0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Saturday, July 2, 2011

Saya sayang Ibu saya sangat sangat sangat sangat!

Ayah pun. tapi post ni untuk ibu.. hee

"Setengah Abad dah Ibu ni..."


Ibu berkata. Saya sendiri takut bila angka tu dah mencapai angka lima. Macam dah masuk kategori umur veteren. Tapi memang dah pun.

Kalau fikir panjang panjang, dalam dalam, saya boleh menangis! Berapa lama lagi saya boleh serve untuk ibu saya sebelum syurga saya bertukar. Alhamdulillah ada sebab Allah tetapkan begitu dan begini.

Suka tengok mereka pakai baju sama theme warna macam ustaz, ustazah yang dalam semanis kurma tu =)


Umur Ibu dah masuk separuh Abad, masih ada anak sekecil usia lapan tahun. Lagi kalau saya fikir dalam dalam, panjang panjang, saya boleh menangis lagi! Ratu air mata sungguh saya ni kan?

Dulu, sebelum bekerja, saya menyuarakan hasrat pada kawan,

"Tak mahu lah kalau kerja duduk di rumah, semacam pelik. Sebab seawal usia 13 tahun dah duduk asrama"

Tapi bila bekerja sebagai junior Iphone Apps developer selama hampir 3 bulan tempoh hari. Setiap kali keluar rumah peluk cium Ibu. Setiap kali balik, ibu ayah suka tunggu nak makan bersama. Terus rasa,

"Oh, Tak mahu lah duduk jauh dengan family"

Tapi Allah dah jawab doa saya awal awal tadi. Padan muka saya, lain kali jangan gatal sangat mulut minta yang bukan bukan!

Sebelum masuk ke balai perlepasan tempoh hari ( kerja baru di Perlis), akhirnya setelah lebih sebulan, saya peluk cium ayah dan ibu. I really missed that!

i wish i can do the same routine just like before~
*wipe tears*

Ibu rakan paling rapat saya. Beza umur ibu dan saya, ermm.. umur saya sekarang ni. Membebel? Biasalah kot. Tambah tambah dengan anak sulung beliau yang manja, degil dan kadang kala tak mendengar kata ni.

Ibu ada cara menarik bila beliau nakkan kami buat sesuatu,

"Kalau kaklong nak buat kek, tepung, gula, mentega ada kat dapur tu"

Tu maksudnya, ibu memang SURUH saya buat kek. Kalau saya jawab.

"Ok, kalau kaklong nak buat nanti kaklong buatlah"

Beberapa minit lepas tu, ibu mesti cakap lagi guna cara menarik beliau tu.

"Kalau kaklong nak buat kek, itu.. mentega ibu dah keluarkan dari peti sejuk tau"

Maksudnya saya perlu lah pergi ke dapur dan keluarkan alatan buat kek dan buat kek dengan segera ~_~ . Tiada TIDAK lagi. Menarik kan? ^__^

Saya share SEMUA benda, cerita, perkara dengan ibu. Termasuk dengan siapa saya berkawan, tak kira lelaki mahupun perempuan. Sebab bagi saya, lebih baik bagi tahu dengan orang macam mana kita berkawan. Tak lah ibu dan ayah risau. Kalau saya macam sorok sesuatu, laju laju beliau dapat agak dan bagi nasihat berbunyi sinikal yang akan kena batang hidung sendiri.

Hari jadi Ibu pada 27 Jun baru baru ni, saya belikan handphone untuk ibu ( k fine..... pinjam duit ayah dulu sebab saya belum gaji.. hahahaha). Alasan saya, saya nak bergayut dengan ibu hari hari. Kalau telefon ke rumah akan jadi sangat mahal dan membazir. Ayah? hee ayah saya kerja, saya boleh kacau kadang kadang je. Ibu suri rumah, maka tak mengapa kacau bila bila masa. ^__^

Ibu malas nak belajar guna alat elektronik. Alasan ibu, nanti kalau dah tahu, susah. Kerja rumah tak berjalan. Tspi sebab saya dah bagi henfon ni, beliau usaha jugak nak belajar. Macam saya telefon tempoh hari, tapi tak berangkat. Terus ibu dial semula,

"Ni, ibu telefon sebab tulis kat sini ada panggilan"

Comel betul. Tak sabar nak tunggu SMS pertama dari ibu!. heee

Ibu dan ayah sebenarnya tak pernah nampak macam umur mereka. Ibu terutama sekali. Kalau ayah, masih mahu tunjuk ego, macho dan cool. Kalau ibu, ajak bergambar 'lompat' pun dia masih mahu. *senyum*

Comel kan?


Senyum puas ^__^


Sebelum balik, Ibu kata nak join Upin dan Ipin main bola kejap!
Dapat agak mana saya mewarisi 'perangai unik' saya ni? =)

LOKASI Upin Ipin : Les' Copaque Production Sdn Bhd, Shah Alam


Followers