0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Wednesday, August 8, 2012

Belasungkawa


One of the last post at hikarikamiya.blogspot was about my dearest opah. couple of last post. So, bila bukak blog  je rasa nak nangis. That post was written on 27th May. She still alives. Ditulis waktu tengah malam. Masa tu bilik opah terang. Mengaji agaknya. Pintu terbukak dan Opah melangkah keluar terbongkok bongkok nak ke bilik air, berwudhuk. Tahajjud mungkin. Ayat biasa akan keluar dari mulut Opah bila dia nampak saya atau sesiapa je masih online depan komputer tengah tengah malam or pagi,

"Tak tidur lagi ke Long?"
Dan saya suka jawab,

"Kejap lagi Opah, sikit je lagi"

Alhamdulillah, saat saat akhir opah, lepas Opah pernah nazak dulu saya cuba sedaya upaya dengar setiap tutur bicara dia. Kita takkan tahu bila mereka pergi kan? Kalau dulu, kalau saya dah mula bosan atau tak faham cerita opah, saya mesti potong cerita opah dan bukak cerita lain. Tak pun saya buat buat busy buat kerja lain. Tak berguna betul cucu ni. Tapi, lepas Opah pernah nazak dulu, saya cakap dengan diri,

"Bila lagi kau nak dengar celoteh Opah? tak paham pun, kau tadah jugak telinga dengar dan hadamkan. Esok lusa, kalau Opah dah takde, Kau jugak yang menyesal. Kau jugak yang bakal rindu bebelan Opah"

Yes, i admit, saya puas hati sebab dengar cerita Opah satu satu. Walau Opah suka ulang cerita lama satu demi satu. Ada cerita masa dia menoreh dulu, terjumpa ular sawa, pengalaman bersama kawan kawan di estet tempat opah menoreh, paling saya tak boleh lupa, antara cerita terakhir Opah cerita pada saya. Betul betul pada saya seorang.

Masa tu, saya pulang bercuti seminggu. Opah jalan termengah mengah dari dapur. Duduk di kerusi ruang tamu. Saya ada di situ. Duduk sama dengan beliau. Entah macam mana, keluar cerita tentang perkahwinan. Keluar lah pengalaman Opah yang dinikahkan diusia muda. Macam mana Opah rasa macam kahwin tu suatu benda main main. Yang mana pada malam bergelar pengantin baru, Opah berkeras nak tidur bersama moyang saya, merangkap emak opah sendiri, bukan nak tidur bersama suami. Betapa takutnya Opah nak tidur sama dengan arwah atok masa tu.Arwah atuk lama tak ada. Saya sendiri pun tak sempat kenal dan jumpa arwah atuk. Meninggal masa Ibu saya masih sekolah rendah. Opah sambung bercerita. Katanya, ada suatu hari Arwah Atuk ajak Opah untuk pergi ke Sabak bernam. Pergi rumah saudara, ada kenduri kata arwah Atuk. Opah yang tak fikir apa, turut kata atuk dan pergi lah mereka berdua naik motor. Kemudian saya nampak Opah macam tersipu malu dan sambung cerita pada saya.

"Tau Long, bukan Atuk kau bawak Opah pergi kenduri pun. Mana ada kenduri. Dia bawak pergi Hotel..."

Tu dia. Tergelak saya dan Opah masa tu. Ya Allah, rindu sungguh dengar celoteh Opah. Kami sekeluarga sampai sekarang mengajuk cara Opah bercakap. Ada Loghat Kampar dalam percakapan Opah. Masing masing rindu. Apa khabar Opah agaknya kat alam sana agaknya.

Kali terakhir saya bagi duit pada Opah, Opah cakap,
"Entah dapat ke tak Long, Opah puasa tahun ni."

Saya tahan menangis depan Opah. Saya pujuk Opah.
"Jangan la cakap macam tu Pah. Puasa tak lama lagi je. InsyaAllah sempat"

Rupanya Opah tak sempat. 1 syaaban Opah pergi. Betul betul lepas 1 syaban. Selepas Maghrib, di Hospital Besar Tunku Ampuan Rahimah. 20 Julai 2012. Di usia 74 tahun. 

Diakhir usia, Opah kuat mengaji Alquran. Solat sunat. Bangun Malam. Kagum dengan Opah yang lelah, sesak nafas, mengah tapi masih bersemangat nak buat semua tu. Di akhir masa Opah, Opah tak tinggal solat. Tetap kuat ke bilik air dipapah Ibu, untuk berwuduk. Ya Allah, mampu ke aku untuk berkhidmat pada Ibu di akhir usia dia nanti, seperti mana Ibu berkhidmat pada Opah?

Kehilangan Opah pada bulan lepas berbanding kehilangan Arwah Atuk sebelah ayah pada Raya 2010 lebih dirasai sebab Opah tinggal bersama dengan kami sekeluarga sejak tahun 2000. Lebih sedekad yang lalu. Kalau isi borang apa apa yang bertanya jumlah tanggungan ayah dalam keluarga, kami pasti akan tulis 10 orang. Kami 7 beradik, ibu, ayah dan juga Opah. Bilik Opah di rumah kami kosong. Sesekali Ibu masuk bersolat dan membaca Quran kat situ. Adik adik masuk baring kat katil Opah bila rindukan Opah. Saya? Tiap kali balik, saya pandang sekeliling bilik. Tiada lagi alunan suara Opah mengaji Quran. Bunyi radio yang selalu Opah pasang. Bunyi gas oksigen yang opah pakai. Bilik tu kini sunyi. 

Semasa Ibu kemaskan barang barang Opah tempoh hari, Ibu bertanya.

"Kaklong tak nak bawak apa apa barang Opah bawak kat Perlis sana? Kot rindu?"

Saya jawab, 

"Takpelah Ibu. Tak ambil apa apa"

Saya seorang yang kuat menangis. Tak mampu rasanya kalau saya ternampak barang barang Opah depan mata.Saya tak kuat. Selalu buat buat kuat je depan orang. Kalau kat Perlis tu saya duduk sorang sorang kat rumah, kan haru kalau tak boleh berhenti menangis?

Ini pun, dah lama tak luah kerinduan pada Opah. Rindu sangat sangat. 

Seminggu sebelum Opah pergi, saya sempat join Kursus Pengurusan Jenazah yang saya tak sengaja  pergi sebab ada officemate ajak. Semasa Kursus, ada saya terniat,
"Kalau ada antara ahli keluarga aku meninggal dunia, aku nak tolong uruskan"

Bulan Jun yang saya tak rancang langsung untuk balik, Bulan Jun yang saya tak book langsung tiket flight untuk balik. Tapi Allah dah tulis takdir saya.

Kalau mula cerita macam mana saya berada di rumah di saat saat akhir opah lagi haru. Sungguh saya bersyukur Allah tetapkan macam tu. Bila jiran jiran mula bertanya semasa ucapkan takziah,

"Eh, kaklong bukan duduk perlis ke? macam mana boleh ada kat rumah?"

"Alhamdulillah Allah tetapkan saya berkursus seminggu di Shah Alam"

Walau jauh mana kita, ceruk mana kita duduk. Tapi kalau Allah dah tetapkan yang kita boleh berkhidmat dengan orang tua kita, pasti takde halangan. Lebih lebih lagi kalau kita mohon dengan sungguh yang kita nak berada dengan mereka di saat akhir mereka.

Semasa mandikan jenazah Opah, air mata laju menitis bila menyapu air pada tangan Opah, celah celah jari beliau. Inai yang saya pakaikan Opah bulan lepas masih merah. Saya pakai sama sama dengan Opah. Saya dapat tabiat suka berinai Opah. Kalau saya tengah petik daun inai depan rumah, Opah akan pesan sekali,
"Kaklong, buat lebih, Opah nak berinai jugak"

Dua bulan sebelum Opah pergi, saat saya dah terlambat nak ke LCCT, saya teringat saya ada berjanji dengan Opah yang saya nak pakaikan inai kat jari Opah. Dah siap pakai tudung, dengan bag dan ayah dah tunggu dalam kereta kat luar, saya pakaikan inai pada jari Opah. Sebulan sebelum Opah pergi, sekali lagi saya pakaikan inai pada jari Opah. Inai yang saya dan opah pakai bersama kali terakhir ada berbaki sikit lagi pada ibu jari. Saya masih rasa sukakan pakai inai, tapi saya jadi sebak nak dekat dengan pokok inai dan petik daun inai. Nak pakai inai tu sendiri pun rasanya saya boleh menangis.

Setiap kali ziarah kubur Opah, saya berbisik sendiri.
"Assalamualaikum Opah, Nanti Kaklong dan yang lain akan meyusul jugak. Kita jumpa kat sana ya"

Cuma satu saya terkilan. Opah tak sempat tengok saya ada keluarga sendiri. Opah tak sempat tengok saya berkahwin mahupun bertunang. Pernah berangan angan nak bagi Opah rasa panggilan Moyang. Tapi tak kesampaian Allah lebih tahu. Entah bila.

Walau tahu amal ibadah tak banyak mana. Walau tahu dosa tinggi melangit, takdir yang' kita akan menyusul kelak' itu fakta.

Al Fatihah dan Yassin untuk Arwah Opah, Hajah Khamsiah Binti Baharuddin.

notes : masih rasa janggal letak perkataan 'arwah' depan panggilan opah.

Saturday, May 26, 2012

A story about my Opah


She is a 74 years old woman.

She is living together with us more than a decade by now.
Before, she stays with my uncle in Tanjung Malim

All my 'makcik' and 'pakcik' are living nearby. So, easy for them to visit her always.

Since i start working, i never once forgot to give money to her every month.

Mom said,

"Sementara ada, sementara boleh bagi. Nanti kalau dah takde? Kan menyesal"

I was like terdiam and terfikir.

"Betul kata Ibu"

So, every month, when i receive my salary i will knock her door and give her the money

"Opah, Kaklong baru gaji ni~"
*sambil sengih sengih*

And she will replies dengan muka happy,

"Terima kasih lah kaklong... Dapat merasa gaji Kaklong ni ha. Alhamdulillah"

I will always burst into tears setiap kali dengar. 
Tapi tak tunjuk depan Opah. Ego punya pasal. Lari keluar bilik opah. Huu. T_T


Feeling a bit of puas hati dan seronok seeing her happy face receiving something from her first grand daughter. Tak banyak pun, tapi orang kata, boleh lah nak 'merasa' gaji cucu tu.

But this month, she said something like this.

"Terima Kasih Kaklong, Alhamdulillah. Entah sempat ke tak Opah puasa tahun ni"

Seriously, sebak terus. I then replied,

"InsyaAllah Opah. Jangan la cakap macam tu, Opah tunggu Kaklong kahwin dulu tau"

Sambil bergurau manja dengan Opah Saya sorok rasa nak menangis.


Opah dah tak berapa nak sihat. Dua tahun lepas pernah nazak.
Sakit lelah, semput.
Berjalan dari dapur ke ruang tamu pun dia dah termengah.
Tapi yang kagum tu tengok dia rajin nak pergi mengaji dengan ustaz kat balairaya depan rumah.
Kalau kat bilik, Opah selalu pakai oksigen. Kalau tak, naik biru jari jari opah.
Tabiat suka pakai inai, saya warisi dari opah. Kalau datang 'malam berinai' saya, jari opah saya inaikan sekali.
I hope i can have more Ramadhan with her.
Pray for her.
Always...





I am back

Usually, i turn the blog into 'private' when editing a new blog template.
Construction site... messy kot

but 

Yeap. This is me still using the old blog layout. With a VERY few adding of something here and there.


At first, i want to have this kind of blog template,



BUT
a biiiiig but

I don't have internet connection at home and my knowledge about CSS, HTML coding seems fade away~ nooooo....

So, yeah. I am gonna stick with this at the moment.

Still~ the new blog template that i want look a lil bit childish ~_~



Monday, March 12, 2012

Solat asas kepada agama.

Cuba periksa semula pekerjaan kita sehari hari. Cek balik apa kita dah buat. Dah cukup sempurna tak agama kita?

*sigh* saya tak rasa saya layak untuk menasihati orang. sedang saya sendiri masih banyak cacat cela. Makin cacat bila yang munkar depan mata buat tak endah.

Petikan Sabda Rasul Allah, As-Solatu imaduddin. Ada orang pernah tanya, ada tak orang nak pergi mencuri, sebelum pergi mencuri, dia pergi solat dulu? Ada tak orang yang sebelum bunuh orang, dia solat dulu? Ada tak orang sebelum berzina, sekali dah masuk waktu, dia solat dulu? Kemudian, dah solat, dia sambung mencuri, sambung  niat nak bunuh orang tadi, sambung berzina. Ada?

MUNGKIN ada. Mungkin ada sebab, solat tu dia buat macam bukan perintah Allah. Solat tu dia buat sekadar 'asalakubuatsudah'. Solat yang dia dirikan tak betul betul lekat dalam hati. Seolah olah kan, dia tunaikan solat sebab 'kena solat' bukan sebab takutkan Allah, bukan sebab Allah suruh. "Aqimussolat wa ayatu zakah" dirikan solat dan tunaikan zakat.

Seorang sahabat yang berpeluang mengunjungi Indonesia bercerita kepada saya. Di sana susah nak tahu yang mana satu Islam, yang mana satu bukan Islam. Muka, nama semua lebih kurang. Tapi, bila beliau singgah solat di surau/masjid beliau sendiri terkejut tengok seorang perempuan yang sungguh seksi dengan rambut berwarna masuk ke dalam surau/masjid dan tunaikan solat. Alhamdulillah masih lagi ingat nak solat kan? Tapi, sejauh mana solat tu bagi kesan pada hati? Macam nak kata, "Aku tak pakai tudung tapi hati aku baik, solat tak tinggal". Seolah nak kata, "Eh, aku lagi baik daripada orang yang pakai tudung labuh, sebab aku pun rajin solat macam diorang jugak"

Iya, saya tahu, solat saya sendiri tak betul. Masih banyak lubang kena baiki. Itu yang diri pun kadang kadang terumbang ambing macam kapal karam. Solat bukan kah sepatut nya menjadi benteng keimanan kita? Kenapa dah solat pun masih nak cari kemungkaran Allah? Kenapa dah solat pun masih tak terusik hati kita yang kita ni cuma hamba Allah yang kerdil dan hina. Allah tu kan, kalau nak ambil nyawa kita, tengah mencuri pun Dia boleh rentap. Tengah seronok berzina pun Dia boleh tarik nyawa dengan pantas. Tengah hulur pisau nak bunuh orang, polis dah tembak dari belakang (ok, pengaruh tv!)

Pernah tak dengar cerita yang seorang tua mati ketika sedang berzina dengan pelacur? Tak pasti di mana dan bila saya terbaca. Tapi nak tunjuk yang Allah kalau nak tarik nyawa tu, bila bila masa je boleh. Memanglah kita tak tahu bila Allah nak tarik nyawa tu. kalau tengah tidur, ajal dah sampai pun boleh mati. Tak ke the least we can do ialah perlu sentiasa berwaspada? Kita bukan hidup macam cerita 'In Time' yang boleh sambung nyawa kalau kaya dan berharta. Bukan jugak macam cerita death note yang boleh pilih siapa yang kita nak nyawa di cabut dan err itu cerita lain, tak kena mengena maaf.

Yosh. Mari perbaiki asas agama kita. Tiang dah goyang, macam mana nak bina rumah yang kukuh dan kuat tak lut kena tiup angin kan? Bila kita solat, kita sepatutnya ada rasa mengabdikan diri pada Allah. Ada rasa kehambaan. Rasa diri kecil. Betul tak? Kalau perasaan macam tu dah ada, sepatut nya lah kita tak buat benda benda yang Allah larang, yang Allah kata haram.

Sama sama baiki solat. Ambil tahu maksud bacaan dalam solat. Setiap bait ayat yang kita tuturkan. Serius boleh menitik air mata!

Pernah tuturkan doa ini?
"Rabbana la tuzigh qulubana.."
Ya Allah jangan kau pesongkan hati hati kami setelah engkau beri rahmat pada kami.

Allah yang pegang hati. Kalau Allah tengah 'jentik' hati kita, terusik dengan keinsafan, why wait untuk terus berubah? Why wait untuk terus buat salah dan silap? Atau nak tunggu Allah pesongkan hati, butakan mata dari Islam?

Kita hamba berdosa. Hari hari ada dosa yang kita buat sedar atau tak. Mungkin kita ada tertinggi suara pada ibu dan ayah kita. Mungkin ada bicara kita mengusik hati kecil mereka. Mohon maaf pada mereka. Itu kalau buat salah dengan manusia. Kalau buat salah dengan Allah?

"Rabbana zolamna anfusana wainlam taghfirlana..."
Doa Nabi Adam tak putus putus sejak di buang Allah dari Neraka.

Jabatan tempat saya bertugas, Alhamdulillah baru mula buat aktiviti tazkirah bulanan. Hati kita pun macam kereta, kena servis selalu. Macam Jumaat yang lepas, seorang Ustaz dari Kuala Perlis di jemput. Menceritakan tentang kerja sebagai ibadah. Beliau berpesan, tekanan dalam kerja itu lumrah. Niatkan kerja sebagai ibadah. Ikhlaskan hati melakukan pekerjaan. Pahala dapat, gaji pun dapat. Kan?

Turut masuk dalam isi tazkirah beliau cerita tentang KPI seorang Muslim, iaitu Taqwa. Seorang Muslim sentiasa mengakui dosa yang dia buat, sedang Iblis tak mengaku dosa yang dia buat. Seorang Muslim bersedih sekiranya dia ada melakukan dosa, sedang Iblis sedikit pun tak rasa sedih. Sebab tu semasa Nabi Adam dihalau dari Syurga, hari hari Nabi Adam tuturkan doa seperti di atas sebab bersedih, sedang Iblis berjalan dengan penuh bangga sambil bersiul siul apabila dicampak keluar dari Syurga.

Seorang Muslim bertaubat apabila melakukan dosa, sedang Iblis sedikit pun tak berazam untuk bertaubat. Seorang Muslim menyalahkan diri sendiri atas kesalahan yang dia lakukan, sedang Iblis sedikit pun tidak mencela diri sendiri. Seorang Muslim yakin yang Allah maha pengampun, sedang Iblis putus asa dari rahmat Allah.

Turut diingatkan supaya semua pekerja mengamalkan sebelum mula masuk kerja, semasa punch card, thumbprint mulakan dengan Alfatihah, dan bila nak balik, habis waktu kerja lafazkan doa yang nabi Adam amalkan. Kita tak sedar, mungkin ada masa kerja yang kita curi lantas rezeki yang kita dapat kurang keberkatan. Itu yang jadi setiap bulan sentiasa rasa duit gaji tak mencukupi. Kadang kadang duit gaji sampai 5 angka pun boleh tak cukup kalau tak berkat. Kadang kadang duit gaji hanya seribu pun boleh cukup anak beranak makan pakai sebab berkat rezeki yang diperolehi.

Lagi saya nak berkongsi, Gagasan taqwa Imam Al-Ghazali, 4421.
4 yang pertama SABAR.
Sabar semasa baut Ibadah
Sabar ketika senang, bukan sahaja ketika susah.
Sabar ketika sihat, bukan ketika sakit sahaja.
Sabar apabila lapang, bukan ketika ditimpa masalah sahaja.

2 yang pertama, TAKUT.
Takut melakukan maksiat.
Takut amal ibadat ditolak

2 yang kedua, DENGKI.
Dengki pada yang punya ilmu, dekatilah mereka.
Dengki dengan orang yang berharta yang menyalurkan harta ke arah yang sepatutnya, doakan lah mereka.

1, Allah. Tak melakukan syirik, dosa dosa besar. Yakin dan tawakal pada Allah.

Mahu ingatkan diri sendiri. JANGAN sekali kali berputus asa daripada rahmat Allah. Bagi orang yang berdosa, Allah akan tetap beri pengampunan. Walau tinggi mana pun dosa kita, Allah akan bagi. Yakin dengan rahmat Allah. Kecuali dosa syirik kepada Allah.

Kalau jumpa orang yang melakukan dosa, jangan hina mereka. Allah tu Maha Pengampun. Siapa kita nak judge mereka? Nak hina mereka? Nanti kalau Allah uji kita jadi seperti mereka macam mana?

Sungguh takda niat nak 'smash' sesiapa. Ini INGATAN DIRI sendiri. Ingatan pada hati yang lalai, biar bila kelak hati terleka, saya ingat saya sendiri pernah berkata begitu dan begini. Wassalam.

Monday, January 30, 2012

Kalumpang Resort and Training Center


Destinasi cuti sekolah kali ini, Kalumpang Resort and Training Center. Terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor. Bukan di luar negara. Terima pesanan ringkas dari seorang kawan,

"Kalumpang tu kat mana paan? Jawa Barat?"

Kalumpang tu letaknya di Selangor sahaja ok. Exit tol Tanjung Malim, anda dapat lihat papan tanda menuju ke Kalumpang Resort and Training center menunjukkan arah kanan.

motip kereta polis peronda?

Berikut adalah anggaran jarak dari beberapa kawasan menuju ke Kalumpang Resort ni. (Ihsan KRTC, ambil kat surau)




So, nak tahu jarak dan masa dari Negeri lain, buat calculation sendiri. Terima Kasih.

ada mandor kecik memerhati


Kami pergi bersama sama jiran jiran yang rapat macam family. Boleh lah kategori family day. Selalu nya kami lepas tension di Sungai Congkak. Tapi kali ni nak beralih angin katanya. Itu pun hanya pergi 'balik hari'.

Tiba di KRTC, berjalan kaki masuk ke dalam kawasan perkelahan dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak kanak.

Memunggah makanan ke atas lori. Nak isi perut lebih kurang 7 keluarga.





Perlu berjalan kaki masuk kedalam. Tak sampai 3 minit pun. Dekat je dari Car Park.






Ada penyambut tetamu menyambut kehadiran kami. Nasib kena ikat. Kalau tak, ada jugak yang dah lari tak cukup tanah.




Pelbagai pakej dan aktiviti boleh dibuat kat sini. Selain bayaran masuk RM10 dan RM5 tadi, ada jugak pakej turbing adventure selama lebih kurang sejam tempoh adventure tu. Saya hanya cuba dalam jarak 5 minit. Dia bagi free. Pakej Motor cross tak perasan pulak dia buat kat mana.




Pun boleh sewa resort kat sini. Tapi saya kurang pasti harga sewaan resort. 


 Terdapat kolam mandi yang mana air kolam ni adalah dari air sungai sendiri. Sejuk!


  1. Punggah barang dan barang makanan 
  2. Sama seperti di atas
  3. 'Shelter' yang kami sewa. (Ini pun perlu di sewa)
  4. Tak nak yang sewa, boleh bentang tikar pawah pokok macam ni.
  5. Nak terlindung dari hujan, sewa 'shelter' macam ni. Boleh bentang tikar, makan, tidur.
  6. Pakcik dua orang ini sedang bergurau tentang umur dan jantina bayi dalam kandungan masing masing. Erk.

Sampai di rumah jam 7 malam. Penat, tapi seronok enuff said.



 Bakal bapa mithali, masak boleh, ( bakal chef ni ), jaga anak boleh... Muda lagi, masih berumur 22 tahun.

 Ha apa lagi nak? #tetiba pomot

Model : anak jiran, Imran dan Rafri (boboi).







Selamat pengantin baru Izzati dan suami

24thJanuary 2012

Selamat Pengantin baru buat Izzati Deril dan suami. Semoga Allah berkati.

Last minute plan with Heliza and Hanim.

Dah alang alang cikgu yang kerja di Johor ni cuti, 'cikgu' yang mengajar di Perlis ni balik kampung dan engineer yang lagi sorang ni pun cuti.





Tak jumpa ramai kawan kawan sekolah. Betul betul terjumpa Azhani, tu pun dia dah terkocoh kocoh nak balik.

Masing masing dah sibuk dengan family.
Masing masing dah sibuk dengan kerjaya.
Masing masing dah sibuk dengan 'perut'
Masing masing dah sibuk dengan baby.

*merungut*

"Nanti tengok lah awak macam mana. Awak tak berada di tempat mereka lagi."

Pesan seorang kawan.
Erk. betul jugak kot.
OK ok.. tak merungut..


Gadishanim dan Cikgu Heliza





Thursday, January 26, 2012

Streotype masyarakat melayu



Stress jadi perempuan.
Petikan ayat dari ceramah Ustaz Kazim Elias.

Ujian Allah bagi kat orang perempuan.
Kahwin cepat salah.
"Anak dia yang mana yang nak kahwin tu?"
"Yang habis SPM tu"
"Muda gile."
"Tak tau gatei gamoknye"

Kahwin lambat salah,
"Tak kahwin lagi ke?"
"Agak agak memilih gamoknya"

Kahwin hantaran murah orang mengata,
"Berapa hantaran anak dia?"
"Seribu"
"Murah gile"
"Takkan seribu aje, mesti ade apa apa kan?"
"Aah.."

Kahwin hantaran mahal orang mengata,
"Berapa hantaran dia?"
"Doploh ribu"
"Mahal gile"
"Dah macam jual anak pulak ye"

Bila mengandung pun orang mengata,
"Isteri dia mana?"
"Isteri dia sarat, dua hari lagi nak bersalin"
"Eh, rasanya baru lagi bersalin hari tu kan?"
"Aah.."

Bila tak mengandung pun orang mengata,
"Takde anak ke?"
"Takde, dah 15 tahun kahwin takde anak. Mandul gamaknya"

*geleng kepala*
Kesian orang perempuan. Kesian lagi dekat streotype masyarakat kita.



Followers