0

About Me

My photo
lecturer in the making. trying to be 10 years older but end up being 10 years younger!

Pages

Monday, November 25, 2013

Smokin' n HOT

Ada yang kata, 

"imam shafie kata merokok tu makruh laa", 

"jangan la pandang orang merokok tu macam dorang makan babi pulak..." 

Hakikatnya, bukan ke Allah yang bagi pinjam tubuh badan, paru paru, jantung semua ni? 
Bukan ke kalau kita pinjam, kita kena pulangkan balik? 
Bukan ke kita kene jaga 'barang' yang kita pinjam? 
Bukan milik kita pun. 

So, kenapa nak mudharatkan tubuh badan sendiri? 
Kenapa nak mudharatkan orang lain? 
Kenapa nak mudharatkan alam sekitar? 

Jangan jadi selfish nak turut rasa hati, gian semua tu. 
Tak kesian ke dekat anak isteri? 
Atau bakal anak isteri anda?

Ayah saya berpesan sejak dari awal.

"Ayah reject bakal menantu merokok!"

TEGAS.

Takde ayah nak anak dia jadi janda awal aih...

Jadi, bawak bawak la berubah.
Tahan. Paksa.

Untuk adik adik.
Jangan mula. Jangan cuba.

Menyingkap cerita sedang makan di sebuah kenduri kawin. Saya sedang menyuap makanan, ada seorang pakcik  duduk di meja yang sama dengan selamba menghembus laju asap rokok berkepul kepul. Bukan mahu jadi biadab, tapi nak sound jugak dalam tak bersuara. Terus saya batuk sekuat kuatnya sambil mengipas ngipas tangan ke udara. Batuk tanpa henti macam dah nak mati. Batuk sambil tangan tekup hidung. Batuk seolah olah tak cukup dah oksigen bersih. Memang dah rupa orang tak boleh bau asap rokok la.. Lantas pakcik tadi meletakkan rokok bawah meja dan berlalu pergi.

Kita tak mampu sound secara lafaz, sound je lah cara perbuatan.

No comments:

Post a Comment

Followers