0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Tuesday, January 4, 2011

Aku, Kau, Saya, Awak

Tak mahu tulis tentang ITU. Takut berkaitan. Jadi saya menulis tentang ini.

Idea asal dari Nadiah~ (huu gomen ne Nadiah)

Aku Kau Saya Awak.

DULU, saya memang bahasakan diri, 'saya-awak' kalau mula berborak dengan lelaki yang baru kenal. TAPI masa masuk Kolej Matrik Melaka, ada seorang lelaki yang kelihatan baik berkata,

"Gedik betul perempuan yang cakap 'saya-awak' dengan lelaki!"

Lantas saya yang berumur tak sampai 18 tahun masa itu tak mahu perasan GEDIK dan sejak itu saya ber'kau-aku' dengan mana mana lelaki yang baru saya jumpa dan kenal.

Ada yang kata, 

'kasar la kalau perempuan cakap macam tu'.


Maaf, saya lebih sanggup di label kasar dari di label gedik.

TAPI ada satu kes agak funny bagi saya. Pada mulanya, lelaki ni ber'kau-aku' bila berkomunikasi dengan saya, tapi saya dapat tahu dia ber'saya-awak' bila berkomunikasi dengan kawan perempuan saya yang seorang ni. Lantas keluar ayat mengusik..
"Amboi amboi... dengan kita orang, ber 'kau-aku', dengan dia, ber'saya-awak'"

SUNGGUH takde niat cemburu. Hanya mengusik. Tak tipu ni. Tapi mungkin dia nak selaraskan penggunaan ayat. ( heh ). Terus dia tukar 'saya-awak' jadi ganti nama diri. Dan saya, terperangkap dengan usikan sendiri! Padan muka! Lain kali, usik anak dara orang lagi!

Eh, bagi yang rasa 'saya-awak' tu tak gedik, jangan lah marah saya pulak. Itu cuma apa yang saya rasa. Pendapat saya je. Sama lah jugak macam orang kata pakai tudung 'indon' itu lawa, tapi bagi saya tak, bukan lah maksud kamu tak lawa, kamu pakai lawa, tapi tak kalau di sarungkan kat saya. Erk.. lebih kurang macam tu lah persamaan dia.
"Eleh.. kat blog pun ber'saya-awak'"

Lorhh.. yang kamu nak melenting tak bertempat ni apesal. Lek lu..

Bila sesuatu dah jadi kebiasaan. Tentu kamu susah nak ubah kan? Jadi, Maaf dah terbiasa. Lagipun, kan kata tadi DULU saya dengar cakap orang.

Apa pun, guna je apa yang kamu rasa bagus, selesa dengan kamu. JANGAN dengar apa orang cakap macam apa yang pernah saya buat dulu. (tak pasal pasal kena label kasar.. heh).


ps:Eh, perasan tak Wanita Hari Ini siang tadi cerita pasal, "Kenapa susah nak kahwin'? huhu esok cerita tentang 'Janda' pula. (eh eh mengapa macam jadi tali barut TV3 pulak nih?? hurmm)


ps:saya-kamu-awak erkk triangle love ke? hurmmm

ps:GEDIK dengan certain certain orang sahaja.


ps: Ada seorang Janda muda anak lima di kawasan perumahan saya yang baru sahaja menikah dengan seorang Duda anak 5 yang merupakan kekasih lama nya masa zaman muda muda dahulu. Dua dua kematian suami dan isteri.  SEE miracles of jodoh? Itu yang muncul peribahasa,
"Kalau dah Jodoh, tak ke mana". Kan? Sama ada lambat atau cepat je. Jadi, sila yakin dan bersabar ye kawan kawan.

6 comments:

  1. mesti boring kan dok umah lame2, tu layan wanita hari ini sume.haha

    oh..dgn dia, sy awk, dgn ak, ak kamu.LOL

    ReplyDelete
  2. memang seronok bila dapat berjodoh dengan kekasih lama... tapi tak mau la... tak mau cinta kedua... cukuplah sorang suami itu cinta pertama and terakhir... hehehe... gaya cakap cam dah de suami pulak... ^_^

    ReplyDelete
  3. amat tnsen bila da kumen asek ilang~ uk3

    ReplyDelete
  4. haha dalam kes saya pulak, ada sorg pmpuan tu ckp ana-enti ngn kawan laki saya, pastu kawan laki sy tu ckp "gedik gila ckp ana-enti. geli betul" actually, depend kat masing2 kan?

    betul la akak ckp tu sume org lain2 kan. bagi saya aku-kau tu kasar. tapi klu kena label gedik pulak, sedih betul. haha.

    ReplyDelete
  5. @munsyi
    Lol jugak. tapi padan mka diri sendiri

    @hanim
    tapi kalau dah jodoh, tolak macam mana pun.. datang jugak.. tak boleh nak kata..

    @macy
    ada lah comment cik macy. huhu kena tgu approval dulu.. gomen nasai~

    @nadiah
    Jangan jadi macam akk yg konon konon tak nak perasan gedik! huhu guna je apa apa pun, asal awak selesa. pendapat orang lain2

    ReplyDelete

Followers