0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Thursday, November 11, 2010

Anak anak buat dosa, ibu bapa masuk neraka( i don't expect you take the title literally)

Orang kata,
"Sayang anak, tangan tangan kan, sayang isteri tinggal tinggalkan"
Tapi jangan lah sampai tangan anak kamu tu 'hilang". Agak agak la nak mengajar pun kan.

Tapi ada sesetengah mak ayah tak sanggup pukul anak mereka. Malah, lebih teruk siap salah kan anak orang lain biarpun anak mereka yang salah.
Bila mana orang lain cuba nak tegurkan kesalahan anak, pandai pula menjawab,

"Itu anak saya, kamu jangan pandai pandai nak ajar macam mana saya didik anak"



Orang kata lagi,
"Melentur buluh biar dari rebungnya"
Kalau dah dari kecil tak di ajar, takkan dah besar panjang baru nak ajar? Masa tu dah terlambat dah.

Kes yang tak mahu menegur anak ni sama je lah dengan kes 'Anakku Sazali' tu. Akhirnya, mak ayah sendiri yang merana.

Kes yang mana semua kehendak anak dituruti.
Kes yang tak sampai hati nak tangan kan anak.
Kes yang tak sampai hati nak tegur salah silap anak.

Anak remaja balik lambat malam malam pun tak berani nak tegur.
Anak buat hal di sekolah pun tak ditegur.
Anak tak tutup aurat, keluar dengan bukan muhrim pegang sana sini pun tak mahu nak tegur,
Anak keluar malam malam pun tak mahu nak tegur,
Anak yang.. *geleng geleng kapala*

Ada yang kata, kekerasan bukan penyelesaian, tapi kadang kadang kita perlu keras juga kan?
akan

Anak anak tu kan Ibarat kain putih, Mak ayah yang 'corakkan' mereka.

TAPI, kadang kadang dah berbuih mak ayah nasihat tapi tak masuk jugak,

Mungkin waktu kecik dulu JARANG nak tegur, jadi bila dah besar, anak yang tak biasa kena tegur ni akan rasa,
"Oh, Ada aku kesah?"

Mungkin jugak anak tu kurang mempunyai perasaan, hati dan perut yang mana sanggup biar mak ayah diorang tanggung dosa dosa yang mereka buat sebab mereka belum kahwin jadi dosa mereka masih bawah tangungjawab mak dan ayah.*fuhh*

Mungkin mereka sanggup lihat bila masa satu hari nanti di hadapan Allah mak ayah mereka ni di tanya kenapa tak didik anak dengan hukum Islam, kenapa tak ajar anak bercakap benar, kenapa tak suruh atau ajar anak solat sejak kecil, kenapa tak rotan jika mereka tak solat sejak kecil, kenapa tak ajar mereka tutup aurat, kenapa tak ajar mereka yang bersentuhan bukan muhrim tu lagi teruk dari sentuh babi atau anjing.

Mungkin mereka sanggup biar mak ayah mereka dapat 'saham' salah silap mereka.

Ini kes mereka yang dah berbuih mak ayah nasihat tapi tak nak dengar la.

"Syurga di bawah tapak kaki Ibu",

bukan suruh kamu intai bawah tapak kaki ibu kamu.

"Keredhaan ibu ayah, keredhaan Allah"

Tapi jugak. Ada je yang tak perlu kekerasan tapi mereka berjaya dibentuk jadi Insan berguna,
Alhamdulillah.

Ada je yang walau mak ayah mereka tak pedulikan mereka , sibuk dengan kerja tapi mereka pandai bawak diri,
Alhamdulillah.

Ada je yang mana mak ayah tak suruh atau ajar atau beri pendidikan agama tapi mereka pandai pandai cari dan cuba pulak bawak mak ayah mereka ke arah kebaikkan,
Alhamdulillah.

Okay, sekarang pegi cari mak ayah kamu, tengok muka meraka, cari gambar kat folder family ke, cari kat dalam wallet kamu ke, tengok puas puas. Lepas tu tanya diri sendiri.

"Sanggup ke aku biar mereka masuk Neraka sebab aku?"

Bagi mereka yang mak ayah mereka lebih Allah sayang, Sedekah kan lah Al-Fatihah,Yasin dan doakan mereka di sana. Moga Allah ampunkan dosa dosa mereka.



"Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku,
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil"

~Amin






*EDITED*

Guess that someone interpret the title of the post literally. I m really sorry for all the ruckus. Really, don't mean anything. And i don't ask you to take the post title word by word.

I am not as clever as you are. I am just saying the possibilities of what will happen if tanggungjawab di ambil ringan.



Seseorang tu menyambung,


"la taziru waaziratun wizra ukhra". Seseorang tidak menanggung beban orang lain.


Betul, tak salah pun.



Cuma mereka kelak tangungjawab mereka akan dipersoalkan.

Itu point saya.

Again, sorry for all misunderstanding.

3 comments:

  1. entri kamu bagus untuk diketengahkan . Ada sesetengah anak yang nampak begitu sopan di hadapan mak ayah , tapi melakukan sesuatu yang mengundang fitnah and dosa pada mak ayah . Sangat sadis . Semoga kita sentiasa dilindungi dari anasir yang tak baik . Siapa yang tak sayang mak ayah oi ... ^_^

    ReplyDelete
  2. Kan ada button like kat situ. Boleh lah like and share kat fb kamu.

    Hurmm sometimes, both are wrong i guess. Tapi, MAYBE kita tak tau pe masalah diorang. Tah la.. that the least i could think.

    Nauzubillah. Moga kita tak bertindak macam tu.

    ReplyDelete
  3. keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. kita akan sentiasa ingat yang itu ;)
    thanks for the reminder ye akak~ ;)

    ReplyDelete

Followers