0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Sunday, March 20, 2011

Allah ada rancangan lebih baik, bersabarlah



Aelin, antara kawan sekolah saya yang awal berkahwin. Hujung tahun lepas dapat berita Aelin selamat lahirkan baby perempuan comel, nama Alya Qistina. Sempat saya singgah jenguk Aelin dan Alya masa Aelin masih dalam pantang lagi. Excited dah jadi 'makcik'!

Dulu, sama sama main pingpong dengan mama nya ni, sama sama berkawat dengan mamanya ni.

Tapi, takdir Allah dah tentukan semuanya. Hari Jumaat lepas, Alya Qistina diambil semula oleh Allah lepas baru 4 bulan melihat dunia. Alya pergi waktu tidur. Tak buat bedah siasat untuk tahu punca dan akibat. Masih baby kan.

Terkejut baca berita di facebook. Baca banyak kali sebab macam tak percaya. Buat keputusan untuk ke rumah Aelin walau sebenarnya ada rancangan lain. Maaf Mar, terpaksa 'heret' kamu sekali.

Sampai kat rumah Aelin semalam, nampak dia masih boleh tersenyum. Saya mungkin tak sekuat tu. Sempat Aelin tunjuk video dari handphone nya,

"Ni, Alya masa lima hari lepas..."

tunjuk Aelin. Masih boleh tersenyum. Serius rasa sangat sebak tengok keletah Alya guling guling atas katil dalam video tu!

Aelin bercerita, bangun pagi Sabtu tu dia rasa sangat Alya dah takde, sebab Alya menyusu badan. Saya kalah dengan perasaan lagi. Berat mata pandang, berat lagi bahu memikul kan?

Masa nak balik, saya salam dan peluk Aelin, pesan supaya bersabar. Walau pada awal Aelin nampak ok, tenang je, dia kalah jugak. Sempat Aelin cakap dan nangis di bahu saya,

"Aku tak tau nak buat apa lagi, fana.."

Saya pesan supaya dia bersabar,
Saya pesan supaya dia ingat Allah.
Saya pesan, Alya tunggu dia kat Sana nanti.

Allah ada rancangan yang lebih baik lagi buat Aelin dan family.
Mungkin Allah ambil Alya untuk ganti dengan sesuatu yang lebih baik.
Rancangan Allah cukup sempurna. Percaya dan yakin itu.
Aelin muda lagi. InsyaAllah ada rezeki lain Allah bagi nanti.
Allah sengaja nak uji hamba hambanya.

Aunty Raja dan Alya

Sangat harap Aelin tak salahkan diri sendiri, tak salahkan orang lain, atau tak salah kan takdir. Redha dengan apa yang dah jadi.

Allah lebih sayangkan Alya. Al Fatihah buat Alya Qistina.





2 comments:

  1. al fatihah.

    oh elin. bertabahlah. aku tahu susah, sbb aku yg tiada di sana pon tak tetahan sebak di dada mendengar beritanya.

    smoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat Nya kepada semua.

    ReplyDelete
  2. al-Fatihah buat Alya Qistina..syurga tentu buatnya..

    ya, Allah sentiasa tau yg terbaik..dan Allah beri ujian sebagai rahmat kepada hambaNya..

    harap Aelin sekeluarga dapat bersabar..

    ReplyDelete

Followers