0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Monday, November 25, 2013

Excuse me, maafkan saya. Apa awak buat tu salah.

"Korang yang bertudung bagi komen ngalahkan ustazah ni cukup ke sembahyang 5 waktu??"

Orang kita sekarang, tak boleh ditegur. 
Bila ditegur, dilabelnya ustaz ustazah instant. 

Orang kita tak boleh ditegur, bila ditegur, dilabelnya riak. 

Orang kita tak boleh ditegur oleh 'ustaz ustazah' segera ni. 
Nanti laju laju kesalahan dicari. 

Bukan ke nak menerima teguran tu, tak kira dari siapa? 
Bukan ke nak menerima nasihat baik bermanfaat itu tak kira dari siapa walaupun dari bukan Islam sekalipun? 

Bersangka baiklah. 
Bersangka baiklah mereka bukan riak. 
Bersangka baiklah mereka sayang kerana itu mereka menegur. 
Bersangka baiklah bahawa Allah sedang menegur kita. 

'Ustaz Ustazah instant' tu pengantara je. 

So keep calm and say thank you.

"Sebaik baik ukhuwah ialah mereka yang melebihkan saudara mereka lebih dari diri mereka sendiri. Selemah lemah ukhuwah ialah mereka yang bersangka baik terhadap saudara mereka"


No comments:

Post a Comment

Followers