0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Saturday, March 28, 2015

The arrival

27 Februari 2015

Saya masih berkira kira. Nak check in ke tak hotel Tune Hotel yang saya book hampir 9 bulan yang lalu. Well, masa book memang tak fikir apa. Satu malam RM18. Dua malam RM36. Campur itu dan ini. kesuluruhan kurang dari RM45. Semasa book dah berangan nak dating 'berdua' dengan suami jalan jalan di KL.

Jam 11 malam, bergerak ke Airport KLIA2 untuk ambil suami yang memang rutin setiap minggu beliau 'terbang' mendarat di Selangor. Standby mana tahu saya terberanak. heh. Ibu ayah teman seperti biasa. Sampai rumah pukul 12 tengah malam. Tiba tiba teringin pula belanja adik adik KFC bila tengok semua adik adik ada di rumah. Adik adik pula being sooo nice mintak tolong itu ini, diturutkan. hee.

Maka tengah malam itu saya dan husband memandu ke KFC drive thru di Klang. Malam itu melantaknya seorang Fana dengan puas hatinya. Haha. Ibu siapkan Sambal cili padi ikan keli. Tambahan pula KFC satu bucket. Malam tidur menghampiri jam 3 pagi. sebab saya tiba tiba sakit perut nak 'membuang'. But nothing weird. Just sakit perut biasa.

28 Februari 2015

Suami kejut untuk bangun subuh. Sebelum subuh lagi saya dah terasa sakit perut seakan senggugut. Ah sudah.... kenapa ni? Tapi saya abaikan sebab dua tiga minggu yang sudah, saya ada merasakan sakit senggugut yang serupa tapi nothing happened. selesai wudhu dan sarung telekung, tunggu suami masuk bilik, nak solat bersama. Suami nampak muka saya lain. Macam tahan sakit. Dia tanya,
"Ok ke?"

Saya senyum. "Ok. Sakit perut sikit. Jom solat", jawab saya bila sakit perut menghilang sedikit. Sepanjang solat saya ok. tak rasa sakit. Tempoh solat dalam 5 minit macam tu. Masa baca doa, saya rasa sakit lagi. Muka memang nampak sangat tengah tahan sakit. Suami tanya lagi sekali.
"Awak ok tak ni?"

Saya jawab, sakit perut macam senggugut dan mintak untuk baring. Suami urut urut belakang pinggang. Alhamdulillah rasa lega. Lima minit kemudian, sakit balik. Saya meneka. Contraction ke? Tapi ibu pernah kata, contraction bermula dengan setengah jam sekali, lima belas minit sekali, kemudian ke lima minit sekali. Tapi sepanjang yang saya perasan tempoh sakit adalah lima minit sekali!

Muka berkerut lagi sekali. Kali ni rasa senggugut siap rasa nak membuang sekali. Saya tolak suami ke tepi dan bagi tahu dia yang saya perlu ke tandas. (maaf husband, awak kena tolak.. huu)

Di tandas tangan berani meraba bahagian bawah dan saya terkejut tengok ada darah di jari. Mengigil masa tu tak tau nak kata apa. Ibu yang ada kat luar tandas boleh dengar saya mengigil. Cepat cepat basuh dan keluar tandas. ketuk pintu bilik air sebab ibu ada dalam bilik air.

"Ibu, kaklong dah keluar tanda..", ada getar dalam suara masa nak cakap. Tapi ibu macam rilek dan suruh saya siapkan barang dan beritahu suami.

Saya masuk bilik. Suami tengah baring. Lepas saya beritahu yang saya dah keluar tanda. laju berdesup dia bangun. Saya suruh suami bersiap. Dan saya sendiri mandi dan bersiap. masa tu memang lima minit sekali rasa sakit. Masa sakit saya gosok perut. memang keras. Masa tak sakit saya sambung bergerak. macam menari nari pun ada. Ibu pesan suruh makan. Supaya ada tenaga nak meneran. Sempat pulak ibu panaskan nasi dan lauk keli. Katanya, "Nanti dalam pantang tak boleh makan keli"

Selesai makan. Suami pun dah bersiap. Ibu ayah pun dah bersiap. Rancangan bersalin saya ialah di Hospital Putrajaya. Tapi akhirnya suami berkeputusan untuk bersalin di Hospital Bersalin Razif je. Sebab itu yang terdekat. Jam 9 kami bertolak ke hospital yang tak sampai 15 minit perjalanan.

Sampai di hospital masih boleh berjalan masuk untuk timbang berat(69kg!). untuk ambil tekanan darah. Dan berjalan naik lif untuk cek CTG. Sementara tu, Ibu masuk ke dalam wad yang akan tempatkan saya.

Saya dan suami di bawa ke katil untuk CTG. Tak lama datang doctor perempuan juga sedang mengandung. Nama doctor, doctor Ezra. Doc Ezra Cek bukaan. Kali ke dua diseluk selepas kena seluk masa pecah ketuban di minggu 31 dulu.
"4 cm"
katanya,

Saya dah rasa, memang kena beranak hari ni jugak ni. Hampir sejam CTG. Suami kat sebelah temankan sambil baca Surah Yassin. Datang Nurse untuk masukkan ubat mudah membuang. Sekejap je dah rasa nak membuang. Dalam tandas, itulah rasa seronok sangat membuang sepanjang hujung hujung pregnant. Haha. Sebab sebelum ni, teruk sangat sembelit.

Suami di luar ketuk pintu takut saya pengsan dalam toilet. Suami tolong salinkan baju untuk saya bersiap masuk labor room. Sakit memang lima minit sekali, tapi makin kuat daripada kat rumah tadi.. Asal sakit je, sekali lagi macam menari nari berpelukkan dengan suami dekat wad tu. haha

Saya berjalan (masih mampu berjalan) ke labor room. Baring atas katil. masih mampu tersenyum. walaupun contraction makin menjadi jadi. Saya genggam erat tangan suami di sebelah. Sekuat hati bila saya sakit. Jam 10.30 pagi masa tu. Datang nurse, cek bukaan.
"5cm"

Saya makin berdebar. teringat pesan kawan kawan katanya baca Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minna zolimin. Serius saya tak mampu nak baca ayat panjang panjang. Putus nafas rasanya bila sakit datang. Yang mampu keluar hanya Allah... Allah... je. Sakitnya. Saya pejam mata sambil tengok jam.

Air ketuban dipecahkan dan contraction makin menjadi jadi. Saya tak sedar berapa lama saya tanggung sakit tu. Sebelah tangan suami saya pegang. Sebelah lagi usap kepala saya. Sakit datang lagi. Saya pejam mata. Masa tu rasa taknak sapa sapa pegang saya. macam lagi sakit kalau kena pegang. Perlahan lahan saya mintak suami jangan pegang saya. Biar saya je pegangn tangan dia. Suara pun rasanya macam dengar tak dengar je. Saya pegang kuat tangan suami bawak ke dada. Bila sakit, saya genggam lagi kuat. Suami kata sampai biru tangan dia saya pegang. haha

Nurse datang lagi. Ajar bernafas dengan betul. Di seluk lagi. Baru 6 cm.
"Awak tak berkerjasama dengan baby. Bila sakit, tarik nafas."

mana lah saya nak tahu. Tapi bila saya applikasikan apa yang nurse ajar, saya dapat rasa air ketuban keluar laju bila saya hembus nafas. panas je kat bawah.

Datang lagi nurse 'garang' tadi cek bukaan. Lepas cek, dia dah tak kata apa. terus kaki dikangkang, dan semua peralatan disediakan. Doctor pun masuk sekali. Saya blur sungguh masa tu.
"Ok, teran bila awak rasa sakit"

Ha? saya blur lagi. Serius Blur. Nak teran macam mana ni. jam pukul 12 lebih. Saya perasan tu. Saya teran. Keluar suara. Kene marah. Haha
"Teran tak perlu keluar bunyi. Nanti awak penat"

Tak ingat sebenarnya berapa kali meneran. sebab saya rasa macam tak teran pun. Hahaha To be honest, saya tak tau apa yang saya buat. Paling kelakar saya rasa bila saya menjawab,
"Ok nurse, saya cuba"

kena marah lagi,
"Tak boleh cuba cuba. Awak mesti!"

Adeh. Nasiblah nurse garang. Terdengar doctor cakap.
"Kepala baby dah nampak dah. Teran lagi"

Lembut je doctor Ezra bersuara. Ada nurse india di kanan saya mengajar,
"Teran, angkat kepala, tengok perut"
Itu lah dia ulang banyak kali.

Suara husband langsung saya tak dengar. Maybe dia pun blur masa tu. Nak suruh dia blog kan jugaklah pengalaman dia duduk labor room sambut anak. 

"Heartbeat baby awak dah lemah ni. Nurse, ambil vacum"

oh, lupa untuk mention, saat saya terasa ada besi sejuk dibawah dan terasa ngilunya kena gunting. Tapi perasaan tu macam, 'sakitnya... tapi belasahlah. dah macam macam sakit rasa ni'

Terasa doc masukkan vacum. Saya agak saya dah nak lemah dan mamai waktu ni. Sebab sedar sedar je baby Im dah keluar dan nurse letak atas saya.
"Cuba tengok anak awak boy ke girl?"
"Boy" jawab saya dalam tangisan.

Berulang kali ucap syukur alhamdulillah. Air mata keluar laju. Menangis gembira. Saya berjaya keluarkan seorang bayi dari kandungan atas rahmat dan kasih sayang Allah. Suami usap dahi saya. Bisik, "Terima kasih sayang"

Saya pandang baby di letakkan atas katil baby di kiri saya sambil doctor menguruskan pengeluaran uri dan menjahit luka kat bawah. Setiap kali rasa sakit di cucuk saya pandang baby Im. Serius, baby Im lah bius saya. macam hilang sakit (sebenarnya macam lupa segala sakit ) bila tengok baby kita sendiri. tengah menangis dalam tu.

Suami mohon izin doctor untuk tengok baby dan lalu belakang doctor yang sedang jahit luka saya.
Suami kata nampak luka saya dalam. ><

Saya tanya doctor,
"Berapa jahitan doctor?"

jawab doctor, 
"Entahlah, saya tak kira ni"

haha. banyak lah agaknya kan.

Alhamdulillah. Betul kata seorang kawan yang dah bergelar ibu. Bila berjaya lahirkan anak ni, bangga dia macam tak boleh nak describe. Seronoknya tak boleh digambarkan. Saya sendiri, sampai saat ni, kalau tengok baby im, saya tak percaya, dia yang saya usung ke sana sini selama 38 minggu 6 hari. 

Followers