0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Tuesday, September 2, 2014

The special 'pink record book'

11th August 2014

Saya telah diminta untuk 'berpuasa' pada malam 10 Ogos bermula jam 10 malam. Pesanan daripada Nurse semasa call Klinik Desa last week. Nurse kata,
"Isnin ni boleh terus minum air gula. Gambar scan semua dah ada kan?"

GULP. Air Gula? RAMAI kawan kawan berkongsi keperitan masing masing 'menelan' air gula semasa pregnancy. Teringat kesusahan saya 'menelan' ubat cecair aneh yang di berikan doktor ketika dijangkiti UTI tempoh hari. Euwwww... Risau yang saya akan muntah pada hari kejadian. Berdoa banyak banyak agar air gula tersebut not as bad as it is. 

Hari kejadian. Bersiap awal dan tiba seawal 7.30 pagi di Klinik Desa tersebut. Gate pun belum buka lagi. Seorang pekerja pun belum datang lagi. Awal sangat aih.. Teringat masa bawak Ibu untuk checkup di Klinik Kesihatan, pukul 7.30 Ibu dah sampai, pesakit lain pun dah ramai ketika itu. Berbeza dengan keadaan pagi tu. I spent the rest of my 30 minutes calling mom. Selepas penantian yang agak lama, baru lah saya ditanya tujuan saya datang. Masa ni, dah ada dua tiga orang pesakit 'memboyot' mengusung buku pink masing masing.
"Tak lama lagi, aku macam ni lah kot", gelak sendiri.

Pukul 8.30 pagi masih belum di panggil untuk berbuat apa-apa tindakan. Tapi saya dah bagi Antenatal Card daripada klinik Razif kepada nurse. As far as i know, they need to asked me to drink the 'air gula' and wait for 2 hours untuk ambil darah. 'Pukul berapa lah nak siap ni agaknnya'. Dalam 8.45 pagi saya di panggil. Diminta keluarkan IC tapi kebetulan, nurse bertanya nama suami, terus saya keluarkan Kad Kahwin kami. Patutlah it takes hours untuk nurse panggil nama, they have to write down the details for TWO record books. One for me, one for them. Dapat satu komen 'biasa' daripada nurse,

"Panjangnya nama suami..."

Heh, saya senyum. 

Sementara mengisi butiran saya, nurse suruh ke toilet untuk bagi sample urine. NOT for UPT,  dah bawak gambar scan takkan nak UPT lagi kot. Just untuk cek kencing kotor.

Kemudian, ambil berat dan tinggi. Well, i loose weight again. Tak makan dengan betul barangkali.

Selesai isi detail, Nurse pesan,

"Ok, kami akan bagi satu tarikh lain untuk datang dan minum air gula sebab kena puasa tau...."
Saya cepat mencelah,
"Saya dah puasa dari semalam. Minggu lepas saya call sini, nurse dah suruh puasa"

Haha sangat lah best kan, kalau kau datang tercongok dari pukul 7.30 pagi, tiba tiba kau disuruh balik dan datang semula tanpa selesaikan benda yang sepatutnya kan....

Nurse tanya nurse yang lain, sebab hampir pukul 9 pagi. Nurse lain kata,
"Sempat lagi nak minum air gula"

Saya di suruh ke kawasan bilik lain. 4 bekas simpanan darah di keluarkan dan di labelkan. 

GULP. Banyaknya nak kena ambil darahhhh!!!
 Di meja lain segelas air kosong dan sepaket serbuk warna oren di letakkan. Paket tu adalah dalam saiz 125 gram kot. err ke kurang lagi. Kurang periksa.

Nurse terangkan yang perlu ambil darah dua kali pada hari tu. Sebelum minum air gula dan selepas minum air gula. Berdebar.  I hate needlesss!!

Duduk di kerusi untuk menerima 'cucukan' pertama. Sempat bagi tahu nurse,
"Saya takut jarum Nurse.. hehe"

Nurse jawab,
"Ingat saya tak takut? Takpe, ni jarum paling halus"

Nasiblah nada suara nurse tak marah atau menyampah dengan 'budak' besar yang takut jarum ni,

Berbeza dengan orang lain yang takut untuk di ambil darah dan refuse untuk tengok macam mana jarum dan darah masuk dalam tiub picagari tu, saya tak berhenti tengok tindakan nurse satu demi satu. Sejak injection untuk BCG semasa darjah 6 lagi. Khusyuk saya tengok jarum menembusi kulit, terasa sakit sikit, dan macam mana darah merah pekat masuk dalam picagari. Sehingga selesai. 'Tak la banyak sangat' . Selesai prosedur. Now the 'air gula' part. Nurse dah siap bancuh.

"Minum terus habis tau. Jangan minum sikit sikit", pesan nurse.

'Bismillah'

Saya teguk laju. Hmm not bad. Disebabkan air gula saya tu berperisa oren, saya terasa macam pengalaman pahit minum air oren yang terlebih gula semasa hari raya di rumah orang. Dah la masih musim raya.

Teguk lagi. Hampir ke penghujung. Dah mula rasa seolah kebas lidah. Berhenti sekejap. Ada berbaki 1/4 lagi. Sekali teguk, saya berjaya habiskan air gula.

'Not that bad.  Alhamdulillah..'

Nurse arahkan pulak masuk ruang bilik yang lain untuk pemeriksaan menyeluruh. Suruh tanggal tudung dan berbaring atas katil. 
Pemeriksaan kulit kepala, pemeriksaan tangan, pemeriksaan payudara dengan TELITI. (Alhamdulillah, nothing suspicious). Pemeriksaan perut dan akhir sekali kaki.  Obviously, perut tak naik lagi.

Dan seterusnya, the 2 hours of waiting.  Tolak pemeriksaan seluruh badan dan perbualan dengan nurse tentang buku rekod pink, saya hanya perlu tunggu 45 minit lagi. Masih lama. Tapi, perlu tunggu sehingga jam 11 pagi. Nurse sempat bertanya,

"Tak pening? Tak rasa nak muntah balik?"

"tak de pulak"

"Oh, boleh minum air gula lah tu.."

Lepas je nurse cakap macam tu, terus rasa macam nak pening dan rasa macam nak ambil darah cepat cepat dan muntahkan balik air gula tadi. Tapi teringat yang nurse kata tadi.

"Kalau muntah balik air gula tadi, kena datang lain kali pulak. minum lain"

erk.

So, tahan kan.

Sempat tengok gelagat kanak kanak di 'cucuk', baby menangis. Pemeriksaan degupan jantung bayi dalam kandungan Ibu mengandung sarat.

2 hours past. Finally, my turn. 

Sebenarnya masih cuak. Apa yang buat saya cuba untuk kuat ialah, i will experienced more pain after this. a LOT more than this. Kalau sekecil ini pun saya tak kuat, macam mana nak meneran, mengeluarkan my little angel dalam ni? Alhamdulillah. Allah mudahkan saya set minda macam tu.

SOLOSAI. Tangan lenguh lenguh. Jam 11.30 pagi. Saya perlu cari makanan dan makan sesuatu. Bersarapan air gula pada hari tersebut not a good option at all.

But hey, i ve got my self the special pink record book despite of HOURS of waiting. *smile*

So, my dear baby, please be healthy yea. *gosok perut*

Followers