0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Saturday, April 30, 2011

Antara CINTA dan CITA CITA

Sekali baca tajuk macam drama bersiri kat TV 9 pulak.
Maaf ye takde kena mengena dengan drama terbabit. Ini tentang saya. Sila jangan ambil serius. Ada sedikit ke 'stress'an di sini. Itu yang jari laju menari.

Saya dah cakap dah. Jangan mengada ngada nak 'bercinta' dengan yang lain. Tapi degil..! Turutkan jugak hati. Dah ada 'tunang' mengaku 'single'. Eh, sebenarnya tak mengaku pun. Cuma 'cinta baru' tu tak pernah nak tanya apa apa.

Baru minggu lepas rasa macam nak 'putus cinta'. Fade up sikit dengan perangai dia yang macam asyik serahkan semua benda pada saya. Yang macam saya je yang kena buat semuanya. Yang macam die tak nak guide langsung saya yang tak betul ni.

Baru minggu lepas terfikir. Tapi lepas tu, ok balik. Bila tiba tiba macam bunga bunga 'cinta' tu indah je.

'Tunang'? huh, jangan cakap. Dia kata, kalau ada 'duit' nak 'kawin' tu, dia 'ajak' la. Senang senang dia je kan? Buat nya dia ta ada 'duit' sampai pat lima tahun akan datang? Tak ke saya mati kutu sorang sorang? Orang lain dah beranak pinak, saya masih tecengang cengang.

Saya sayang sangat 'cinta' saya tu. Baru dua bulan lebih kami 'bercinta' Memang la mula mula rasa macam kekok je bersama. Rasa macam serba tak kena. Sebab saya tak pernah ber'cinta'. Dengan orang macam dia pulak tu. Rasa macam berdiri tak sama tinggi dengan dia. Tapi dia buat saya rasa selesa bila dah lama lama 'kenal'.

Saya tanya kat kawan. Mintak pendapat. Sebab masa tu saya macam nak 'putuskan' hubungan dengan 'cinta' saya tu. Kawan bagi cadangan,
"Guna apa yang ada depan mata sekarang"

Betul? Betul ni? saya jadi semangat balik. Nak bersungguh sungguh ber'cinta' dengan cinta baru saya. Siap 'catat' dalam buku nota kecik lawa lawa comel comel 'tarikh tarkh' bahagia kami. Punya lah semangat!

Tapi, tu lah kan.. Langit tak selalu cerah. Kita tak boleh nak harap sentiasa ada sinar matahari dalam hidup kita.

Baru semalam. 'tunang' bagi surat. Pos laju lagi!. Gila old skool 'tunang' saya kan? Zaman sekarang boleh bagi email, dia bagi surat. Nasib baik tak dihantarnya telegram! Dia Ajak 'kawin' 19 May ni. Lepas tu dia suruh 'ikut' dia pergi Perlis. Saya terdiam tak tahu kata apa. Entah macam mana nak bagitau pasal perkara ni kat 'cinta' saya.

Saya dah 'cinta' dia sangat ni.. Mesti die 'frust' kan?

Hari ni saya cakap baik baik dengan 'cinta' saya. Cerita dari awal 'pertunangan' kami. Memang saya dah di'ikat'. Memang kehendak saya. Tapi tu dulu, sebelum berjumpa 'cinta' saya. Nampak sedikit kekecewaan kat wajah 'cinta' saya ni. Mesti dia rasa rugi 'spend' time dengan saya kan?

'Cinta' saya kata, cuba cari pilihan lain selain 'putuskan' hubungan dengan dia. Saya rasa bersalah sangat sangat. Dia terima dengan tenang. Siap boleh borak borak bercerita dengan saya macam tak ada apa apa. Lagi saya rasa bersalah.. Kalau saya dah duduk Perlis nanti, mesti saya rindukan 'celoteh dia'.
Saya cuba telefon 'tunang' saya tu. Jelaskan pasal, 'Cinta' saya. Tapi dia kata, boleh delay maksima 2 minggu je! Serba tak kena di buatnya.

Saya rasa memang dah tak de pilihan lain. Saya mengaku. Memang cita cita saya 'berkahwin' dengan 'tunang' saya tu. Dari kecik! Tak tipu. Kalau orang tanya, cepat cepat saya cakap, itu cita cita saya.

Sekarang saya dah mula jatuh Cinta dan perlu memilih antara Cinta dan Cita cita. Walau saya tahu saya takde pilihan lain melainkan pilihan kedua itu.

*torn apart*


PS: Sila jangan ambil serius, ayat ber ' ' adalah ayat double meaning. Jangan pula nak intrepetasi maksud ayat satu satu. Sekian Terima Kasih.

PSS: Mungkin next post saya nanti akan di post dari Perlis??


Followers