan budak budak perempuan kelas tu,

"Nama saya Mardhiah Farhanah.."

We almost burst out laughing! (ugh adakah semua nama jadi menarik sekiranya ditambah rencah 'kegembiraan kami' itu? very nice ^^)

Agak kesian jugak dengan si Mardhiah Farhanah sebab mahu elak kekeliruan beliau dipanggil MARAN. Gabungan daripada Mar and my 'P' name. kalau panggil Mar Kecik dan Mar Besar untuk differentiate both Mar's karang ada pulak yang terasa hati. *sigh*

BUT i called Mardhiah Farhanah, Mar when the other Mar is not around.

Nama panggilan. Berapa ramai yang di panggil guna nama penuh? Mungkin kalau nama kamu CUMA Aida binti __ kamu dipanggil Aida. Siti binti ___ ke... Teringat salah seorang kawan kelas Praktikum F3P4 di Kolej Matrik Melaka dulu. Maaf tak ingat nama beliau. Start with Z i think. Dipanggil BRAILLE. Buta kah beliau? Tett... tak langsung, sihat walafiat lagi. Pakai spek pun tidak kot.

Lagi seorang kawan lama. Dulu masa di sekolah saya, tak pulak dapat panggilan tu. Masuk SBP nama beliau terus jadi MILO! Katanya, warna kulit yang menyebabkan beliau di'milo' kan. (walau saya rasa tak patut dan dengan kesian milo tu di samakan dengan beliau. Tak patut langsung!) Hehe gomen ne Nabil.

LAGI. Ni pun kawan jugak. Satu sekolah, satu Uni. Nama sedap dah ni. Khairul Idham. Tapi bila kawan kawan panggil jadi Chalk! Erk.. kapurkah? Bukan... Chalk from the word PELOCOK. Apakah? Eish creative sungguh kita kita ni.

Ermm. tu tak masuk yang dipanggil 'kecek' *coughsomeonecough* lagi, Angah, IS..

Owh... speaking of IS, saya teringat lagi cerita seorang kawan yang nama Sue. Pengalaman dia masa sertai Program Latihan Khidmat Negara dulu. Sedang beramah mesra dengan peserta la ni,

"Nama saya IS.."

masing masing dah berbisik bisik sesama sendiri,

"Phergh... coolio gile nama. Mesti nama dia ISKANDAR ni kan?"

"Macam dalam novel pulak nama IS ni kan?"

Selidik punya selidik, nama beliau:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


ISNIN

omaigosh!!!

Takde niat kutuk. Cuma nak share. Mohon maaf kalau ada singgung mana mana pihak~

Followers