0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Wednesday, April 3, 2019

So many things happened

Sudah 2019. Hampir 3 tahun daripada post aku yang lama. post terakhir aku pun tentang arwah makcik aku. Ya, Makcik tinggalkan kami pada tahun 2016 itu juga. Kadang aku macam rasa makcik tu ada kat kedai jahit dia. masih terasa ada dia. cuma dia dah takde. Macam arwah opah aku jugak. makcik dan arwah opah dikebumikan berdekatan.

Dah lama tak melawat kuburan opah dan makcik. Ibu aku pun dah hamper 57 tahun. Rasa macam cepat masa berlalu bila kita baca semula cerita cerita lama. Almost 60 tahun usia ibu. Tapi aku masih rasa macam ibu masih awal 50 an. Masih rasa ayah muda lagi. Sedang aku sendiri meningkat usia. Mana mungkin usia ibu ayah tersekat di skala lama?

I am already a mother of 2. Two beautiful sons. Brilliant and cute. Imran dan Ilman. Can't believe Imran dah 4 years old. While Ilman, 2 years old.

1st May last year, akhirnya Suami dapat rezeki berkerja di Shah Alam. Berat hati aku sebenarnya merelakan perpindahan dia. Tempat kerja dia di Johor tu, macam apa yang dia idamkan. Dia belum lagi mencapai status Senior Design Engineer. Tiba tiba pindah. Maafkan saya. Tapi kalau tak pindah, selagi itulah aku masih berjauhan. Alhamdulillah sudah 5 tahun bergelar isteri kepada lelaki itu. Sudah setahun merasa manisnya duduk bersama. Kekok jugak mula mula. Kadang ada rasa nak marah. Tapi aku diamkan. Mungkin dalam tempoh 5 tahun ini, aku lebih menghargai saat berjumpa. Aku lebih matang dan malas nak bergaduh untuk benda remeh. Walaupun kadang suami hilang sabar dengan kerenah aku. It is always suami hilang sabar dengan aku, bukan sebaliknya. Haha sebab aku paling tak sabar.

Alhamdulillah we stay in our own home sweet home. Rezeki juga rumah ni. Dipermudahkan semua urusan dari awal pembelian sehingga terima rumah. Tak lengkap sepenuhnya tapi aku bersyukur dapat mulakan hidup sikit sikit seperti orang baru kahwin. Hadiah kahwin pun baru guna selepas 4 tahun. Baru keluar kotak.

Aku masih berjawatan sama, cuma aku anggap diri aku sudah agak cekap dalam 'menguruskan' kerja dan orang. Cuma kadang kadang aku masih takut takut bila perlu berurusan dengan orang luar.

Overall.. I am happy with my life right now. Bersyukur sangat dengan apa yang Allah beri. Aku cuma harap aku dapat baiki lebih lagi amalam aku, hubungan aku dengan Allah. Di usia 32 ini, aku dah mula rasa hidup ini singkat sangat. di 'sana' nanti yang lama. Jadi aku perlu sediakan sesuatu untuk tempoh 'lama' itu. Banyak sangat lubang lubang kena tutup. Banyak lagi amalan aku tak cukup.
Doakan aku kuat dan istiqamah.


No comments:

Post a Comment

Followers