0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Saturday, January 1, 2011

Barkahwin untuk tambah pahala, bukan dosa.

Perkahwinan. Waa... ramai sangat orang berkahwin musim musim cuti sekolah ni kan?

Kawan kawan saya tak terkecuali.

Kenapa berkahwin. La... mesti la kahwin, takkan nak bersekedudukkan pulak!


"Aku terima nikahnya..."


Unik kan? Dengan satu lafaz, satu ayat, satu pasangan yang asalnya haram jadi halal.

Subhanallah.

Mencari keberkatan Allah dengan perkahwinan.

Alhamdulillah.

Tapi, macam mana pulak kalau majlis perkahwinan tu sendiri dah dimulakan dengan 'mengumpul' kemurkaan Allah?

Macam mana pulak lepas tok kadi goyang tangan pengantin lelaki siang tu, waktu malam pulak satu kampung tak kira jantina menggoyangkan tangan beramai ramai sambil cucuk cucuk langit. Erk.. maksud saya berjoget lambak pada malam hari. Eh, ada lagi ke tradisi joget lambak tu?

bukan sehati berdansa!


Macam mana pulak kalau usai je akad nikah, pengantin lelaki tak sabar nak teruskan adat membatalkan air sembahyang? Err.. encik pengantin lelaki... tak nak solat sunat dulu ke? Alang alang masih ada wuduk... Luang masa bersyukur kejap. Ala.. tak lari bini kamu tu nye. ^^ Macam tu lah jadi bila Melayu suka peribahasa,

"Lebih baik mati anak daripada mati adat"

Sumber ZACKZUKHAIRI

Macam mana pulak yang dulu sepanjang hidup menutup aurat, alih alih sebab nak kelihatan cantik di 'hari bahagia', eh tiba tiba rasa nak pakai ala ala gown 'pinses' la pulak... (Baca:Princess)


"Ala.. nak la teringin sekali pakai gown pincess... dulu masa kecik kecik mak kite tak mampu nak belikan gown pincess... boleh la ye yang ye.."
*buat mata kelip kelip secomel bayi*

Kes terpengaruh dengan cerita Cinderella waktu kecil lah ni!


Macam mana pulak yang make up tebal satu inci sehari suntuk dan lalaikan solat dengan alasan,

"Eh, berejam nak siapkan make up I ni tau, mahal pulak tu I bayar mak andam."

euw... u bayar mahal mahal for this? Sumber

Ok FINE~ maybe pengantin perempuan uzur... Tapi.. eh, pengantin lelaki pun tak berganjak dari pelamin anganku musnah sepanjang hari? Uzur juga kah? Ahh... sudah.
Kalau nak bersanding jugak lama lama, Buat pagi pagi, Ambil lah sebanyak mana waktu kamu nak sampai Masuk Zohor. Kalau nak buat petang, Tunggu je lah kejap, Solat Zohor.

"Ala.. tak sempat la with all these accesories nak pakai balik after solat Zohor"

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, pernah je saya nampak pengantin dah lengkap siap bersolat Zohor dahulu.
Nak lagi? Buat sahaja lepas Isya'.

Oh, itu belum campur macam macam lagi perkara lain. Susah juga majlis perkahwinan ni ye? Niat asal nak tambah pahala, nak ikut sunnah nabi, nak sempurnakan agama. Alih alih TERtambah DOSA pula.

Oh, nanti kamu mesti nak cakap,

"Kamu tak kahwin lagi, mana kamu tahu. Entah entah nanti, kamu yang lebih sudu dari kuah"

Jadi pembaca pembaca sekelian...

"Eh ramai ke pembaca kamu?", tanya nada tak puas hati
"Ada la tu KOT. Counter tu tinggi la jugak selalu dari orang yang ramai follower", *cuba backing*
(eh, iklan kejap)

Giliran kamu pula ingatkan saya. Manusia mudah lupa. Ada terdengar di Al-Kuliyyah kat TV sebelum Maal Hijrah tempoh hari,

"Iman manusia ni ada turun naiknya. Bukan dah naik, sentiasa naik je. Semua orang pun macam tu, ni peringatan untuk saya jugak", kata Ustaz kat TV tersebut.

Nauzubillah. Jauhkan lah turunnya Iman. Amin.

PS: kelakar rasa dengar iklan kat TV, sebab saya rasa yang lafazkan ayat tu seorang melayu Islam, ada ayat yang berbunyi begini.

"....... yang penting, ingat Tuhan....."

erk.. agak agak kamu tak pakai tudung tu perbuatan ingat Tuhan tak?

Tapi takpelah kan, die dah suruh ingat Tuhan tu. Bukan kita tengok siapa yang nasihat, tapi kita kena tengok APA yang dia nasihat.. Sama sama lah kita ingat Allah dalam setiap perbuatan yang kita buat.

9 comments:

  1. erm... btul2 . tp skarang ni dh rmai ler org pkai tdung . waktu kawin . dolu2 maybe x . al maklumlah . tdung dh byk blink2 skarang ni .

    ReplyDelete
  2. @dayah..
    Alhamdulillah.. cuma kesal kadang kadang waktu akad nikah bertudung, waktu bersanding, tudung terbang.. ngeee.. seram lol

    ReplyDelete
  3. Satu sbb nape tak yah bsanding. adat je sume tu.

    mula pk pasal kahwin ni lpas grad. awalny neechan. hee

    ReplyDelete
  4. @munsyi
    tulis ni dah lame la.. hari tu.. saje post waktu new year..

    ReplyDelete
  5. yeah... memang de yang sanggup buang tudung masa sanding kekonon sekali seumur hidup... sungguh menyedihkan

    ReplyDelete
  6. best! hope ramai pembaca blog ko ni =)

    ReplyDelete
  7. @hanim
    *geleng geleng kepala*
    kan?

    takpe,tiba giliran kita,harap ada yang mengingatkan

    @mar
    hehe ko je la sorang.. huhu

    ReplyDelete
  8. ape kes klu.. suami nak kawin lg tp x mampu.. alik2.. bini yg lama di ceraikan, gara2 nk kawin lg.. tolong lah korng komen skit..pening lh..

    ReplyDelete
  9. @nurul4me.blogger.com
    uuu saya tak kawin lagi.. tak berpengalaman.. maaf ye..
    tapi kan.. kalau dah kes mcm tu, tak bertangungjawab lah laki tu kot.

    ReplyDelete

Followers