0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Wednesday, August 8, 2012

Belasungkawa


One of the last post at hikarikamiya.blogspot was about my dearest opah. couple of last post. So, bila bukak blog  je rasa nak nangis. That post was written on 27th May. She still alives. Ditulis waktu tengah malam. Masa tu bilik opah terang. Mengaji agaknya. Pintu terbukak dan Opah melangkah keluar terbongkok bongkok nak ke bilik air, berwudhuk. Tahajjud mungkin. Ayat biasa akan keluar dari mulut Opah bila dia nampak saya atau sesiapa je masih online depan komputer tengah tengah malam or pagi,

"Tak tidur lagi ke Long?"
Dan saya suka jawab,

"Kejap lagi Opah, sikit je lagi"

Alhamdulillah, saat saat akhir opah, lepas Opah pernah nazak dulu saya cuba sedaya upaya dengar setiap tutur bicara dia. Kita takkan tahu bila mereka pergi kan? Kalau dulu, kalau saya dah mula bosan atau tak faham cerita opah, saya mesti potong cerita opah dan bukak cerita lain. Tak pun saya buat buat busy buat kerja lain. Tak berguna betul cucu ni. Tapi, lepas Opah pernah nazak dulu, saya cakap dengan diri,

"Bila lagi kau nak dengar celoteh Opah? tak paham pun, kau tadah jugak telinga dengar dan hadamkan. Esok lusa, kalau Opah dah takde, Kau jugak yang menyesal. Kau jugak yang bakal rindu bebelan Opah"

Yes, i admit, saya puas hati sebab dengar cerita Opah satu satu. Walau Opah suka ulang cerita lama satu demi satu. Ada cerita masa dia menoreh dulu, terjumpa ular sawa, pengalaman bersama kawan kawan di estet tempat opah menoreh, paling saya tak boleh lupa, antara cerita terakhir Opah cerita pada saya. Betul betul pada saya seorang.

Masa tu, saya pulang bercuti seminggu. Opah jalan termengah mengah dari dapur. Duduk di kerusi ruang tamu. Saya ada di situ. Duduk sama dengan beliau. Entah macam mana, keluar cerita tentang perkahwinan. Keluar lah pengalaman Opah yang dinikahkan diusia muda. Macam mana Opah rasa macam kahwin tu suatu benda main main. Yang mana pada malam bergelar pengantin baru, Opah berkeras nak tidur bersama moyang saya, merangkap emak opah sendiri, bukan nak tidur bersama suami. Betapa takutnya Opah nak tidur sama dengan arwah atok masa tu.Arwah atuk lama tak ada. Saya sendiri pun tak sempat kenal dan jumpa arwah atuk. Meninggal masa Ibu saya masih sekolah rendah. Opah sambung bercerita. Katanya, ada suatu hari Arwah Atuk ajak Opah untuk pergi ke Sabak bernam. Pergi rumah saudara, ada kenduri kata arwah Atuk. Opah yang tak fikir apa, turut kata atuk dan pergi lah mereka berdua naik motor. Kemudian saya nampak Opah macam tersipu malu dan sambung cerita pada saya.

"Tau Long, bukan Atuk kau bawak Opah pergi kenduri pun. Mana ada kenduri. Dia bawak pergi Hotel..."

Tu dia. Tergelak saya dan Opah masa tu. Ya Allah, rindu sungguh dengar celoteh Opah. Kami sekeluarga sampai sekarang mengajuk cara Opah bercakap. Ada Loghat Kampar dalam percakapan Opah. Masing masing rindu. Apa khabar Opah agaknya kat alam sana agaknya.

Kali terakhir saya bagi duit pada Opah, Opah cakap,
"Entah dapat ke tak Long, Opah puasa tahun ni."

Saya tahan menangis depan Opah. Saya pujuk Opah.
"Jangan la cakap macam tu Pah. Puasa tak lama lagi je. InsyaAllah sempat"

Rupanya Opah tak sempat. 1 syaaban Opah pergi. Betul betul lepas 1 syaban. Selepas Maghrib, di Hospital Besar Tunku Ampuan Rahimah. 20 Julai 2012. Di usia 74 tahun. 

Diakhir usia, Opah kuat mengaji Alquran. Solat sunat. Bangun Malam. Kagum dengan Opah yang lelah, sesak nafas, mengah tapi masih bersemangat nak buat semua tu. Di akhir masa Opah, Opah tak tinggal solat. Tetap kuat ke bilik air dipapah Ibu, untuk berwuduk. Ya Allah, mampu ke aku untuk berkhidmat pada Ibu di akhir usia dia nanti, seperti mana Ibu berkhidmat pada Opah?

Kehilangan Opah pada bulan lepas berbanding kehilangan Arwah Atuk sebelah ayah pada Raya 2010 lebih dirasai sebab Opah tinggal bersama dengan kami sekeluarga sejak tahun 2000. Lebih sedekad yang lalu. Kalau isi borang apa apa yang bertanya jumlah tanggungan ayah dalam keluarga, kami pasti akan tulis 10 orang. Kami 7 beradik, ibu, ayah dan juga Opah. Bilik Opah di rumah kami kosong. Sesekali Ibu masuk bersolat dan membaca Quran kat situ. Adik adik masuk baring kat katil Opah bila rindukan Opah. Saya? Tiap kali balik, saya pandang sekeliling bilik. Tiada lagi alunan suara Opah mengaji Quran. Bunyi radio yang selalu Opah pasang. Bunyi gas oksigen yang opah pakai. Bilik tu kini sunyi. 

Semasa Ibu kemaskan barang barang Opah tempoh hari, Ibu bertanya.

"Kaklong tak nak bawak apa apa barang Opah bawak kat Perlis sana? Kot rindu?"

Saya jawab, 

"Takpelah Ibu. Tak ambil apa apa"

Saya seorang yang kuat menangis. Tak mampu rasanya kalau saya ternampak barang barang Opah depan mata.Saya tak kuat. Selalu buat buat kuat je depan orang. Kalau kat Perlis tu saya duduk sorang sorang kat rumah, kan haru kalau tak boleh berhenti menangis?

Ini pun, dah lama tak luah kerinduan pada Opah. Rindu sangat sangat. 

Seminggu sebelum Opah pergi, saya sempat join Kursus Pengurusan Jenazah yang saya tak sengaja  pergi sebab ada officemate ajak. Semasa Kursus, ada saya terniat,
"Kalau ada antara ahli keluarga aku meninggal dunia, aku nak tolong uruskan"

Bulan Jun yang saya tak rancang langsung untuk balik, Bulan Jun yang saya tak book langsung tiket flight untuk balik. Tapi Allah dah tulis takdir saya.

Kalau mula cerita macam mana saya berada di rumah di saat saat akhir opah lagi haru. Sungguh saya bersyukur Allah tetapkan macam tu. Bila jiran jiran mula bertanya semasa ucapkan takziah,

"Eh, kaklong bukan duduk perlis ke? macam mana boleh ada kat rumah?"

"Alhamdulillah Allah tetapkan saya berkursus seminggu di Shah Alam"

Walau jauh mana kita, ceruk mana kita duduk. Tapi kalau Allah dah tetapkan yang kita boleh berkhidmat dengan orang tua kita, pasti takde halangan. Lebih lebih lagi kalau kita mohon dengan sungguh yang kita nak berada dengan mereka di saat akhir mereka.

Semasa mandikan jenazah Opah, air mata laju menitis bila menyapu air pada tangan Opah, celah celah jari beliau. Inai yang saya pakaikan Opah bulan lepas masih merah. Saya pakai sama sama dengan Opah. Saya dapat tabiat suka berinai Opah. Kalau saya tengah petik daun inai depan rumah, Opah akan pesan sekali,
"Kaklong, buat lebih, Opah nak berinai jugak"

Dua bulan sebelum Opah pergi, saat saya dah terlambat nak ke LCCT, saya teringat saya ada berjanji dengan Opah yang saya nak pakaikan inai kat jari Opah. Dah siap pakai tudung, dengan bag dan ayah dah tunggu dalam kereta kat luar, saya pakaikan inai pada jari Opah. Sebulan sebelum Opah pergi, sekali lagi saya pakaikan inai pada jari Opah. Inai yang saya dan opah pakai bersama kali terakhir ada berbaki sikit lagi pada ibu jari. Saya masih rasa sukakan pakai inai, tapi saya jadi sebak nak dekat dengan pokok inai dan petik daun inai. Nak pakai inai tu sendiri pun rasanya saya boleh menangis.

Setiap kali ziarah kubur Opah, saya berbisik sendiri.
"Assalamualaikum Opah, Nanti Kaklong dan yang lain akan meyusul jugak. Kita jumpa kat sana ya"

Cuma satu saya terkilan. Opah tak sempat tengok saya ada keluarga sendiri. Opah tak sempat tengok saya berkahwin mahupun bertunang. Pernah berangan angan nak bagi Opah rasa panggilan Moyang. Tapi tak kesampaian Allah lebih tahu. Entah bila.

Walau tahu amal ibadah tak banyak mana. Walau tahu dosa tinggi melangit, takdir yang' kita akan menyusul kelak' itu fakta.

Al Fatihah dan Yassin untuk Arwah Opah, Hajah Khamsiah Binti Baharuddin.

notes : masih rasa janggal letak perkataan 'arwah' depan panggilan opah.

Followers