0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Monday, March 31, 2014

22 Mac 2014


Sabtu, 22 Mac 2014

Awal pagi bersiap. Cuci tangan yang penuh inai. Alamak! inai tak terang sangat. Sekalut riuh rendah di luar rumah orang rewang tak putus-putus dari semalam, sekalut itu jugak lah saya pantas 'calit' inai mekah jenis tube ke jari.

Cikgu Salwana selaku mak andam hari tu sampai. Dalam hati, berdoa, jangan lah dia mak up tebal tebal. Dah dalam family takde yang ada seni makeup. Maka ambil je lah pakej dari Cikgu Sal. Dan for me, pakej Cikgu Sal dah kira sangat murah kot. Pelamin + 2 kali make up + sepersalinan baju reception berserta accessories = RM1200. Emm ke rasa sendiri je murah kot. Entah

Sejujurnya, saat rombongan pengantin lelaki dah memenuhi ruang tamu, saya masih belum bertudung. Dalam erti kata lain, tak siap lagi!! Maka, kelam kabut sarung tudung. Demand pula mahu pakai tudung ikut keselesaan sendiri. Semasa menghadap cermin, terkejut lihat 'kegarangan' wajah yang dah memang garang secara semula jadi itu. Wuuu Cikgu Sal~ *nangis*

Muka garang macam nak masuk kelas mengajar kelas 'Gokusen'


Keluar bilik saya kalut sendiri lihat dulang hantaran tersusun. Orang ramai memenuhi ruang rumah kecil kami. Kak Bucu selaku photographer kerap berpesan, "Senyum tau Fana, senyum nampak gigi". Atas kerana itu lah banyak gambar saya seperti 'menyeringai' dari kak Bucu. Maafkan saya.

Ok. Kejadian seterusnya.. Er.. boleh tak nak kata, saya macam 'blackout' sepanjang majlis berlangsung. Macam hilang fokus. Macam, "Erk kenapakah aku di sini?"

Dari jauh kelihatan Ibu, Ayah, Umi dan Abah serta keluarga yang lain.
Umi Abah dan adik adik

Saya lihat lelaki yang bakal jadi suami seumur hidup saya itu segak berbaju Melayu ( cheh, ayat, cliche sangat). Saat beliau lafazkan setiap baris ayat, saya dengar dengan khusyuk.. dan akhirnya, jam 11.40 pagi saya bergelar isteri kepada lelaki itu. Alhamdulillah Syukur.


Lelaki itu
Baju nikah saya dijahit oleh makngah kesayangan. Kain Lace beli dari Bandung dan kain satin itu dibeli last minute oleh Ibu dan adik beberapa minggu sebelum majlis. Shawl? Hasil ehsan Cikgu Sal. Alhamdulillah Cikgu Sal bagi pinjam. 

Adik saya menegur, ( adik yang duduk disebelah kiri saya )

"Apalah, Kaklong, baju takde beads langsung"

Takpelah. Banyak sangat nak pikir selain beads di baju ni.
Jangan tanya kenapa saya 'menyengih' sepanjang majlis.

Ahad, 23 Mac 2014

Atas kehendak keluarga, majlis resepsi di adakan pada hari Ahad keesokkan hari. Warna pilihan hati, Dusty Blue. Baju sewa dari MIMOSA ANDAMAN. Dan saya sangat suka setiap details dan perincian. Simple but not that simple. Tudung? Saya berdegil meminta Cikgu Sal mencari kain berwarna biru yang sama dengan kain shawl yang saya ada. Tak cukup degil saya menambah, "Cikgu, saya nak shawl tu mesti di potong begini ye". Cikgu turutkan. Alhamdulillah. 

Busana pada hari kejadian

Kali ini, saya mengingatkan Cikgu Sal, "Cikgu, jangan 'garang' sangat macam semalam ye?"
Dan hasilnya, Alhamdulillah. walaupun masih tak dapat 'sorok' muka yang semula jadi garang itu. Sekurang kurang nya ,tak lah terlalu garang. >o<



So, dou? 

TERLALU ramai yang hadir hingga kami tak sempat nak bersalaman seorang demi seorang tetamu yang hadir. Malah, tak dapat nak meluangkan masa dengan tetamu. Tetamu tak putus putus kunjung. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur ya Allah.

Jam 4.30 petang melarikan diri ke Park Land untuk lengkapkan pakej ( if you know what i meant)





Penat. Tapi syukur sangat. Doakan rumah tangga kami berkekalan hingga jannah. Cliche lagi? Memang itu yang kita semua mahu kan?

BTW, kami ambil pakej shoot and burn. Kak Bucu cuma edit beberapa gambar dan bagi selebihnya dalam pendrive. Dan saya sendiri yang design photobook kahwin. Guna pakej yang dijual di groupon untuk buat photobook. SERIUS berbaloi baloi. Tapi ambil masa sikit la.

Followers